Artikel Berkaitan: Movie Review: La Luna - Karya Untuk Liberalkan Orang Kampung? Part 1 [SPOILER ALERT]
Tak Ada Yang Berani Tegur Tok Hassan Ke?
Kalau diperhatikan, orang-orang kampung bukan tak tahu perangai Tok Hassan ni, termasuk pegawai polis (Salihin) sendiri tahu betapa jahatnya Tok Hassan ni.
Salihin pun tak boleh nak buat apa, jadi sekadar membiarkan je perangai Tok Hassan tu. Tapi yang bagusnya watak Salihin ni dia berani jugalah bagi teguran pada Tok Hassan.
Pada awalnya ingatkan Tok Hassan ni mungkin hanya berperangai biadab dan jumud, tetapi rupanya lebih teruk daripada itu sampai sanggup merasuah pegawai kerajaan untuk memastikan kedai La Luna ditutup.
Watak Salihin pula mencerminkan orang kampung yang sebenarnya berfikiran terbuka tapi tak nak terlalu menonjol.
Mungkin sebab masih hormat dengan adat setempat atau tak nak kena judge dengan orang kampung, Salihin kelihatan tidak terlalu berkongsi apa yang dia rasakan pada orang kampung.
Banyak Bermain Dengan Simbolik
Mungkin tak ramai yang perasan pasal seekor burung berwarna merah milik Tok Hassan di rumahnya yang diletakkan di dalam sangkar.
Burung yang sepatutnya terbang bebas, tetapi dikurung di dalam sangkar. Ada juga satu babak Tok Hassan cakap dengan Ustaz Fauzi yang burung ni kalau diberi makan lama-lama dia akan dengar cakap kita.
Tapi di hujung cerita, kita boleh lihat bila burung tu dah mula tak dengar cakap dengan buat bising, akhirnya Tok Hassan dengan mudah bunuh burung tu.
Bagi saya itu satu simbolik yang jelas nak tunjukkan bahawa mereka yang diatas akan sentiasa berkuasa dan boleh buat apa sahaja hanya sebab sudah memberikan ‘makanan’.Dan bila yang di bawah sudah tak nak ikut arahan atau melawan, yang di atas akan buat apa sahaja untuk menutup mulut walaupun terpaksa membunuh.
Manusia yang nak tegakkan kebenaran macam Ustaz Fauzi pun dicengkamnya Tok Hassan. Kalau itu bukan satu kritikan yang keras terhadap para pemimpin, apa lagi?
Walaupun di awal cerita Tok Hassan mengatakan bahawa Hanie ibarat cacing sebab bila atok dia dah meninggal baru dia nak balik kampung, tapi rupanya Tok Hassan lah cacing kepanasan yang sebenar sebab terpaksa buat macam-macam untuk pastikan kedai La Luna tutup.
Memang Betul-Betul Plot Twist!
Cerita yang best tentulah ada plot twist.
Bagi saya antara isu yang patut diberi perhatian dalam filem ini adalah isu keganasan rumah tangga.
Domestic abuse ni rata-rata berpunca daripada perangai panas baran, dan di hujung cerita akhirnya sikap panas baran menyebabkan kebaran kedai La Luna.
Satu heroic act yang patut dipuji dari Yazid dan juga Salihin yang menyelamatkan Azura.
Bagaimanapun insiden ini membuatkan Hanie teringat semula kejadian yang sama berlaku di Doha.
Satu moral penting di hujung cerita, walaupun kedai terbakar, perubahan yang dibawa oleh Hanie terhadap orang-orang Kampung Bras Basah akan kekal selamanya.
Tapi nanti dulu, betul ke Pa’at yang penuh dengan amarah, yang menyalahkan kedai La Luna sebagai punca Yam lari daripadanya, membakar kedai La Luna?
Artikel Berkaitan: Betul Ke Siri Live-Action Avatar: The Last Airbender Sampah?
Kalau nak tahu kena tonton filem ni sampai habis!
Sungguh ironi bagaimana sebuah kedai yang terang-terang tertulis ‘Kaum Adam dilarang masuk’ tapi akhirnya dibakar bagi membolehkan kaum adam memasukinya.
Mesej yang paling jelas kita perlu ambil adalah pemimpin kotor, tidak amanah, perlu dibuang dahulu daripada memimpin sesebuah kawasan, dan dengan itu maka bebaslah sesebuah kawasan daripada doktrin tidak berasas.Doktrin yang hanya ikut hawa nafsu.
Dan untuk Kampung Bras Basah yang awalnya penuh dengan papan tanda ‘Allah sentiasa Melihat’, akhirnya penduduk kampung menukarnya kepada ‘Allah menyayangi’.