Movie Review: La Luna - Karya Untuk Liberalkan Orang Kampung? Part 1 [SPOILER ALERT]

Filem La Luna yang kini masih boleh di tonton di Netflix ini agak panas beberapa minggu lepas sebab ramai melihat ia sebuah filem yang menghina agama Islam.

Saya tak pasti dari sudut mana hinaan tersebut, tapi apa yang saya nampak ia lebih kepada nak mengambarkan bagaimana keadaan sesebuah kampung bila tok ketua kampung dicabar autoritinya.

Kalau nak kata La Luna memberi gambaran kehidupan kampung sebenar, saya rasa ia bukan gambaran kampung sebenar, tapi hanya idea orang bandar terhadap orang kampung.

Apa yang boleh saya katakan, La Luna secara asasnya merupakan sebuah harapan orang bandar yang mahu melihat orang kampung berfikiran lebih terbuka.

Hinaan Terhadap Agama Atau Realiti Orang Islam Sekarang?

Dalam filem ni banyak memaparkan bagaimana satu sosok pemimpin kampung memastikan kampung tersebut mengikut acuan kehidupan Islam sehingga mewujudkan ‘undang-undang’ kampung sendiri.

Semua dilakukan demi menjaga martabat agama Islam di kampung tersebut, tapi betul ke apa yang dilakukan tu mencerminkan Islam sebenar?

Pada awalnya Kampung Bras Basah dilihat seakan-akan harmoni dengan cara kehidupan sedia ada, sehinggalah muncul Hanie seorang gadis bandar yang berpindah ke kampung tersebut.

Hanie bukan setakat pindah, tetapi membuka kedai pakaian dalam wanita di kampung itu.

Jadi mulalah bibit-bibit permusuhan antara Hanie dan Tok Hassan (ketua kampung), di mana Tok Hassan melihat pembukaan kedai baju dalam wanita ini akan mencemarkan imej Islam dan mempengaruhi pemikiran penduduk di kampung tersebut.

Mungkin juga Tok Hassan takut orang kampung akan lebih liberal dan menolak cara hidup Islam selepas adanya kedai baju dalam wanita.

Tapi sejujurnya Tok Hassan tidak mencerminkan langsung seorang pemimpin Islam, apa lagi seorang muslim yang sudah berpangkat atok.

Dengan rokok di tangan, sikap sombong dan angkuh, suka menfitnah, kencing berdiri, itu bukan Islam yang sebenar.

Atau mungkin ini yang dimarahkan orang ramai sebab telah memberi gambaran perwatakan pemimpin Islam yang salah?

Tapi bagi saya, inilah gambaran sebenar di negara kita.

Artikel Berkaitan: Betul Ke Siri Live-Action Avatar: The Last Airbender Sampah?

Pakaian Dalam Sebagai Penawar Hubungan Intim Suami Isteri

Salah satu isu yang cuba dipaparkan dalam filem ni adalah pentingnya hubungan intim suami isteri.

Pada awal cerita kita boleh lihat kaum lelaki banyak buat hal bersama kaum lelaki seperti mengopi di warong dan sebagainya.

Balik dari surau pun suami isteri balik secara berasingan; lelaki dengan motor dan perempuan dengan basikal atau berjalan kaki.

Tapi bila di tengah-tengah cerita selepas semakin ramai wanita-wanita kampung beli pakaian dalam di La Luna, hubungan suami isteri orang kampung dilihat semakin mesra.

Itulah sebenarnya yang dianjurkan dalam Islam, kemesraan hubungan antara suami dan isteri.

Tapi saya lihat satu tanggapan yang agak sempit dari filem ini bahawa hubungan intim suami isteri dapat merapatkan kembali kemesraan suami isteri dan menyelesaikan masalah suami isteri.

Ia dilihat terlalu one point of view, sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh menambah kemesraan suami isteri seperti menjaga hati dan memberi layanan terbaik, hormat menghormati dan juga bergurau senda.

Berjaya Mengetengahkan Isu Keganasan Rumahtangga

Filem ini juga cuba menunjukkan bahawa dalam rumahtangga perempuan lebih memegang autoriti kerana mampu memaksa suami-suami untuk tarik balik petisyen penutupan kedai La Luna.

Tapi biasanya kita tahu siapa yang memegang ego lebih tinggi sehingga berlakunya kes-kes keganasan rumahtangga.

Perkara paling penting yang ingin dipaparkan bukanlah keganasan rumahtangga itu sendiri, tetapi bagaimana ketua kampung sendiri membenarkan kes domestic abuse ini berlaku di depan matanya sendiri.

Tok Hassan dilihat lebih mementingkan kehancuran kedai La Luna berbanding menjadi pelindung terhadap penduduk kampungnya sendiri, terutamanya buat kaum wanita.

Adakah itu cerminan pemimpin sebenar?

Filem ini juga berjaya memaparkan sisi seorang isteri yang sudah lama menjadi mangsa keganasan suami yang sentiasa dalam denial.

Sehinggakan Yam yang sering dibelasah suaminya (Pa’at) berkata suaminya jadi macam tu selepas terlibat kemalangan dan dia salahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku.

Begitulah mentaliti orang yang sering menjadi mangsa keganasan rumahtangga, hidup dalam denial dan terlalu takut untuk dapatkan pertolongan.

Sebenarnya panjang lagi nak ulas pasal filem ni, so saya akan sambung ke part 2 nanti.

Artikel Berkaitan: Movie Review: La Luna - Karya Untuk Liberalkan Orang Kampung? Part 2 [SPOILER ALERT]

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama