Jalan-Jalan Di Dinosaur Encounter Zoo Teruntum Kuantan Untuk Anak Yang Minat Dinosaur

Minat anak-anak kita sekarang memang lain betul dengan minat kita masa zaman kanak-kanak dulu, sampai kita pun kadang-kadang kena catch-up dan cakna dengan minat anak kita.

Kalau anak-anak anda ada minat yang jelas, contoh minat dengan Astrology atau Science, tentu anda akan bawa anak-anak ke tempat seperti Pusat Sains Negara atau Petrosains The Discovery Center.

Tapi kalau anak minat Dinosaur ni nak bawa pergi mana?

Anak saya ni memang peminat tegar Dinosaur, sampai nama-nama Dinosaur yang susah nak sebut pun dia boleh hafal.

Masa balik Kuantan tempoh hari saya pun tak tahu nak bawa dia pergi mana, mujur ada taman Dinosaur di Zoo Teruntum Kuantan.

Memang jackpot, tempat tak jauh dengan rumah mak mentua, jadi demi untuk meraikan dan memupuk minat yang lebih mendalam terhadap Dinosaur, saya bersama isteri pun bawalah anak saya ni ke Dinosaur Encounter Zoo Teruntum Kuantan.

First Impression Yang Menarik!

Kalau bercakap pasal Kuantan, jarang ada tempat menarik yang sesuai untuk kita bawa anak-anak berjalan.

Selain Teluk Cempedak, mungkin kena pergi jauh sikit untuk jalan-jalan ke tempat menarik di Kuantan ni.

Tapi kebetulan ada Dinosaur Encounter Zoo Teruntum Kuantan, dan first impression saya masa masuk ke tempat ni memang wow!

Tak sangka pintu masuk dia pun dah nampak gah, jadi saya terus ada sedikit expectation untuk tempat ni.

Bila masuk ke dalam, not bad untuk harga tiket RM25 bagi dewasa dan RM22 bagi kanak-kanak.

Disebabkan umur Mika baru 3 tahun, jadi percuma untuk dia sebab harga kanak-kanak dikira bermula umur 4 hingga 12 tahun.

Total saya kena bayar adalah RM54.50 termasuk cukai hiburan. Jangan lupa ye kita ada cukai hiburan!

Artikel Menarik Lain: Top 5 Kucing Terkaya Di Dunia - Berstatus Jutawan Pun Ada!

Dinosaur Memang Nampak Real

Apa yang bestnya tempat ni, Dinosaur semua nampak real, dan kebanyakkannya dibina dengan fungsi mechatronic.

Maksudnya sesetengah Dinosaur akan bergerak-gerak dan mengeluarkan bunyi ngauman yang menyeramkan, dan ada satu kawasan tu Dinosaur akan bergerak bila kita lalu di kawasan tu.

Memang nampak real, sampai saya pun takut Dinosaur ni terlepas dari tempatnya.

Dari segi saiz, apa yang saya perasan semua saiz Dinosaur dekat situ menggunakan saiz 1:1 atau saiz sebenar Dinosaur. 

Macam Dinosaur Brachiosaurus yang tinggi lampai tu, memang betul-betul besar macam saiz sebenar.

Ada macam-macam jenis Dinosaur yang biasa anak-anak kita lihat di TV atau YouTube, jadi boleh dikatakan Mika kenal hampir semua Dinosaur di situ.

Dan semasa sesi meet-and-greet, kanak-kanak diberi peluang untuk bergambar dengan T-Rex secara dekat dan juga membelai Dinosaur Velociraptor. 

Ada Playground & Boleh Bergambar Di Rumah Hobbit

Kalau anak-anak tak puas tengok Dinasour boleh bawa pergi indoor playgorund di sini dengan bayaran tambahan hanya RM5!

Indoor playground dekat sini tidaklah besar sangat, tapi rasanya dengan bayaran RM5 tu memang cukup berbaloi, bolehlah mak ayah yang kepenatan tu berehat sekejap sementara anak-anak pergi bermain.

Lagi satu tarikan menarik di Zoo Teruntum ni, iaitu Rumah Hobbit.

Bagi peminat Lord Of The Rings atau The Hobbit pasti akan kenal rumah ni, dan cara ia dibina dan dihias pun hampir sama dengan Rumah Hobbit sebenar.

Apa lagi, kita teruskan dengan sesi bergambarlah dekat Rumah Hobbit ni. Tapi kalau ada replika Hobbit mungkin akan lebih menarik.

Disebabkan ia juga merupakan sebuah Zoo, maka adalah juga beberapa haiwan yang boleh dilihat di situ seperti Kuda Belang, Burung Unta, Rusa, Kerbau dan Monyet.

Ini review jujur dan bukan paid review, jadi secara keseluruhan saya dan isteri berpuas hati dengan Dinosaur Encounter Zoo Teruntum Kuantan ni sebab harganya tidak semahal dengan taman Dinosaur di Wetland Studios Putrajaya.

Tapi dari segi maintenance tak boleh nak expect banyak sebab ada je Dinosaur yang dah terkopek bahagian luarnya, cuma tak ketara sangat.

Dinosaur yang ada pun not bad, dan kita boleh bergambar secara dekat dengan semua Dinosaur-Dinosaur ni.

Paling penting tempat bersih!

Boleh datang sini lagi kalau balik Kuantan sebab berbaloi spend time dengan keluarga di sini.

Artikel Menarik Lain: Masih Relevan Lagi Ke Tulis Blog Untuk Tahun 2024? - Pandangan Peribadi

2 Ulasan

  1. wah best nie...boleh masuk dalam list...yang Linda tahu dekat zoo melaka je ad dinosour...
    done folo balik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada rezeki nnt boleh pergi yang Kuantan punya. hehe. Thanks follow balik!

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama