Kalau lihat trend 10-15 tahun lepas, waktu tu adalah zaman ledakan blogging sehingga ramai yang mencipta nama hasil daripada tulis blog. Antaranya macam Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Mira Filza, dan ramai lagi.
Fast forward ke tahun 2019-2020, kandungan media sosial mula mendominasi platform internet dan banyak company pilih untuk bagi job pada pempengaruh (influencer) media sosial berbanding penulis blog.
Semua diukur dengan berapa popular atau berapa ramai followers yang kita ada.
Lagi pun memang tak dinafikan orang kita sekarang lebih gemar bermain media sosial berbanding membaca blog.
Jadi apa lagi yang boleh seorang blogger tawarkan untuk kekal relevan?
Content 'Fake' Rosakkan Kepercayaan Orang Ramai
Kalau lihat trend sekarang, banyak content dihasilkan semata-mata untuk kejar likes' dan 'views' sehinggakan ramai hasilkan content palsu atau fake.
Bila dah terlalu ramai yang hasilkan content yang dibuat-buat, kebolehpercayaan terhadap kandungan di media sosial menjadi rendah sebab orang akan kata "ni mesti content semata-mata".
Semua dihasilkan atas nama marketing tanpa mengira kesan negatifnya pada masa akan datang.
Lebih Ramai Suka Content Yang 'Jujur'
Secara peribadi, content di blog dihasilkan dengan lebih jujur berbanding di platform media sosial yang lain seperti TikTok, Instagram dan lain-lain.
Kebanyakkan penulis blog tidak terlalu mengejar 'likes' dan 'views' seperti di platform lain, jadi apa yang ditulis adalah apa yang difikirkan dan apa yang dirasakan.
Authenticity adalah kuncinya.
Kalau di media sosial kita boleh lihat contoh ni melalui kandungan-kandungan yang dihasilkan Khairul Aming & Ryan Bakery.Content mereka jujur dan tidak cuba untuk buat content merapu yang akhirnya mengundang kecaman.
Kalau lihat kandungan artikel di blog-blog jarang menerima kecaman, kecuali laman sesawang infotainment seperti MStar yang bernaung di bawah syarikat media.
Blogger-blogger ni semua bergerak sendiri, jadi tidak terikat untuk menulis cerita-cerita sensasi yang sekadar mahukan views.
Dan paling penting, content kita kekal relevan sampai bila-bila sebab orang mungkin akan Google je topik berkaitan yang kita ada tulis dan content kita akan muncul di carian Google.
Penting Untuk Tahu Cara Manfaatkan SEO
Selain daripada 'jujur' dalam setiap kandungan yang dihasilkan, penting juga untuk tahu cara gunakan SEO dengan betul.
Saya dah lama dengar pasal SEO ni tapi lepas kerja dengan syarikat media barulah saya faham cara untuk manfaatkan SEO ni.
Bertapa pentingnya SEO ni bagi sesebuah website atau blog page sebab ia akan menentukan sesebuah page itu dapat dicari dalam carian Google.
Asasnya, content yang bermanfaat dan tersusun akan lebih diutamakan oleh Google untuk diletakkan dalam carian Google.
Dalam dunia SEO kita sebut sebagai indexed dan de-indexed.Kalau content atau artikel yang kita hasilkan tu tidak di index oleh Google, maka mustahil bagi artikel kita itu untuk dijumpai.
Jadi kita gabungkan kedua-duanya, kejujuran dan pengetahuan tentang SEO, blog kita akan kekal relevan untuk tahun 2024 dan juga tahun-tahun mendatang.
Secara ringkasnya, tulis blog masih lagi relevan tapi perlu ada nilai yang kita boleh tawarkan. Dalam hal ini, penulis blog menawarkan nilai kejujuran sebab pengguna media sosial sekarang semakin bijak untuk menilai.
Betul tu, mostly yang blogger akan ckp blog masih relevan. Kadang kita sendiri cari pengalaman dan membacanya dari blogger yang lain.
BalasPadamTapi harapan saya platform blog ni akan kekal jadi salah satu pilihan brand2 di luar sana approach untuk collab dan hasilkan content untuk diaorang. Tapi kita sebagai blogger kena terus buktikan platform ni masih relevan.
PadamPandangan saya untuk jana pendapatan? Saya tidaklah sampai ke tahap itu, sekadar untuk menyimpan kenangan bersama keluarga selain dari meluah rasa seperti di sini:
BalasPadamhttps://aizamia3.blogspot.com/2024/03/ulangtahun-blog-makbudak-aka-remajapurba.html