Assalammualaikum,
Hari ni dah masuk hari ke-tiga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dijalankan bermula 18 sampai 31 Mac 2020. Bila perintah ini diwartakan pada 17 Mac, saya tak pasti majoriti rakyat Malaysia faham atau pun kurang faham tentang perintah ini dan kepentingannya terhadap negara.
info: warta ini dibuat Dibuat bawah AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988, Seksyen 11. Sesiapa yang tidak patuh, boleh didakwa dan dikenakan denda atau penjara tak lebih 2 tahun.
Mungkin silap kerajaan tidak merancang dengan teliti proses komunikasi yang berkesan semasa berlakunya krisis seperti ini. Bila proses komunikasi tidak berkesan, maka keadaan cemas dan panik akan berlaku pada awalnya. Sehinggakan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa membuat pengumuman kali kedua dalam bahasa mudah yang boleh difahami semua orang. Bagi saya, mesej yang jelas dan penjelasan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah sangat penting untuk disampaikan kepada semua orang. Baik yang duduk di kampung ataupun bandar.
Tapi sebelum tu, lagi baik kalau kita dapat amik tahu sikit info berkenaan virus COVID-19.
Apa itu Covid-19?
COVID-19 ataupun nama yang sering digunakan Corona Virus, merupakan satu virus baru dari strain corona virus yang mampu mengancam nyawa orang yang dijangkiti. Penyebaran virus ini bermula dari Wuhan, China.
Kalau ikut laporan, COVID-19 berpunca dari virus yang menjangkiti kelawar. Dan sebahagian masyarakat di China memang terkenal dengan tabiat memakan haiwan eksotik seperti kelawar, maka terkena dan tersebar lah virus COVID-19 kepada manusia. Ada juga laporan yang mengatakan virus ini datang dari makmal, bermaksud ia virus buatan manusia. Tapi laporan ni dikeluarkan oleh journal Amerika, so tak pasti sekadar propaganda atau kenyataan.
Berdasarkan maklumat, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan penafasan dan sentuhan. Namun kajian terkini dari The Journal of Hospital Infection menunjukkan COVID-19 mampu berada di atas permukaan seperti kerusi, tombol pintu dalam tempoh masa tertentu sekiranya terdedah kepada pesakit COVID-19.
Kesan COVID-19 Terhadap Kesihatan?
Kesannya terhadap kesihatan amat merisaukan. COVID-19 berkait rapat dengan gejala penyakit berkaitan pernafasan seperti selsema. Tetapi ia bukan seperti selsema biasa. Gejala biasa bagi mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah demam, batuk dan kesukaran bernafas sehingga dada terasa sakit setiap kali bernafas. Pada peringkat awal, mungkin pesakit masih boleh lagi bertahan dan seterusnya sembuh. Tetapi ia mampu membawa kepada kesan yang lebih kritikal seperti radang paru-paru yang teruk, sindrom kesusahan pernafasan akut, sepsis, kejutan septik, dan akhirnya kematian.
Bagi mereka yang berumur dan mempunyai penyakit kritikal seperti kencing manis, sakit jantung, cancer dan penyakit kritikal yang lain, risiko kematian jika dijangkiti COVID-19 adalah tinggi. Jadi golongan ini lah yang kita harus lindungi sekarang dari terkena jangkitan COVID-19.
Memang betul kadar sembuh dari COVID-19 ini adalah tinggi. Di China seramai 70,420 pesakit telah pulih dari COVID-19. Tetapi itu di China yang mempunyai hospital dan fasiliti serta tenaga kerja yang ramai. Hospital pun diaorang mampu bina dalam tempoh 10 hari. Mereka mampu merawat pesakit yang ramai dalam satu masa. Tetapi di Malaysia, apa yang dirisaukan adalah jumlah fasiliti yang terhad sekiranya terlalu ramai yang dijangkiti virus COVID-19.
Sehingga sekarang, tiada lagi ubat khusus atau vaksin untuk merawat pesakit COVID-19. Apa yang mampu dilakukan sekarang adalah merawat simptom-simptom daripada jangkitan COVID-19. Jika pesakit demam, pegawai perubatan akan memberi ubat berkaitan demam. Jika pesakit batuk-batuk atau sakit kepala, sama juga akan diberi ubat mengikut simptom. Dan jika keadaan menjadi kritikal sehingga mengakibatkan kegagalan buah pinggang atau penafasan, maka rawatannya mengikut sakit yang sedang dihadapi. Sebab ini juga jumlah fasiliti dan tenaga manusia perlu mencukupi supaya setiap pesakit boleh dirawat mengikut simptom-simptom. Cara rawatan COVID-19 buat masa sekarang tidak mudah.
Sehingga sekarang, tiada lagi ubat khusus atau vaksin untuk merawat pesakit COVID-19. Apa yang mampu dilakukan sekarang adalah merawat simptom-simptom daripada jangkitan COVID-19. Jika pesakit demam, pegawai perubatan akan memberi ubat berkaitan demam. Jika pesakit batuk-batuk atau sakit kepala, sama juga akan diberi ubat mengikut simptom. Dan jika keadaan menjadi kritikal sehingga mengakibatkan kegagalan buah pinggang atau penafasan, maka rawatannya mengikut sakit yang sedang dihadapi. Sebab ini juga jumlah fasiliti dan tenaga manusia perlu mencukupi supaya setiap pesakit boleh dirawat mengikut simptom-simptom. Cara rawatan COVID-19 buat masa sekarang tidak mudah.
Jadi sebab itu kerajaan mewartakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi meratakan lengkungan pesakit COVID-19 (Flattening the Curve).
Tujuan Sebenar Perintah Kawalan Pergerakan
Ini yang sepatutnya semua rakyat Malaysia perlu faham. Di dalam lengkungan jumlah pesakit COVID-19, terdapat satu garisan yang menandakan kemampuan kerajaan Malaysia untuk merawat pesakit. Garisan itu merangkumi jumlah hospital, kelengkapan dan juga sumber manusia. Jadi adalah sangat kritikal bagi kerajaan sekarang untuk mengurangkan jumlah penyebaran virus COVID-19 ini bagi membolehkan semua pesakit dirawat dengan rapi.
Jika hal ini gagal, maka akan ada satu situasi di mana sebahagian pesakit tidak dapat dirawat sebab katil atau mesin ventilator di hospital sedang digunakan pesakit lain. Situasi yang lagi teruk adalah bila doktor terpaksa pilih pesakit yang mempunyai high survival chance untuk dirawat dan membiarkan pesakit yang tipis harapan untuk hidup.
Kes di Malaysia sekarang ada lah second-wave. Semasa first-wave, kerajaan berjaya membendung virus ini dari menular dengan lebih luas. Punca second-wave ni seperti yang kita semua tahu adalah dari salah seorang peserta perhimpunan tabligh yang gagal cakna tentang bahayanya penyebaran virus COVID-19 ini.
Tapi saya rasa, satu Malaysia gagal cakna tentang bahaya dan kesan yang serious virus COVID-19 ni.
STAY HOME, JANGAN KELUAR RUMAH!
Saya faham bagi mereka yang duduk di kampung, isu corona virus ni macam tak berapa nak serious. Ia akan dipandang serious bila dah terkena pada diri sendiri atau ahli keluarga sendiri, baru nak beringat.
Baru tadi saya tengok video polis serbu rumah orang yang tengah buat kenduri. Kejadian di Kedah. Pada hari ke-tiga pun masih ada orang yang kurang mengerti bertapa pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan ni. Tapi bila fikir balik, saya rasa memang orang-orang di kampung kurang faham dengan isu ni. Mungkin ada yang kata "lantak lah polis nak datang ke apa, aku dah bayar kot untuk majlis ni". Yes memang akan ada yang fikir macam ni.
Kanak-kanak yang selamber je bermain di taman pun masih ada. Mungkin ibubapa diaorang kurang faham tentang bahayanya virus COVID-19 ni.
Tapi kita tak boleh nak salahkan diaorang 100%. Tugas kita sebagai anak, anak buah, sedara, jiran tetangga, adalah untuk menyampaikan juga maklumat yang sepatutnya kepada orang-orang yang kurang faham ni tadi. Sampaikan lah maklumat penting ini kepada pakcik makcik yang kurang faham tu. Katakan pada mereka ini soal keselamatan negara. Ancaman yang kita hadapi sekarang adalah ancaman nyawa.
Kalau korang rasa korang dah terdedah kepada individu yang disahkan positif COVID-19, tolong kuarintinkan diri korang. Pergi ke hospital dan maklumkan yang korang dah terdedah kepada pesakit COVID-19 dan terus jalankan ujian saringan. Jangan sembunyikan diri atau lari. Kita tak nak jadi seperti rakyat Itali yang degil dan akibatnya kes jangkitan dah jejak 40 ribu kes.
Walaupun pesakit telah sembuh dari COVID-19, ada kajian menyatakan virus itu masih boleh disebarkan kepada orang lain. Jadi amat penting untuk kita mengesan siapa yang dijangkiti COVID-19 supaya pihak berkuasa dapat melakukan langkah pencegahan dari ia tersebar semula.
Ini hanya Perintah Kawalan Pergerakan. Bukan Lockdown. Jadi kita masih boleh keluar beli barang dan melakukan urusan penting di luar rumah. Cuma perlu aware apa yang patut dan tak patut kita lakukan. Jaga jarak anda dengan individu yang lain bila di luar rumah. Social Distancing. Dan sentiasa menjaga kebersihan diri.
Until Next Post, Ciao!