Hasil 2 Minggu Stop Bagi Anak Tengok YouTube

Siapa yang dah bergelar ibu bapa tu fahamlah perasaan dan cabaran nak besarkan anak dalam dunia yang dikelilingi dengan gadget ni.

Saya sejujurnya sangatlah cuba elak untuk bagi anak tengok YouTube di telefon sebab tak nak dia terbiasa. 

Tapi saya bagi je dia tengok YouTube di TV dan pada awalnya hanya buka video YouTube yang dikatakan bagus untuk anak bawah 3 tahun macam Ms Rachel, Number Block, Trash Truck dan beberapa lagi.

Itu masa awal-awal, tapi dah lama tu saya pun jadi malas nak pantau video apa dia tengok sebab dia dah mula pandai request video yang dia suka.

Kebanyakkan video yang dia suka tengok dekat YouTube berunsurkan non-educational, dan lebih kepada sekadar menonton je.

Dah macam zombie dah saya tengok dia, mata tak berkelip hadap TV tu. 

Lepas tu kerap minta tukar video Youtube, "Papa nak tengok cerita lain." Begitulah dialog dia tiap kali saya bukakan YouTube.

Bila dibiarkan dari pagi sampai malam dengan TV atau YouTube, perangai dia mula berubah.

Anak Cepat Tantrum Sebab Selalu Tengok YouTube

Kami biasakan Mika tengok TV ni agak lama jugalah. Mungkin start dia umur setahun lebih.

Sekarang umur dia dah nak masuk 3 tahun.

Masa awal-awal dulu dia tak adalah cepat tantrum kalau ada benda yang tak kena.

Jadi kami fikir walaupun tak bagi tengok YouTube di telefon dan just bagi tengok di TV je, mungkin perangai tantrum dia boleh dikawal.

Tapi jangkaan kami meleset, sejak beberapa minggu lalu tantrum Mika semakin tidak boleh dikawal.

Pantang ada benda yang tak kena sikit terus melalak, dan ada masa dia siap menjerit sekali.

Bila dah jadi macam ni, that's it saya kata dengan isteri kita kena berhenti bagi tengok YouTube terus.

Cabaran Bagi Anak Berhenti Screen Time

Masa minggu pertama agak mencabar sebab perangai tantrum dia masih belum hilang, jadi bila tak dapat YouTube atau TV dia akan merengek.

Tiap kali bangun tidur laju je mulut dia minta "Papa nak tengok YouTube, Mama nak tengok YouTube boleh".

Dah macam addicted gila dengan YouTube tu hari-hari dia minta nak tengok.

Kami berdua pun memang keraskan hati je tak nak turuti apa yang dia minta sebab tahu kalau bagi tengok walaupun sekejap mesti dia tantrum bila nak tutup nanti.

Jadi solusinya adalah jangan bagi terus dan buat aktiviti lain dengan dia.

Hari Sabtu dan Ahad Mika ada kelas, jadi masa dia banyak terisi untuk kelas.

Selain dari tu, saya akan bawa dia turun ke bawah main dekat playground tu atau bawa dia pergi swimming.

Kalau dekat rumah kami akan main toys dengan dia atau biarkan dia main sendiri, tapi Mika ni jarang main toys dia sendiri.

Sebelum tidur pula saya biasakan dia dengan bed time story.

Terisilah sedikit masa dia dekat rumah dan dengan harapan dia tak minta sangat nak tengok YouTube.

Hasil Lepas 2 Minggu

Lepas 2 minggu kami nampak Mika dah slowly jadi good boy semula.

Dia dah tak tantrum dan kurang buat perangai.

Cuma sekarang dia tak nak makan sangat sebab dulu saya terbiasakan bagi makan sambil tengok YouTube.

Jadi ini cabaran lagi satu untuk rewired balik otak dia untuk makan tanpa tengok TV.

Setakat ni dia lebih suka makan makanan favorite dia je macam keropok kering cicah sos cili.

Sejujurnya kalau boleh pusing balik masa memang saya tak nak bagi langsung Mika terdedah dengan YouTube.

Atau sebenarnya saya yang tak pandai kawal screen time dia? Entahlah.

Apa-apa pun dekat rumah ni kalau dia nak tengok TV saya bagi tengok sebulan sekali je, dan YouTube is a BIG NO.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama