Memahami Perbezaan Antara Harta dan Liabiliti: Betul Ke Apa Yang "Rich Dad Poor Dad" Cakap?


Mungkin ramai yang dah baca "Rich Dad Poor Dad" yang ditulis oleh Robert Kiyosaki. Ia bukan sekadar sebuah buku kewangan peribadi, tetapi merupakan satu manifesto untuk memperkasakan kewangan anda dan menuju ke arah financial freedom.

Salah satu konsep asas yang diceritakan dalam buku ini adalah perbezaan antara harta dan liabiliti yang menjadi asas untuk membina kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan.

Salah satu konsep asas yang diceritakan dalam buku ini adalah perbezaan antara harta dan liabiliti yang menjadi asas untuk membina kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan.

Artikel Berkaitan: Cara-Cara Untuk Gagal Menguruskan Duit: Pandangan dari "Money Stories from Malaysians: Volume 1"

Dalam buku ini terdapat dua figura bapa yang dia sebut sebagai "Poor Dad," dan "Rich Dad" yang dijadikan sebagai role model untuk anda memahami tentang literasi kewangan, sikap mental, dan strategi pengurusan kewangan.

Perbezaan Antara Harta Dan Liabiliti Untuk Mencapai Kejayaan Kewangan

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini?

Menurut Kiyosaki, harta adalah perkara yang meletakkan wang di dalam poket anda. Ia merupakan sumber yang menghasilkan pendapatan atau meningkat nilai dari semasa ke semasa.

Contoh harta termasuk hartanah, saham, bon, perniagaan, dan harta intelek.

Ciri utama harta adalah bahawa mereka menyumbang secara positif kepada aliran kewangan anda dengan menghasilkan pendapatan pasif atau meningkatkan nilai dan struktur kewangan anda.

Sebaliknya, liabiliti adalah perkara atau keadaan di mana wang anda diambil dari poket anda.

Ini adalah perbelanjaan wajib secara bulanan atau tahunan yang diambil daripada sumber pendapatan anda dan sekaligus mengurangkan nilai bersih pendapatan anda.

Liabiliti yang biasa terikat dengan kita termasuk pinjaman rumah, pinjaman kereta, hutang kad kredit, dan bentuk-bentuk hutang pengguna lain.

Berbeza dengan harta, liabiliti memerlukan pembayaran berterusan dan mengurangkan kemampuan anda untuk membina kekayaan.

Dalam dunia moden kini, langganan Netflix atau YouTube Premium secara bulanan juga dikira sebagai liabiliti.

Artikel Berkaitan: Doa Permudahkan Urusan Mencari Kerja

Memahami perbezaan antara harta dan liabiliti adalah penting untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.

Dalam buku ini ia menekankan kepentingan memperoleh aset yang menghasilkan pendapatan secara aktif atau pasif, sementara meminimumkan liabiliti untuk membina kewangan yang kukuh.

Penting Perubahan Sikap Untuk Kewangan Yang Lebih 'Sihat'

Bagi ramai orang, langkah ke arah financial freedom bermula dengan perubahan sikap dan mentaliti.

Daripada fokus hanya pada mendapat gaji untuk menampung perbelanjaan, "Rich Dad Poor Dad" mendorong pembaca untuk memberi keutamaan kepada membina portfolio aset yang akan memberikan financial security untuk jangka masa panjang.

Selain itu, buku ini turut mengetengahkan kuasa pendidikan kewangan dan sikap berdikari dalam memperkukuh kewangan sendiri.

Dengan memperoleh pengetahuan tentang pengurusan wang, pelaburan, dan strategi pembinaan kekayaan, anda berupaya memastikan kewangan yang lebih terjamin di masa hadapan dan melepaskan diri dari kehidupan makan gaji.

Kesimpulannya, pembezaan antara harta dan liabiliti adalah konsep asas yang membentuk asas kejayaan kewangan.

Dengan memberi keutamaan kepada perolehan aset yang menghasilkan pendapatan dan meminimumkan liabiliti, anda boleh mencapai financial freedom dan mencipta masa depan yang lebih cerah bagi diri anda dan juga keluarga.

Antara kata hikmah daripada Kiyosaki yang terkenal, "Orang susah atau kelas pertengahan bekerja untuk duit. Orang kaya membiarkan duit bekerja untuk mereka."

Artikel Berkaitan: Cara Jimat Masa Isi Minyak

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama