Labur Saham Melalui Robo Advisor Patuh Shariah Pertama Di Malaysia



Assalammualaikum,

Kalau kita sebut pasal pelaburan saham mesti rata-rata akan ingat pelaburan saham di Bursa Malaysia, atau paling mudah pelaburan saham melalui ASB. Memang rakyat Malaysia semakin hari semakin peka tentang knowledge pelaburan saham ni. Ada juga yang buat duit hanya dengan bermain saham. Tapi tak semua orang ada peluang dan ruang untuk belajar main saham. Memang paling senang pun kebanyakkan kita melabur di ASB. Senang tak yah fikir nak beli saham macam mana, ASB uruskan semua dan tunggu lah setiap tahun dapat dividen.

Tapi kalau yang nak beli saham selain melalui ASB macam mana? Nak beli saham tapi modal tak banyak? Don't worry dengan berbekalkan RM100 dah boleh jadikan modal untuk pelaburan saham! Jadi kali ni saya akan share sedikit tentang satu mekanisma pelaburan saham menggunakan Robo Advisor yang dikenali sebagai Wahed Invest. Ia merupakan satu jenis pelaburan saham melalui aplikasi di smartphone anda sahaja. Dan jenis investment ini merupakan patuh shariah. Jadi tak perlu risau tentang hasil duit yang dilaburkan nanti. 



Sebelum saya bercerita lanjut, saya kena ingatkan pembelian saham ni ada risiko untung ruginya. Bergantung kepada harga pasaran dunia dan harian lah kan. Kalau ASB memang kita dah sedia maklum dividen tahunan lebih kurang 7% setahun. Tapi untuk Robo Advisor ni bergantung kepada tahap kesanggupan anda untuk menerima risiko untung rugi tu. Satu portfolio yang sesuai akan diberikan kepada kita based on the questions.

Cara nak daftar

Cara nak daftar mudah je. Kalau sepanjang nak daftar tu korang rasa macam leceh sikit, kena faham aplikasi ni nak daftarkan korang sebagai pemegang saham yang legit. So memang memerlukan sikit usaha korang. So ini step nak daftar saham dengan Wahed Invest:

1. Download Aplikasi Wahed Invest

2. Buka apps dan tekan pada 'Get started' untuk register.

3. ikut arahan dia. Akan ada part dia tanya soalan-soalan untuk mengetahui tahap risiko yang sesuai untuk kita.


4. Nanti akan ada part dia minta kita upload identification document. Macam saya, saya snap gambar lesen memandu dan juga bill air rumah. Part ni penting untuk mengesahkan kita sebagai pengguna yang sah.

5. Kena masukkan duit minima RM100 ke dalam Wahed Invest untuk dia laburkan duit kita tu.



Peringatan: Proses untuk Wahed Invest menerima duit kita adalah selama satu hari, dan proses untuk duit kita dilaburkan juga satu hari. Jadi, kena tunggu 2 hari baru kita boleh nampak progres pelaburan kita.

Mudah bukan? ni lah yang orang kata hassle-free. Tak perlu nak kena keluar rumah, pergi kaunter, isi borang semua untuk daftar pelaburan saham. Segalanya dihujung jari. Selain itu, progres pelaburan kita boleh pantau setiap hari. 



Kalau korang cerita benda ni dekat kawan-kawan yang main saham mungkin dia akan cakap rugi sebab Wahed Invest ni ada kenakan yuran tahunan sebanyak 0.39% - 0.79%. Bagi pelabur saham yang mahir ni, dia akan kata buat apa nak labur dekat tempat yang minta kita bayar yuran tahunan kalau boleh labur sendiri. Ye betul, tapi untuk golongan macam saya yang tak tahu apa-apa pasal pelaburan saham macam mana? haaa jadi ini lah jawapannya. Robo Advisor ni akan buatkan kerja untuk kita. So yuran tahunan tu kira bayaran servis lah. 



Yang paling saya suka tentang Wahed Invest ni, selain ianya patuh Shariah, duit kita juga akan dilaburkan di dalam U.S Stock. Selain tu antara tempat yang dilaburkan adalah Sukuk, Malaysia Stock, dan juga Emas.



Setakat ni dah nak masuk 2 minggu saya buka akaun Wahed Invest ni. Setakat ni belum rugi lagi, dan saya punya portfolio adalah Moderate. Posting ni kira pengenalan pertama untuk Wahed Invest. Saya belum fully review lagi sebab masih belum buat pengeluaran dan tengok proses pengeluaran dia macam mana. Mungkin lagi 3-4 bulan saya akan buat updated review untuk bercakap mengenai proses pengeluaran serta progres semasa.

Agak-agak ada yang berani tak nak melabur menggunakan Robo Advisor ni? Kalau korang antara yang berani, jom kita mulakan pelaburan sekarang. 

Boleh guna Referral Code saya semasa mendaftar. 


Until Next Post, Ciao!


4 Ulasan

  1. Ini baru betul² duduk diam dapat duit. ��

    BalasPadam
  2. Bagus sharing dalam artikel ni. Penerangan tentang Wahed Invest diterangkan dengan bahasa yang mudah difahami dan selamba. Skrg ni sy byk main forex tp berminat gak nak tau pasal saham. Orang kata kalau nak main US stock market NOV DEC ni la bulannya...betul ke ?

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama