Assalammualaikum,
Sejujurnya banyak perkara yang berlaku sepanjang 2019. Dari perkara yang baik hingga yang kurang baik. Mana-mana perkara yang berlaku tetap menjadi pedoman, memori dan juga hikmah sepanjang tahun. Kalau nak ikutkan posting ni saya nak tulis bulan lepas sebelum tahun baharu 2020. Tapi apakan daya, jadual tidak mengizinkan.
Tahun 2019 boleh dikatakan tahun yang mencabar buat saya dari segi kerjaya, kewangan dan juga kerohanian. Walaupun sepatutnya saya sudah memiliki kerjaya yang stabil, tapi rezeki masih belum memihak pada saya. Tapi saya okay je, still strong mengharungi liku-liku dalam mendapatkan kerjaya yang mantap. Kita harus jalan terus.
Yang paling indah untuk 2019 mesti lah permulaan kehidupan berumahtangga. secara jujurnya memang saya tak rancang untuk mendirikan masjid pada tahun 2019, tapi perancangan Allah itu lebih baik. Alhamdulillah dijodohkan dengan orang yang baik juga.
Yang paling sakit sepanjang tahun 2019 adalah masalah kereta yang tak henti-henti. Dari awal tahun sampai hujung tahun berhabis untuk kereta. Memang bagi impak pada kewangan semasa. Tapi tak apa tetap bersyukur kereta boleh bergerak bawa kami berdua berjalan jauh.
I still remember in January 2019 I made a vow to bring this blog back alive. I said I would be active in writing again and would write anything throughout the year, and I did. I have honoured a promise to myself. Saya berazam pada tahun 2019 dan saya penuhi azam saya. I have wrote 46 entries in 2019. Not bad for a comeback. Click HERE to read the first entry that brings this blog alive. And for this year, more insightful sharing I guess.
Bagi saya tahun 2019 ni adalah tahun merancang. Macam-macam perancangan dah dibuat untuk mengharungi wawasan 2020. Dengan harapan segala perancangan saya itu membuahkan hasil.
2020 bakal menjadi tahun yang mencabar buat kita semua. Ada yang kata this year is a recession year. Mungkin betul, mungkin juga pertumbuhan ekonomi akan semakin berkembang. Dengan lanskap politik yang tidak menentu, anything can happen. My advice for this year, just prepare for the worst.
Seperti tahun yang sudah, buat lah yang terbaik untuk tahun ini. Kekalkan momentum dan jalan terus.
Until Next Post, Ciao!