Boost Beri Cashback Bagi Setiap Pembayaran



Assalammualaikum,

Rasanya ramai dah familiar dengan sistem pembayaran atau transaksi menggunakan e-wallet. Kita sekarang sedang menuju ke arah cashless society, jadi apps e-wallet ni sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi korang faham ke apa sebenarnya e-wallet ni? secara mudahnya e-wallet ni ibarat kad debit korang lah. Cumanya ia dalam bentuk aplikasi. Antara kelebihan e-wallet ni adalah memudahkan traksaksi, tak perlu sediakan duit kecil, mudah dibawa ke mana sahaja, dan confirm tak akan tercicir. Jadi ada berapa banyak aplikasi e-wallet dekat Malaysia ni? Antara yang selalu dengar dekat Malaysia ni adalah seperti Boost, FavePay, GrabPay, BigPay, Razer Pay, dan Touch 'n Go app. Tapi antara semua e-wallet, yang paling menguntungkan adalah Boost.

Kenapa Pilih Boost?

Boost merupakan satu-satunya e-wallet yang memberi ganjaran cashback bagi setiap traksaksi. Lepas buat transaksi, Boost akan bagi cashback dalam bentuk Shake Reward. Jadi kena goncang phone tu untuk dapat cashback. Segan juga lah goncang phone dekat public takut orang pandang pelik. 

Makan dekat kedai mamak yang boleh bayar guna Boost pun boleh dapat cash reward. Memang tak banyak setiap cash reward tu, tapi kalau setiap transaksi kita dapat cash reward, bila dikumpul kira banyak lah juga. Yang menariknya, Boost boleh digunakan untuk membuat pembayaran bill seperti bill air, bill postpaid, bill astro, bill unifi dan lain-lain. Tak semua jenis bill boleh bayar guna Boost, jadi kena tengok bill mana yang applicable under Boost. Sayangnya TNB tak boleh bayar guna Boost. Bayangkan setiap kali bayar bill kita dapat cashback. Tak ke untung tu!

Boleh Guna Di Mana?

Nak tengok wayang pun boleh beli tiket melalui Boost dan akan dapat cashback. Endgame dah nak keluar ni. Cuba lah buat pembelian tiket wayang gunakan Boost. Nak beli barang dekat Watson? cari je Watson berdekatan yang guna Boost. Dah ada dekat mall dan nak cari kedai makan? Buka aplikasi Boost dan cari kedai makan yang boleh guna Boost. Mudah. Boost akan cadangkan kepada kita kedai-kedai berhampiran yang guna Boost. Jadi tak perlu pening kepala fikir kedai mana je yang guna Boost. Kalau untung boleh jumpa kedai 99speedmart yang guna Boost.



Saya perasan dekat kafeteria Bank Negara dah mula guna cashless method. Setiap gerai tak terima wang tunai. Jadi kira untung lah siapa yang kerja sekitar situ and makan dekat situ dapat cashback setiap kali tiba waktu makan. 

Kalau rasa macam duit tu banyak dan tak tahu nak buat apa, boleh juga gunakan Boost ni untuk menderma di NGOs yang tersenarai seperti Cancer Research Malaysia (CSR), Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor (ORKIDS), Teach For Malaysia, Tabung Bersamamu, dan lain-lain.

Kalau korang gemar buat cashless payment, saya sarankan guna aplikasi e-wallet yang bagi cashback macam Boost. Untuk online shopping, saya sarankan guna aplikasi Cashback. Jadi lah pembeli dan pengguna bijak.

Gunakan referral saya untuk dapat ganjaran bagi penggunaan pertama!


Until Next Post, Adios!


16 Ulasan

  1. tahu kewujudan aplikasi ni.. tapi belum pernah lagi gunakan..

    BalasPadam
  2. pernah dgr e-wallet tp xpenah tahu apa benda e-wallet tuh

    BalasPadam
  3. pernah dengar tapi tak pernah guna..

    BalasPadam
  4. makin famous cash back ni kan :D

    btw follow sini:) #186 mind follow back if free ya

    http://sayesyadiya.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. senangnyee guna boost ni, dapatkan banyak promotion n cashback selalu. Belanja mudah dan jimat

    BalasPadam
  6. Hidup semakin mudah dgn Boost..shake² uolz..sy byr bil Astro..contoh RM6O..sy buat 12× byr (RM5) dlm sebulan..jd dpt 12× shske² uolz..biasa sekali shake penah dpt RM1.5O..sape nl bagi?

    BalasPadam
  7. Cashback macam dah tak da sekarang. Mcm kumpul coin saja ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cashback masih ada lagi. Coins tu sebenarnya boleh redeem cashback. So kita masih dapat duit setelah membelanjakan duit.

      Padam
  8. Terbaik boss, harap lepas ni penggunaan ewallet kat Malaysia makin meluas πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  9. Boleh ke bayar Shopee guna Boost? Sy click Cashup dan click Shopee, bila nak buat pembayaran, tiada option utk Boost. Pelik. Baru nk guna duit kat Boost siap topup byk dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh bayar shopee guna Boost. Cashup tu sebenarnya program cashback dari Boost. Tapi hanya untuk first time shopee user sahaja. Kalau dah topup banyak, boleh guna duit tu untuk bayar bil-bil :)

      Padam
  10. Jom join boost.. Masuk kan code referelπŸ‘‰ riz2c5hq

    BalasPadam
  11. Boleh ke boost coin tu digunakan untuk beli brg di 99market

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama