Movie Review: Birds Of Prey



Hi Assalammualaikum guys,

DC Extended Universe (DCEU) mengorak langkah ke tahun 2020 dengan filem Birds of Prey (And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn). Filem based on comic books pertama untuk tahun ni. So Birds of Prey is basically kesinambungan kehidupan Harleen Quinzel a.k.a Harley Quinn selepas insiden di dalam Suicide Squad. Secara peribadi saya enjoy menonton Birds of Prey ni yang mendapat rating Rotten Tomatoes sebanyak 81%, sebab plot cerita yang tak berat ditambah dengan skrip dan penataan yang segar. DCEU semakin kehadapan dalam pembikinan filem. Mungkin belajar dari kesilapan dari kegagalan Suicide Squad yang boleh dikatakan sebagai major failed. 

Birds Of Prey Hasil Kesilapan Suicide Squad

Suicide Squad merupakan major failed bagi DCEU sehingga mendapat rating 27% di Rotten Tomatoes. Dengan plot yang tidak jelas dan macam tiba-tiba terus ada ancaman besar di Bandar Gotham, ditambah dengan pengenalan karakter yang banyak, memang nampak kurang kemas filem tu. Jadi dari kegagalan Suicide Squad, DCEU berjaya menghasilkan Birds of Prey yang boleh dianggap antara filem terbaik, sebaris dengan filem Wonder Woman dan Shazam dari DCEU. 

Birds of Prey masih menggunakan format yang seakan-akan Suicide Squad dengan pengenalan karakter-karakter baru dan juga flashback scenes, tapi nampak lebih kemas dan tak serabut. Kalau jenis yang tak suka flashback scenes, mungkin dia akan rasa Birds of Prey ni memeningkan kepala. Saya jenis yang okay je dengan flashback scenes, tapi dalam Birds of Prey ni boleh tahan pening kepala juga flashback dia. Flashback dia ibarat dari babak C dia flashback ke babak A, then pergi ke babak D lepas tu masuk ke babak B, then kembali ke babak C. Sebab kenapa flashback dia agak tak tersusun sebab ia merupakan penceritaan dari sudut Harley Quinn, yang mempunyai pemikiran bercelaru hasil didikan Mr. J. But if you focus on the film, it should not be a problem.

Mood untuk filem ini juga lebih colorful berbanding Suicide Squad, dan itu yang menjadikan Birds of Prey nampak lebih seronok dan menyenangkan untuk ditonton. DCEU banyak juga bermain dengan filem yang memberi dark mood seperti Superman Man Of Steel, Batman vs Superman, dan termasuk Suicide Squad. Mungkin lepas kejayaan Batman Trilogy, DCEU merasakan mood filem seperti itu akan digemari penonton dan peminat terutamanya. Dan akhirnya selepas Suicide Squad, DCEU insaf.

Harley Quinn Putus Dengan Mr. J

Kesinambungan kisah Harley Quinn dalam filem ini selepas Suicide Squad adalah hubungan dia bersama Mr. J a.k.a JOKER telah putus. Permulaan Birds of Prey dimulakan dengan berita mereka berdua dah tak lagi bersama dan ini membuatkan seluruh geng-geng jahat di bandar Gotham ingin membunuh Harley Quinn sebab dia dah tak ada 'imuniti' dan pengaruh JOKER lagi. Ini termasuk lah the main Villain dalam filem ini, the Black Mask yang memang dah lama aim nak bunuh Harley Quinn. 

Plot penceritaan dalam Bird of Prey tertumpu kepada sebiji berlian yang sangat berharga di bandar Gotham. Bila berlian ini hilang dicuri oleh seorang remaja perempuan bernama Cassandra Cain, Black Mask yang sepatutnya memiliki berlian ini naik berang lah. Pada waktu itu lah Harley Quinn yang telah ditangkap oleh the Black Mask untuk dibunuh membuat tawaran kepada Black Mask. Bagi menyelamatkan diri Harley Quinn dari dibunuh, dia menawarkan diri untuk mendapatkan semula berlian tersebut.

Untuk menambahkan lagi keseronokkan mendapatkan berlian itu, Black Mask membuat taruhan dan akan memberi ganjaran kepada penjenayah lain yang boleh mendapatkan berlian tersebut dari Cassandra Cain.

Siapa Birds of Prey ni?

Kalau ikut komik DC, Bird of Prey merupakan sekumpulan hero wanita di bandar Gotham. Untuk filem Birds of Prey (And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) pula, fokus cerita ni bukan lah nak cerita pasal kumpulan hero wanita ni. Tapi lebih kepada bagaimana wujudnya kumpulan ini, dan semuanya berterima kasih kepada Harley Quinn dan kes berlian yang saya sebutkan tadi. Jadi disebabkan itu, penceritaan dalam filem ni memang fokus kepada watak Harley Quinn yang dilakonkan oleh Margot Robbie.

Selain Harley Quinn, watak lain yang cuba melindungi Cassandra Cain dari menjadi buruan penjahat-penjahat adalah Black Canary dan juga Detective Reene Montoya. Selain itu watak Huntress juga turut termasuk dalam kumpulan mereka pada babak akhir filem ini secara tidak sengaja. Huntress tak peduli pun pasal Cassandra Cain ataupun berlian tu.

Disebabkan sekumpulan wanita bergabung untuk melindungi Cassandra Cain dari dibunuh, maka terhasil lah team superhero wanita dengan gelaran Bird of Prey untuk membanteras jenayah di bandar Gotham. Tapi Harley Quinn tidak termasuk ya sebab dia dah buka bisnes baru.

Siapa Patut Tengok

Sayangnya filem ni adalah untuk tatapan 18 tahun ke atas. Adik-adik yang baru nak kenal dunia tu tak boleh lah ye nak pergi menonton. Kalau anda peminat DCEU, sudah tentu anda akan pergi menontonnya. Tapi kalau tak minat? Boleh juga pergi menonton Birds of Prey sebab cerita dia tak perlukan pengetahuan pasal komik DC untuk faham. 

Apa yang saya nampak, Birds of Prey agak berjaya setup the whole neighborhood of Gotham City for future DCEU film. Yang ni kena rujuk komik lah untuk tahu keadaan bandar Gotham yang penuh dengan kepincangan politik dan pentadbiran. 

Overall untuk filem ni saya bagi 8/10. Dan jangan compare dengan MCU please. Majulah filem superhero untuk dunia.

Until Next Post, Ciao!

P/S Post Credit ada tapi tak berbaloi untuk tunggu sampai habis. 

Artikel Berkaitan: 
Betul Ke Siri Live-Action Avatar: The Last Airbender Sampah?


Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama