Bina Empayar Dadah Untuk Kuatkan Ketenteraan Jepun

Mungkin cerita yang macam ni tak akan diceritakan di dalam buku teks mahupun oleh cikgu-cikgu sejarah di sekolah, tapi fakta sejarah macam ni memang benar-benar terjadi.

Pada akhir tahun 1800-an hingga pertengahan 1900-an, empayar pemerintahan Jepun memulakan usaha beberapa dekad untuk membina sebuah kerajaan di seluruh kawasan Pasifik.

Setelah menewaskan Korea, Taiwan, dan pulau-pulau di sekitarnya, Jepun mula memerhatikan negara seberang iaitu China.

Menjelang tahun 1920-an, di China pula pada waktu tu maharaja terakhir telah pun dijatuhkan dan puak-puak di sana sedang berperang untuk menentukan siapa yang berkuasa selepas itu. Kira perang saudaralah waktu tu.

Tapi Jepun tidak terus menyerang China kerana bagi mereka untuk mengekalkan kuasa di negeri asing agak rumit dengan adanya pemberontakan serta menelan kos yang agak tinggi.

Oleh itu Jepun mula mengorak langkah untuk bekerjasama dengan musuh lama China yang mampu melemahkan pertahanan di China, iaitu candu.

Sambil-sambil tu boleh buat untung hasil dari penjualan candu di China. Jadi beginilah cara Jepun membiayai ketenteraannya serta melemahkan musuhnya dengan membina empayar candu.

Kebimbangan hal ini di China masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

Artikel Menarik Lain: Sejarah Hitam Pulau Jerejak Penang Yang Ramai Tak Tahu

Penaklukan Jepun Di China

Selepas tentera Jepun tawan wilayah Manchuria di timur laut China pada tahun 1931, maka secara rasminya bermulalah penaklukan Jepun terhadap negara China.

Tetapi semasa Jepun sedang dalam usaha meluaskan kuasanya ke selatan dan ke seluruh China dari Manshuari, terdapat konflik kecil selama beberapa tahun yang menyukarkan usaha mereka.

Akhirnya pada tahun 1937, Jepun melancarkan serangan penuh ke atas China dan menawan Beijing, Shanghai, dan beberapa bandar besar lain.

Sehinggalah kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pengunduran tentera Jepun dari negara-negara asing. 

Cuma wilayah Manchuari je yang kekal lama sikit di bawah kawalan Jepun pada waktu itu.

Di wilayah Manchuari, Jepun membina negeri Manchukuo yang dijadikan sebagai boneka kepada kegiatan haram mereka.

Satu perancangan penting oleh pihak Jepun adalah dengan membina industri candu, morfin dan heroin untuk dijual kepada orang di China dan menjadikan mereka ketagih.

Hasil keuntungan akan digunakan untuk tujuan ketenteraan seperti membina senjata-senjata perang.

Jepun telah melakukan perkara yang sama di tempat lain di kawasan Pasifik selama bertahun-tahun. 

Menurut laporan antarabangsa, ke mana sahaja tentera Jepun pergi pasti akan mempunyai kaitan dengan dadah.

Mungkin boleh katakan Jepun ni benci dengan peradaban barat, tetapi cara mereka ini tidak jauh beza dengan cara British pada tahun 1900-an yag memanipulasi penduduk China untuk ketagih dengan candu.

Di China, Jepun secara aktif melancarkan kempen PR dan berusaha membuat orang awam ketagih dengan dadah.

Sementara itu, tokoh-tokoh penting dalam industri candu dilantik ke kabinet pemerintahan Jepun dan menjadikan ia sebagai satu industri yang penting dalam pemerintahan Jepun.

Mungkin bijak dan mungkin juga kejam, tapi inilah cara Jepun pada waktu itu untuk kekal berkuasa.

Pengakhiran Empayar Dadah Jepun

Empayar dadah yang dibina melalui ketenteraan Jepun memang cukup besar. Tambahan lagi ia merupakan satu perniagaan besar yang mendapat restu pemerintah Jepun.

Menjelang tahun 1941, satu syarikat candu Jepun memperoleh hasil jualan sebanyak 300 juta yuan, hampir sama dengan keseluruhan anggaran perbelanjaan tahunan kerajaan China.

Memang telah tercatat visi ketenteraan Jepun adalah untuk mengeksploitasi industri candu dan melemahkan negara musuh serta menggunakan hasilnya bagi tujuan ketenteraan.

Akan tetapi malangnya visi tersebut tidak kesampaian bila tentera Jepun pun turut bergantung dengan candu bagi merawat trauma perang.

Walaupun tentera Jepun sudah diberi amaran dan hukuman yang berat sekiranya menyalahgunakan candu atau heroin, ianya sudah terlambat. 

Masalah ketagihan di seluruh ketenteraan Jepun sangat banyak sehingga seluruh hospital dikhaskan untuk merawat mereka.

Artikel Menarik Lain: Top 5 Kucing Terkaya Di Dunia - Berstatus Jutawan Pun Ada!

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama