Cara-Cara Untuk Gagal Menguruskan Duit: Pandangan dari "Money Stories from Malaysians: Volume 1"


 "Money Stories from Malaysians: Volume 1" yang ditulis oleh Suraya Zainudin adalah sebuah antologi yang menarik dalam menyelami pelbagai perjalanan kewangan rakyat marhaen di Malaysia.

Banyak kisah-kisah yang unik tentang kejayaan, cabaran, dan pengajaran berharga dalam menguruskan personal finance.

Apa yang menarik, buku ini mengenegahkan sebuah idea asas di mana setiap individu sebenarnya mampu mengawal keadaan kewangan mereka tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka. 

Artikel Berkaitan: Memahami Perbezaan Antara Harta dan Liabiliti: Betul Ke Apa Yang "Rich Dad Poor Dad" Cakap?

Pentingnya Ilmu Asas Kewangan

Salah satu aspek penting yang diterangkan dalam buku "Money Stories from Malaysians: Volume 1" ini adalah kepentingan literasi kewangan. 

Apa yang dimaksudkan dengan literasi kewangan atau financial literacy?

Dalam erti kata  mudah, setiap individu perlu melengkapi diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengemudi kewangan peribadi masing-masing dengan baik.

Anda tak percaya hanya dengan financial literacy kita sebenarnya sudah mampu untuk menguruskan kewangan dengan baik? Bahkan boleh bebas daripada hutang-hutang jahat.

Dari perkongsian mengenai mematuhi bajet perbelanjaan, hingga menguraikan kompleksiti pelaburan, setiap cerita dalam buku ini menjadi sumber untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai pengurusan kewangan peribadi.

Terjerumus Dalam Dosa Kewangan Bukan Bermaksud Melarat Hingga Ke Tua

Selain daripada cerita tentang cara pengurusan kewangan peribadi yang berkesan, terdapat juga cerita tentang ketabahan menghadapi cabaran kewangan. 

Melalui kisah-kisah tentang mengatasi hutang, bertahan dari kemerosotan ekonomi, dan pulih dari kegagalan kewangan, kita diingatkan akan kemampuan manusia untuk terus maju dan berkembang di tengah-tengah cabaran ini.

Kisah-kisah ini menjadi sumber inspirasi, menunjukkan bahawa dengan tekad, disiplin, dan kemahuan untuk belajar, sesiapa pun dapat mencapai kestabilan dan kejayaan kewangan.

Artikel Berkaitan: RM1,200 Beri Kesan Terhadap Ekonomi

Kalau Gagal Merancang, Kita Merancang Untuk Gagal

Satu lagi pengajaran penting yang diselitkan dalam buku ini adalah kepentingan menetapkan dan mengejar matlamat kewangan.

Sama ada untuk menyimpan untuk percutian impian, membeli rumah, atau merancang persaraan, kisah-kisah dalam "Money Stories from Malaysians: Volume 1" menekankan kuasa transformasi menetapkan objektif kewangan yang konkrit. 

Dengan membayangkan masa depan yang diinginkan dan mengambil langkah proaktif untuk merealisasikan impian peribadi, kita dapat merancang kewangan kita dengan lebih baik.

Buku "Money Stories from Malaysians: Volume 1" lebih daripada sekadar kumpulan anekdot; ia adalah manifesto untuk memperkasakan pengurusan kewangan peribadi.

Kesimpulannya, kalau kita nak menjadi seorang yang pandai mengurus kewangan sendiri, langkah pertama adalah untuk mendapatkan ilmu tentang pengurusan kewangan.

Artikel Berkaitan: Labur Saham Melalui Robo Advisor Patuh Shariah Pertama Di Malaysia

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama