Top 5 Kucing Terkaya Di Dunia - Berstatus Jutawan Pun Ada!

Ramai yang nak bergelar jutawan tapi suka ambil jalan mudah, sampai ramai yang terjerat dengan skim-skim pelaburan palsu.

Bagaimanapun, lain pula dengan kucing-kucing ni yang mungkin tak pernah ada niat pun nak jadi jutawan, tetapi memegang status jutawan.

Jom lihat senarai kucing-kucing kaya yang lebih kaya dari kita ini.

1. Nala


Kucing yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini memiliki kekayaan bernilai RM468.5 juta dan dinobatkan sebagai kucing paling kaya di dunia.

Dengan lebih 4 juta pengikut di Instagram, Nala turut memegang rekod kucing yang mempunyai jumlah pengikut paling banyak.

2. Olivia Benson

Kucing feline yang gemuk ini mempunyai kekayaan bernilai RM454.4 juta, dan kucing ini memiliki tuan yang juga merupakan penyanyi terkemuka USA iaitu Taylor Swift.

Boleh tahan juga kaya dan ada 'mommy' yang terkenal.

3. Choupette

Kucing ini ibarat langkah kanan apabila mewarisi kekayaan tuannya yang bernilai RM60.90 juta, dan tuannya merupakan seorang pereka fasyen terkenal di Jerman iaitu Karl Otto Lagerfeld yang mati pada tahun 2019.

4. Smoothie the cat

Kucing yang mempunyai bulu gebu ini antara kucing yang menjana pendapatan paling tinggi di media sosial dengan bayaran RM34.7 ribu untuk satu posting di Instagram.

Tidak berstatus jutawan, tetapi bayaran yang dia terima lebih banyak dari gaji setahun kita di Malaysia.

5. Coffee the cat

Kucing ini turut dikenali dengan nama Mr. White, menjana pendapatan sebanyak RM31.7 ribu bagi setiap posting di Instagram.

Itulah antara senarai kucing paling kaya di dunia. Apalah agaknya rahsia kucing-kucing ni sampai diberi rezeki jadi kaya. Mungkin berkat jadi kucing yang baik.

Artikel Menarik Lain: Sejarah Pulau Jerejak Penang Yang Ramai Tak Tahu

2 Ulasan

  1. peliknya di dunia skrg sampaikan kucing pun boleh jadi jutawan! Done follow your blog here....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Abam Kie, kucing lebih berduit dari kita. Btw, thank you follow back!

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama