Gali Bunyi #1: It's All About Music



Assalamualaikum,

Okay kali ini saya nak buat pengenalan segmen yang bakal menghiasi blog hamkarosli ni. Lepas layan video Korek Fizikal di YouTube, terus rasa macam nak kumpulkan maklumat dan menulis berkenaan band yang ada di Malaysia dan juga berkenaan music secara general. Boleh dikira ini sebagai niche area di Malaysia sebab tak banyak tulisan-tulisan berkenaan kugiran tempatan di blog-blog. Kalau satu ketika dahulu kita ditemani majalah seperti ROTTW untuk mengetahui perihal band-band kesayangan kita, siap diselitkan sekali poster band. Saya pernah menjadi pembeli setia ROTTW pada waktu itu. Tapi sekarang tak tahu dah mana simpan majalah-majalah tu semua. 

Bunyi yang mana saya nak tulis? saya akan self-select bunyi dari band yang saya suka dan yang otai dulu. Saja nak mengimbas nostalgia band underground yang pernah menggegarkan industri tanah air kita satu ketika dahulu. Dan untuk yang seterusnya mungkin pembaca sendiri boleh cadangkan kepada saya band mana yang nak digali. 

Mungkin tidak ramai yang akan berminat dengan segmen Gali Bunyi ni, tapi apa yang saya buat ini adalah atas minat sendiri. Music has been with me since my early young age. Masih teringat lagi OAG, antara band pertama yang musiknya memang kena dengan taste saya. Sampai lah dah tua ni, saya masih lagi layan musik dari band-band. I am no musician, but music is my soul. Can't wait to see the progress of this segment. Tak tahu lah segmen ni mampu bertahan atau secara tiba-tiba akan berkubur nanti. hahaha. Apa-apa pun, kita cuba dulu. 

Until Next Post, Ciao!
Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama