Sedar atau pun tidak, sudah menjangkau 62 tahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Enam tahun kemudian kita berjaya membentuk Malaysia. Retorik ini mungkin kedengaran seperti pengasingan tempoh kemerdekaan antara Semenanjung dan Sabah & Sawarak, tetapi ia sebenarnya hanya sekadar pemahaman fakta. Tidak ada sebab untuk kita melihat 31 Ogos itu hanya kemerdekaan pada Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Sepatutnya kemerdekaan kita harus diraikan secara inklusif tanpa membezakan sabah & sarawak, kerana tanggal 31 Ogos itu juga menjadi titik permulaan pembentukan negara Malaysia. Amerika Syarikat juga terdapat beberapa buah negeri yang menjadi sebahagian daripada negara besar itu selepas Amerika Syarikat sudah pun mencapai kemerdekaan. Tetapi negeri-negeri yang lewat itu tidak pula membezakan dan mengasingkan diri setiap 4 Julai. Mungkin idea pengasingan ini datang bukan dari kalangan rakyat biasa, tetapi dari golongan yang mahu kekal berkuasa.
Kesatuan rakyat kekal menjadi isu yang serius. Selepas 62 tahun, apakah bangsa-bangsa/kaum-kaum yang berbeza ini sudah selesa hidup senegara? Mungkin kesatuan rakyat hanya pada zaman dulu-dulu je. Mungkin sekarang kita lebih kepada toleransi antara kaum, dan tidak menerima secara total. Semakin moden negara, semakin renggang kita. Meskipun kita ada lebih dari 10 kaum yang tinggal di sini, tetapi perselisihan antara kaum hanya terjadi pada tiga 'adik beradik' sahaja. Sekali lagi, boleh dilihat rata-rata rakyat Malaysia sudah muak dengan isu perkauman, tetapi pihak-pihak yang hanya mementingkan periuk nasi sendiri terus bermain wayang dan menghasut rakyat yang lainnya. Dan berkali-kali juga kita terhasut untuk bermain wayang perkauman. Golongan berpolitik tidak pedulikan kebajikan berpanjangan. Sokongan hanya diraih untuk kekalkan takhta. Apa lah nasib kita selalu diperdaya untuk bermusuhan sesama sendiri.
62 tahun yang lalu, Malaysia mula mengorak langkah untuk menjadi negara bangsa yang maju. Mahu maju setanding dengan negara Jepun. Ekonomi mula dikembang dan dikukuhkan. 62 tahun kemudian, mata kasar yang melihat Malaysia ini cukup kagum dengan pencapaian Malaysia. Di mata dunia juga Malaysia sudah dikenali. Tetapi hakikat sebenar? hanya yang berpijak di tanah, beratapkan bumbung zinc sahaja tahu. Ramai tidak hidup susah sekarang, tetapi ramai yang susah untuk hidup senang. Hasil kekayaan negara terus masuk kepoket golongan elitist. Golongan marhaen? terus dan terus bekerja keras untuk menampung kehidupan seharian. Mujur ada grab, foodpanda, dan bakal ada gojek. Boleh lah kurangkan kadar pengangguran negara kepada bawah 10 peratus. Mungkin itu lah jalan terbaik yang boleh difikirkan para pemimpin semasa.
Kelihatan rakyat semakin hari semakin penat. Mandat yang diberi digunakan untuk bergaduh sesama sendiri. Demi kekalkan kedudukan, dan demi memberi makan orang bawahan yang kuat mendampingi. Kalau bukan pada kerajaan semasa, pada siapa lagi rakyat nak bergantung harap? jujur, kami dah penat. Tapi tak apa lah, selamat lah kita ada ketua negara yang berjiwa rakyat.
Jadi soal saya, di mana kah kita selepas 62 tahun?
Jadi soal saya, di mana kah kita selepas 62 tahun?
Until Next Post, Cioa!