Movie Review: Pad Man



Assalammualaikum,

Cerita dari Bollywood ni jarang tak memberi kesan dalam penyampaian cerita dia. Cari kisah cinta, kekeluargaan, sampai lah kisah moral masyarakat, mesej dia mesti tepat ke jiwa penonton. Kali ini berdasarkan kisah benar. Pad Man, bagi saya, telah berjaya menghurai permasalahan masyarakat dengan terperinci dan memecahkan tembok adat yang tidak wajar dipraktikkan lagi. 

Pasal Apa Cerita Ni?

Kisah Pad Man bermula apabila seorang lelaki yang bernama Lakshmi melihat isterinya terpaksa tidur dan diasingkan di luar rumah setiap kali period. Lakshmi agak terganggu dengan cara kehidupan wanita di situ yang terpaksa diasingkan setiap kali period, sehinggakan Lakshmi ternampak isterinya menggunakan kain kotor untuk membersihkan darah period tersebut. Ditambah pula kerisauan Lakshmi apabila seorang doktor memberi tahu cara masyarakat setempat yang tidak menggunakan pad yang bersih ketika period boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya. Malahan boleh mengakibatkan ketidakbolehan untuk hamil! maka bermula dari situ Lakshmi pun berusaha lah untuk mencipta pad sendiri. 

Sebenarnya sebab kenapa dia nak buat pad sendiri dan tak beli di kedai adalah sebab harga di kedai terlalu mahal. 55 rupee katanya. Jadi sebab itu lah dia mengambil jalan untuk membuat pad sendiri yang jauh lebih murah kosnya.

Disebabkan Laskhmi ni seorang lelaki, usaha dia untuk menghasilkan pad yang lebih murah dipandang serong oleh orang kampung. Memang norma orang kampung di situ lelaki tidak boleh mencampuri urusan dan hal wanita. Bila Lakshmi ni suka sangat masuk campur urusan period isteri dia, sampai satu keluarga dia tahu dan merasakan malu dengan perbuatan dia. Kata mereka "lebih baik mati dari hidup dengan tidak bermaruah atau dalam keadaan malu". Jadi kata-kata itu lah yang selalu dilontarkan kepada Lakshmi.

Jangan ingat Lakshmi ni mudah mengalah. Disebabkan rasa cinta dia terhadap isterinya, biar dimalukan orang kampung selepas kantoi yang dia cipta tuala wanita, yang penting dia tak nak isteri dia gunakan kain yang kotor lagi setiap kali period. Maka dia pun keluar dari kampung untuk mencari cara bagaimana nak buat pad murah. 

Moral di Hujung Cerita

Di akhir cerita mesti lah dia berjaya dan dapat pengiktirafan sehingga ke luar negara. Hasilnya dia berjaya menghasilkan pad dengan kos yang lebih rendah dan boleh menjualkan pad tu dengan harga 2 rupee sahaja. Untuk pengetahuan, Lakshmi ni sekolah tak habis. Tapi dia ni bijak dalam bertukang. Tu yang dia boleh cipta mesin untuk buat tuala wanita. Dan yang paling best, dia secara tak langsung telah cipta ekonomi mikro di sekitar perkampungan dia. Disebabkan subjek period ni kekal taboo dalam kalangan lelaki, so perempuan je yang jadi penjual tuala wanita ni, dan Laksmi hanya sediakan mesin kepada wanita-wanita ni untuk membuat dan menjual pad

Bertapa hebatnya pemikiran golongan yang kita anggap tidak berpendidikan tinggi. He's being so practical with his life decision. Saya rasa kalau jadi dekat saya lah dah lama saya jual mesin tu ke syarikat-syarikat besar. Biar kaya selepas melalui episod-episod sedih. Tetapi bukan Laksmi, dia tetap pentingkan ekonomi masyarakat setempat dan tak nak harga pad dekat situ jadi mahal. 

Jadi mesej yang paling padu dalam filem ni bagi saya adalah 'taboo subject' yang agak melampau dalam masyarakat. Sedangkan perkara tu melibatkan isu kesihatan pun orang setempat tetap berpegang kepada adat. 

Lagi satu mesej dia adalah berkenaan kepentingan menjaga ekonomi setempat. Hasil kekayaan kalau dirasai seorang diri tapi masyarakat sendiri masih kebelakang pun tak guna juga. Jadi film ni menunjukkan untuk selesaikan masalah, jangan fikir untuk dapat habuannya. Dan setiap masalah itu adalah peluang untuk kita membantu orang lain dan berbakti kepada masyarakat. 

Berapa Rating Nak Bagi?

For me I would give 9/10 for this film. Sangat sukses! jadi kepada yang belum tengok boleh lah tengok. Yang ada Netflix boleh tengok di situ sebab saya tengok di Netflix jer. 

Until Next Post, Ciao!

5 Ulasan

  1. filem yang sangat menarik.. cuma belum berkesempatan nak tengok..

    BalasPadam
  2. Dah tengok cerita nie 2 bulan lepas . Eiii , tak suka ending dia . Kesian pari cinta bertepuk sebelah tangan , padahal Pari yang support dia dari A to Z . Wife dia asyik malu je dengan apa yang husband dia buat . Eiiii , tak suka betul part tu . *sorry , typical perempuan . Hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar sabar. saya pun geram juga part yang tu. hahaha

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama