Cara Jimat Masa Isi Minyak



Assalammualaikum,

Setiap kali nak isi minyak, pernah terfikir tak apa cara paling mudah untuk isi minyak di Petrol Station?

Tiap kali isi minyak mesti nak kena keluar kereta, lock pintu, berjalan ke kaunter, buat pembayaran, dan baru lah boleh isi minyak. Kalau isi full tank, tak ke dua kali kena berjalan ke kaunter tu? 

Selain tu mesti akan ada yang cakap guna kad bank pun senang, tapi rakyat marhaen macam kita ni jarang lah nak pakai kad bank tu. 




Jadi sekarang dah tambah lagi satu cara untuk isi minyak dengan mudah, iaitu melalui aplikasi SETEL. Ok sebelum huraian lanjut, aplikasi Setel ni adalah aplikasi e-wallet dari PETRONAS. Maknanya, ia hanya boleh digunakan di petronas sahaja. Jangan pergi Shell lepas tu tanya pulak kenapa tak boleh guna apps ni. 

Apps ni boleh dikatakan baru dan belum berusia setahun lagi. So untuk first launching aplikasi Setel ada buat promosi cashback sebanyak 10% bagi pengisian minyak selama 30 hari dari tarikh pendaftaran. Dalam 30 hari tu korang kena isi minyak sekurangnya 3 kali dan setiap pengisian tu tak kurang dari RM30. Kalau tengok webpage Setel, dia tulis siapa yang daftar sebelum 31 Januari 2019 je layak dapat cashback ni, TAPI saya baru je daftar bulan April hari tu dapat je cashback. 


Cuba tengok dapat Cashback RM15 bulan Mei hari tu. April pun dapat reward RM5 sebab Setel ada buat campaign. 

Kalau tak dapat cashback pun, apa salahnya guna je terus apps ni. Sangat mudah tanpa perlu berganjak jauh dari kereta! Tapi make sure install siap-siap apps tu sebelum pergi isi minyak. Jangan dah sampai pam minyak baru terhegeh-hegeh nak install register semua. Dan satu lagi, nak isi minyak tu buat pembelian siap-siap sebelum turun kereta dan tinggalkan phone dalam kereta semasa keluar isi minyak. Sekadar langkah berjaga-jaga.

Tak semua petronas dah implement kan apps Setel ni. Tapi don't worry, dalam apps tu dia akan bagitahu petronas mana yang boleh Setel. Kebanyakkan petronas di Klang Valley ni dah implement, cuma petronas di negeri-negeri lain je yang belum lagi. 



Yang warna biru kehijauan tu semua lokasi petronas yang boleh guna Setel. 

Takut kad mesra tak dapat point? jangan risau sebab kad mesra tu boleh disekalikan di dalam apps ni. Jadi setiap isian melalui apps ni, kad mesra tetap akan dapat point seperti biasa. Bagi saya aplikasi ni sangat bagus dan mudah, tapi kalau ada buat cashback lebih-lebih lagi best lah kan. okay apa-apa pun cuba lah dulu guna apps ni.

Until Next Post, Adios!

11 Ulasan

  1. sangat bagus dan mudah. Saya recommend utk guna apps ni (y)

    BalasPadam
  2. haha kang takut ttbee line takde sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu pun takut gak. hahah. tapi in sha Allah line dkt klang valley ni okay je.

      Padam
  3. Makin banyak aplikasi yg menarik..

    BalasPadam
  4. wahhh menarik lah. kita baru tahu tentang kewujudan apps ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. apps wajib cuba. memudahkan urusan isi minyak

      Padam
  5. Bagus nie, innovative sangat apps ni, mudah je nak track petrol station terdekat, dalam masa urgent

    BalasPadam
  6. Kalau nak isi full tank guna apps ni macam mana bos?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh pilih button full tank bos. ada dalam apps setel tu.

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama