Betul Ke Siri Live-Action Avatar: The Last Airbender Sampah?

Minggu lepas baru selesai menonton siri live-action Avatar: The Last Airbender di Netflix selepas beberapa minggu tunda untuk menontonya.

Siri ini sebenarnya salah satu siri animasi favourite saya masa zaman remaja dulu, dan waktu tu tiada Netflix, jadi memang saya akan melekat depan TV menonton siri Avatar: The Last Airbender.

Bila keluar siri live-action, tentulah saya teruja untuk menontonnya dan ada meletakkan expectation untuk siri ini.

Artikel Berkaitan: Movie Review: WIRA

Selepas membaca beberapa ulasan di sosial media, saya agak risau nak tonton siri ini kerana takut kecewa.

Rata-rata komen yang diberikan mengatakan siri live-action ini kurang menjadi dan tidak seperti yang diharapkan.

Tak Sama Langsung Dengan Siri Animasi Sebenar

Itulah rata-rata komen yang sama baca, mengatakan siri live-action ini tidak sama macam siri animasinya.

Bagaimanapun, tanggapan pertama selepas menonton, saya rasakan ia sebuah siri yang baik kerana tidak kelihatan terlalu 'anime' dan nampak lebih realistik.

Dalam siri animasi asal, Avatar: The Last Airbender terbahagi kepada 3 bahagian.

Tapi untuk live-action ini saya dapati terdapat beberapa babak di bahagian pertama ini yang diambil dari bahagian ke-2.

Mungkin kerana tidak dapat melakonkan semula setiap babak dari siri animasi, maka disesuaikan semuanya dalam bentuk live-action ini.

Lebih Baik Daripada Versi Filem

Bagi saya, kalau nak sama betul-betul dengan siri animasi, lebih baik jangan buat siri live-action dan semua orang boleh terus tonton versi animasi.

Apa-apa pun, sejujurnya ia adalah lebih baik daripada versi filem yang pernah diterbitkan pada tahun 2010.

Dari segi costume pun boleh dilihat ianya hampir 100% sama dengan siri animasi, dan Appa (sky bison) juga kelihatan lebih realistik.

Artikel Berkaitan: Movie Review: Joker [Spoiler Alert]

Walaupun lakonan sesetengah watak agak 'kayu' dan seperti tidak menggambarkan karakter sebenar seperti dalam siri animasi, pemilihan pelakon kali ini lebih tepat terutamanya watak Putera Zuko.

Jadi secara keseluruhan saya bagi 7/10 untuk siri live-action Avatar: The Last Airbender.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama