Assalamualaikum,
Hari ini saya nak buat ulasan satu kedai makan yang best (personally, super best!) di area Kajang. Nama kedai tersebut adalah Mastar Itik Salai bertempat di Medan Selera Adikku, Sungai Ramal Dalam, Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Sebenarnya dah lama dengar nama kedai ni disebut-sebut di media sosial. Dah viral di twitter dan dah banyak video review di YouTube. Cuma baru minggu lepas berkesempatan pergi dan cuba sendiri masakan di situ. Walaupun dah viral, saya tetap nak mengulas sikit sebab kedai ni sememangnya layak untuk mendapat publisiti yang baik.
Menu Makanan Ringkas Tapi Sedap
Antara menu yang
boleh didapati di situ adalah seperti itik, ayam, daging dan juga ikan keli
yang disalai dan dimasak lemak cili api. Tak lupa juga ulam-ulaman segar yang
direbus, tempe goreng serta ikan masin dan kuah pencicah. Memang menu makan
tengahari yang ringkas, namun sedap memenuhi selera. Apa yang mengujakan lidah
dan selera saya di situ adalah rasa kuah masak lemak cili api itu
sendiri. Selalunya jarang makan masakan yang pedas, tapi disebabkan
kuahnya yang sedap dan cukup lemaknya, memang licin pinggan! setiap suapan yang
penuh nikmat.
Lauk yang diambil adalah Itik Salai Masak Cili Api dan juga sedikit ulaman serta ikan masin. Selain kuah yang enak, rasa itik salai di situ pun boleh tahan sedap. Tetapi sedikit liat untuk dikunyah. Kalau nak bagi rating makan di kedai Mastar Itik Salai, saya akan bagi 8.5/10. Quite high right? tapi ada sebabnya saya bagi rating setinggi itu. Teruskan membaca.
Harga Berbaloi Ke Tak?
Kebiasaan kalau
makan di tempat-tempat yang tular ni, mesti the biggest concern is berbaloi
atau pun tidak. Mencapai expectation atau pun tidak. Bagi saya, mengikut
pengalaman sendiri datang ke kedai tu, memang berbaloi. Harga bagi dua pinggan
nasi beserta ulam-ulaman sedikit dan semangkuk Itik Salai Masak Lemak Cili Api
adalah RM 12 sahaja. Semangkuk itik salai tu berharga RM 8. Portion makanan pun
untuk semangkuk tu boleh makan dua orang. Jadinya memang tak mahal harga makan
di situ dan berbaloi. Kalau ada air harga tambah sikit lah, tapi air kena
beli di gerai jual air bersebelahan.
Harga hidangan salai yang lain adalah: daging masak lemak cili api RM 6, ayam masak lemak cili api RM 6 dan ikan keli masak lemak cili api RM 6. Murah bukan?
Layanan di situ? Pantas sepantas kilat
sebab kena layan diri sendiri. Tak ada orang datang ambil pesanan ye. Nama pun
medan selera, jadi konsep pun macam foodcourt lah. Yang paling penting cari
tempat duduk dan terus ambil makanan yang dikehendaki di kaunter. Bayar dahulu
sebelum makan.
Masa Sesuai Datang
Waktu saya sampai di kedai tu adalah
sekitar jam 12.30 PM. Orang pun dah mula ramai. Siap ada yang dah beratur
panjang. Tapi jangan tersilap, yang beratur panjang tu kaunter tapau bawa
balik. Kalau nak makan situ terus ke kaunter dalam sikit dan ambil makanan yang
kita nak.
Masa sampai tu meja semua penuh, tapi tak lama untuk tunggu meja kosong. Biasa
yang datang situ habis makan terus balik. Tak ada nak melepak lama-lama. Jadi
waktu tengah hari tu agak meriah lah kalau datang. Kedai ni mula buka jam 11
pagi hingga 10 malam, setiap hari kecuali hari Jumaat. Kalau tak nak sesak,
faham-faham lah waktu bila orang tak ramai datang kedai makan. Atau pun jam 11
pagi dah terpacak depan kedai.
Cumanya, kawasan parkir di situ agak terhad. Memang kena pandai-pandai cari tempat letak kenderaan yang sesuai.
Bakal Repeat Order
Sememangnya tidak boleh dinafikan masak
lemak cili api di situ amat lah sedap sehingga masih terngiang-ngiang
kesedapannya di lidah. Kalau saya dapat licinkan masakan yang pedas, maksudnya
sedap sangat lah tu. Dengan kesedapan makanan di situ, suasana tempat makan
yang santai dan harga yang berpatutan, maka tidak keterlaluan rating tinggi
yang saya beri tadi.
Kepada yang tak tahu lokasi kedai ni, boleh Waze 'Itik Salai Masthar' atau
klik SINI untuk terus ke google map.
Jadi, selamat mencuba kepada yang belum
cuba dan dan selamat repeat order kepada yang nak datang semula.
Until Next Post, Adios!