Movie Review: Joker [spoiler alert]



Assalammualaikum,

Setelah berfikir panjang, saya memutuskan untuk menulis sedikit review tentang film Joker. Asalnya rasa macam berat nak tulis review film Joker. Tapi saya akan review dari sudut pandangan seorang penonton biasa. 

Tidak dinafikan ada sesetengah yang merasakankan film ni terlalu slow. Tapi bagi saya, there's no rush for a good film. Those who appreciate and understand arts, tentu akan suka film Joker. Dan kepada yang kurang berminat, memang dia akan merasakan film ni sedikit bosan. So before we proceed, I'll rate this film 9/10. Outstanding performance by Joaquin Phoenix. 

Kisah Joker

Joker, atau nama betulnya, Arthur Fleck, merupakan seorang pesakit mental yang kini tinggal bersama ibunya dan bekerja sebagai badut sambilan. Arthur pada mulanya merupakan seorang lelaki yang baik dan janggal terhadap masyarakat. Dia juga menghidap penyakit ketawa tidak kena pada masa dan itu yang membuatkan orang sekeliling menganggapnya pelik. Keadaan kota Gotham yang teruk dan dalam krisis menambahkan lagi permasalahan emosi dan mental Arthur. 

Ada satu masa dia dibuli dan dipukul oleh sekumpulan anak muda semasa sedang bekerja sebagai badut di kedai elektronik. Papan tanda yang dipegangnya habis dimusnahkan oleh anak-anak muda tersebut. Keadaan emosinya bertambah teruk apabila majikannya menuduhnya cabut lari dari kerja dan mencuri papan tanda kedai elektronik tersebut. Menurut Arthur, tidak ada siapa pun di kota Gotham yang mendengar apa yang diperkatakannya. Walaupun dia diarahkan oleh mahkamah untuk berjumpa dengan psikatri secara berjadual, psikatri tersebut tidak pernah cuba untuk memahami isi hati Arthur. 

Sehinggalah akhirnya Arthur bertindak membunuh tiga pekerja wallstreet di dalam subway kerana membuli dan memukulnya. Tragis.

Dipertengahan cerita, kehidupan Arthur kelihatan semakin baik. Kehadiran gadis yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya juga membantu Arthur untuk merasakan semuanya akan baik. Dia menjalinkan hubungan dengan gadis tersebut. Sekarang, dia merasakan masyarakat semakin sedar akan kewujudannya. Selepas insiden bunuh yang dilakukannya, Arthur merasakan diri dia lebih baik. 

Sampai lah satu masa dia mendapat tahu yang dia merupakan anak angkat kepada ibunya dan semasa dia kanak-kanak, Arthur pernah didera secara fizikal sehingga menyebabkan mental damages. Ibunya juga merupakan penghidap penyakit mental pada waktu dulu. Dari situ, dia terus membunuh perempuan yang disangka ibunya itu. Dan dalam sekelip mata dia tersedar bahawa hubungan dia bersama gadis yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya itu cuma lah bayangan semata-mata. Arthur had delusional thought dengan gadis tu. Hidup dia menjadi gelap semula.

Jadi kesudahannya? Boleh sambung tonton di pawagam berdekatan anda. Boleh tengok Joker bunuh siapa lagi.

Apa yang Cuba Disampaikan?

Bagi saya mesej yang jelas adalah penderaan fizikal dan mental kepada orang yang tidak mempunyai hidup yang baik mampu mengubah perwatakan seseorang daripada baik kepada jahat. Itu sangat jelas dalam film ini. Film ni berjaya membawa penonton akan kesedaran isu kesihatan mental.

Ada juga beberapa suara di social media mengatakan film ini bakal trigger mass shooting, anarchy movement dan yang seangkatan dengannya. Wow agak over di situ ye. Dan ada juga yang mengatakan pada siapa-siapa yang ada mental health issue seperti depression, bipolar dan sebagainya, adalah digalakkan untuk membawa teman ketika menontonnya. Dan kalau rasa kurang enak selepas menonton, boleh berjumpa dengan pakar terus. Itu apa yang diperkatakan antara impak film Joker. Jadi adakah yang ada mental health issue ni akan trigger dan melakukan aksi yang sama selepas menonton Joker? 

Bagi saya tak semestinya. Unless you have the same and exact kind of life with Arthur Fleck. Then ada sedikit kemungkinan untuk trigger dan mengikuti jejak Joker. Kehidupan Arthur tu sangat teruk. Dia disakiti secara fizikal, mental dan juga emosi. Tambahan lagi dia merasakan dia tidak ada siapa-siapa lagi dan tak akan rugi apa-apa kalau dia bunuh orang. He got nothing to lose.

Arthur bukan seorang yang lemah. Dan bukan seorang yang berdiam diri tanpa mendapatkan apa-apa bantuan. Dia pergi berjumpa dengan psikatri tetapi apa yang dia dapat hanya kesunyian. "All i have is negative thoughts" katanya. Dengan persekitaran kota Gotham yang sangat teruk dan menghampiri keruntuhan, jadi tidak ada apa lagi yang tinggal buat Arthur. Jadi nilai lah semula tempat anda dan tempat Arthur, adakah sama? 

Keruntuhan Masyarakat

Ini lah mesej yang bagi saya penting dalam film ni selain kesedaran terhadap mental health issue. Sebuah masyarakat yang tidak merasa kekayaan negara dan hanya mampu melihat golongan yang kaya terus kaya, dan akan memberontak melawan pemerintah pada satu masa. 

Sepanjang film Joker, kelihatan seperti sudah tidak ada lagi orang-orang yang baik, yang berbudi pekerti. Kota Gotham betul-betul sebuah tempat yang toksik. Segala penindasan dilakukan oleh golongan atasan. Golongan bawahan hanya menunggu masa untuk memberontak. Apa yang saya nampak, keruntuhan masyarakat bermula dan akibat dari pemerintah dan golongan atasan tu sendiri. 

Siapa Joker Terbaik?

Soal ini sepatutnya tidak perlu dimainkan. Bagi saya masing-masing ada kelebihan masing-masing. Setiap Joker adalah individu yang berbeza. Maksudnya Joker yang baru ni adalah dari Arthur Fleck, dan Joker yang lain adalah dari watak yang lain. Jadi pembawaannya memang akan berlainan. Tidak adil kalau nak dinilai Joker yang mana lebih gila dan psychopath. Arthur Fleck merupakan origin of Joker dan lakonan yang dimainkan cukup memberi impak. Begitu juga dengan Joker yang dilakonkan Heath Ledger, sebagai agent of chaos, boleh dikatakan sehingga kini merupakan Joker terbaik. Memang masing-masing berada di kelas tersendiri. Cuma Joker yang dilakonkan oleh Jared Leto je kurang sikit. 

Conclusion

Joker is just a fictional character with a fictional plot and background. Sure it may reflect the reality we are having now, but it is merely fictional. I bet if anyone lives in a city like Gotham, sooner or later Joker will emerge in that city. At the birth of Joker, Gotham is a toxic city.

Jadi apa pandangan korang terhadap film ni? memberi impak yang baik? trigger? bosan? komen lah di bawah dan share sikit apa yang korang rasa pasal film ni.

Until Next Post, Ciao!

4 Ulasan

  1. Ala.. tak berpeluang lagi nak menonton.. Jadi tak bolehlah nak komen..
    Tapi saya setuju dengan kenyataan setiap pelakon yang membawakan watak Joker berada di kelasnya yang tersendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada peluang boleh tonton film ni. Ternganga saya tgok lakonan mantap pelakon. hehehe

      Padam
  2. Balasan
    1. Silakann tgokk. Kalau bawak anak kecik, kena censored sikit scene bunuh2.

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama