Movie Review: WIRA



Assalammualaikum,

Minggu lepas saya berkesempatan untuk menonton filem Wira pada malam tayangan perdana yang berlangsung di GSC Midvalley. Pada malam tu hampir semua panggung di 'tapau' untuk tayangan filem Wira. 18 panggung weh!

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam secara rasmi pada 21 November 2019. Jadi sebelum menjelang ke hari tayangan rasmi, which is besok, saya bagi review sikit dan sebab kenapa filem ni WAJIB untuk ditontoni.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Datuk Hilal Azman, Henley Hii, Josiah Hogan, Dain Iskandar Said dan pelakon-pelakon lain. 

Istimewanya filem ini menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda. Yayan Ruhian merupakan pakar lagak ngeri Indonesia dan kalau nak ikutkan dah level Hollywood ye sebab menjadi rebutan juga produksi luar untuk ambil dia berlakon dalam filem aksi. Antaranya seperti filem The Raid, Star Wars: The Force Awakens dan John Wick 3

Bagi saya, keseluruhan filem ni dari segi jalan cerita, plot, aksi, lakonan dan suntingan memang menarik. Dari awal filem sampai ke penghujung memang ternanti-nantikan apa yang bakal berlaku. Dan cerita dia tak susah untuk faham. Kira easy going plot lah but still entertaining.

Jadi yang menjadi tarikan utama filem ni adalah babak dan aksi bertumbuk/bertinju/bersilat yang sangat awesome. Memang peluh tangan tengok fighting scene filem ni. Nampak lah pelakon semua buat persiapan rapi untuk menghidupkan babak bertinju tu semua.

Selain dari babak bergaduh tu semua, macam biasa lah filem kita kena selit sikit humour. Bagi penonton gelak sikit. And bagi saya babak humour tu memang menjadi dan tidak berlebihan sampai rosakkan mood cerita.

Dari pengarah yang sama, Adrian Teh, mampukah filem Wira ini mengulangi kejayaan filem PASKAL? Mampu tak mampu tu terpulang kepada sambutan penonton. Bagi saya filem ni mencapai standard filem-filem aksi yang mampu buat penonton berpeluh. 

Untuk filem ni saya bagi rating 8/10. Kepada peminat filem aksi boleh serbu panggung wayang hujung minggu ni. Kita support local filem!




Sinopsis

Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Filem ini juga diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.



Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 November ini.


Until Next Post, Ciao!

Comments

Post a Comment