Assalammualaikum,
Bila bercakap soal gaji, ramai antara kita yang mengeluh sebab tangga gaji di Malaysia bagi yang baru nak start kerja adalah rendah. Kenaikan gaji minimum dah pun menjadi antara isu utama, dan ada dua kelompok yang terkesan di dalam isu ini. Pertama adalah pekerja, dan kedua pihak majikan. Mungkin orang akan kata majikan dah kaya jadi tiada kesan kalau setakat naikkan gaji minimum pekerja. Dari majikan pula mereka akan kata kos operasi akan meningkat dan ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga pasaran. Dua-dua pihak ada argument masing-masing. Jadi jom kita lihat sejauh mana argument ini boleh di pakai.
Bagi tahun 2020, kerajaan telah pun mengumumkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,200 di 57 bandar utama. Antara bandar yang menerima kenaikan ini adalah Johor Bahru, Melaka, Penang, Ipoh, KL, Shah Alam dan lain-lain. Rujuk SINI untuk semua senarai bandar.
Jadi kelompok mana yang akan berpuas hati dengan kenaikan ni? tiada satu kelompok pun yang berpuas hati. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) kata kenaikan ini terlalu tinggi, dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kata kenaikan ini masih terlalu rendah.
Hal yang sebegini perlu dikupas lebih lanjut dan dilihat kesannya terhadap ekonomi, samada ekonomi makin berkembang (sebab perkerja dapat extra income) atau makin melembab.
Gaji Minima Tinggi = Tak Baik untuk Perniagaan
Tak semua orang nak lihat isu ni dari sudut kesan terhadap ekonomi. MEF menyatakan kerisauan bahawa kenaikan gaji minimum ini hanya akan menguntungkan pekerja asing dan aliran keluar ringgit juga akan meningkat. Selain itu, peningkatan gaji minimum akan menyebabkan inflasi, kenaikan harga barangan, kadar pengangguran meningkat, dan juga boleh mengakibatkan perniagaan muflis. Nampak macam lebih membawa kemudaratan? atau ini sekadar alasan MEF untuk tidak menaikkan gaji minimum?
Gaji Minima Tinggi = Baik untuk Masyarakat
Dari sudut pandangan MTUC pula, yang rata-rata rakyat Malaysia bersetuju, Gaji minima RM1,200 adalah tidak cukup untuk menampung kos sara hidup dan mencadangkan untuk dinaikkan ke RM1,800. Ini lah yang rakyat Malaysia mahukan, gaji bermaruah. Kadar gaji minima ini dikatakan mampu menghapuskan kemiskinan, meningkatkan produktiviti, dan meningkatkan perbelanjaan. Secara tidak langsung akan memberi kesan positif terhadap ekonomi secara amnya. Bagi saya, ini sekadar kenyataan secara am yang tidak berlandaskan pada mana-mana kajian.
Alasan atau Kebenaran?
Apa yang kita nampak dari isu ni adalah kelompok business owner dan juga beberapa figura penting mengecam tindakan kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minima. Antara alasan mereka adalah akan menyebabkan inflasi dan kenaikkan harga barang. Is it true?
Kenyataan ni tidak lah salah sepenuhnya. Terdapat satu kes di California di mana gaji minima di sana dinaikkan kepada 15USD sejam. Pemilik perniagaan terpaksa menaikkan service charge terhadap pelanggan untuk menampung kenaikkan kos operasi perniagaan mereka. Jadi dengan anggapan untuk meningkatkan kuasa pembeli bila gaji minima dinaikkan telah menyebabkan harga pasaran meningkat, dan secara tak langsung kuasa pembeli berkurangan. Ianya seperti satu kitaran.
Walaubagaimana pun, satu kajian telah diadakan untuk melihat kesan kenaikkan gaji minima untuk jangka masa panjang. Kajian tersebut mendapati sekiranya gaji minima dinaikkan secara berperingkat untuk tempoh yang panjang, kesan inflasi dan kadar kenaikkan harga barangan adalah minimal.
Hal ini juga terpakai bagi kenyataan kadar pengangguran akan meningkat hasil daripada kenaikkan gaji minima. Sama lah macam kes ni California, bila gaji minima dinaikkan secara drastik, ia akan beri kesan kepada kos operasi dan memaksa business owner untuk buang pekerja.
Jadi secara amnya, boleh dikatakan kesan inflasi dan kadar pengangguran yang tinggi akan berlaku sekiranya gaji minima dinaikkan secara drastik.
Wajarkah Kenaikkan Gaji kepada RM1,200
Kalau ikutkan argument di atas ni, di antara 'drastic & gradual', rasanya kenaikkan kepada RM1,200 ni tak dilihat sebagai drastik. Tapi satu kerisauan yang bermain difikiran adalah apabila sebahagian syarikat memilih untuk memindahkan operasi mereka ke negara jiran kerana kos operasinya lebih rendah berbanding Malaysia. Baru terbaca satu tweet syarikat pengeluar susu Danone Dumex shutdown seluruh hub di Malaysia. Pekerja semua diberhentikan. Ini baru permulaan 2020. Jadi tak tahu apa yang bakal berlaku lagi lepas ni.
Apa yang pasti, kelompok atasan sudah semestinya tidak mahu mengurangkan keuntungan mereka. Yang dikerah adalah kelompok bawahan. Ada cadangan macam mana nak capai Shared Posperity 2030?
Saya bukan seorang yang pandai bab ekonomi. Tapi dari pandangan mata kasar, banyak perkara yang perlu diambil kira oleh kerajaan sebelum sesuatu polisi dapat dijalankan. Yang paling penting adalah kesan terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Negara Malaysia tidak lah teruk mana. Boleh dikatakan masih 'OK' cuma ketinggalan sedikit dari negara jiran. Apa yang boleh kita lakukan adalah bersama-sama mencari jalan untuk mencapai status negara maju.
Until Next Post, Ciao!
Sumber: https://criticalfunatic.com/new-minimum-wage-how-will-it-affect-the-economy/
Until Next Post, Ciao!
Sumber: https://criticalfunatic.com/new-minimum-wage-how-will-it-affect-the-economy/
Sedih betul merempat di negara sendiri. +_+
BalasPadam