Assalammualaikum,
Guys, perasan tak sepanjang bulan september ni kita akan ada 3 kali cuti panjang hujung minggu? bermula dari hujung minggu ni 31 Ogos - 2 September, 7 September - 9 September, dan juga 14 September - 16 September. Jadi tunggu apa lagi, jom plan short vaccay bersama teman-teman atau pun keluarga tersayang.
Risau pasal kos? Banyak cara sebenarnya macam mana kita nak kurangkan kos
kalau nak pergi bercuti. Ada orang cakap baik duduk rumah diam-diam kalau tak ada bajet (fulus). Tapi kadang-kadang tu vacation ni diperlukan untuk lari sekejap dari segalanya untuk
dapatkan motivasi nak tempuh kehidupan sekarang ni. Setuju atau pun tidak, memang ada benarnya pergi bercuti untuk buang tekanan dari masalah-masalah hidup.
So
disebabkan tu saya nak share dengan korang mana nak cari cheap flight booking sebab ni pun salah satu cara nak kurangkan kos. Sempena bulan patriotik ni travel dalam negara pun best apa. Tourist attraction kita pun ada yang dah level international dah.
Jadi pertama-tama sekali korang kena install apps Traveloka dekat smartphone korang. Apa dia Traveloka ni sebenarnya kan? Traveloka ni apps yang boleh
buat booking untuk flight dan hotel. Kat sini korang boleh bandingkan harga
antara flight airline yang ada. Contohnya kalau korang nak cari cheap flights
to Langkawi, korang boleh search dulu flight yang ada ke sana. Pilih lah tarikh yang korang nak pergi, kebiasaannya akan amik hari bukan musim cuti
sekolah atau perayaan. Tapi sebab bulan September ni banyak cuti, apa salahnya. Lepastu boleh pilih seating class yang mana korang nak.
Then click search, korang akan nampak list flight yang ada pada tarikh tu dari airlines
yang berbeza untuk korang bandingkan harga. Biasanya yang paling murah ada kat
paling atas. Jadi masa ni korang pilihlah flight yang mana korang nak berdasarkan kepada bajet yang korang ada. Mudah je nak guna apps ni.
Disebabkan aku cerita pasal flight ke Langkawi, aku nak share serba sedikit apa yang korang boleh buat dekat sana. Antara tempat menarik di Langkawi adalah seperti Laman padi yang beraspek
eco-pelancongan. Dekat situ korang boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun
melayu didalam bidang menanam padi dimulakan. Beroperasi semenjak tahun 1988,
Laman Padi sebesar 14.28 ekar dan kawasan pertanian yang seluas 8.6 ekar. Destinasi
sini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang
kecil kalau korang hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara
tradisional. Ia terletak di Pantai Cenang berdepan dengan Meritus Pelangi
Hotel. Kalau korang daripada lapangan terbang ia mengambil masa 10 minit jika korang
memandu.
Selain tu, jangan lepaskan peluang untuk naik Kereta
Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan
kecuraman 42 darjah. Seram kan? kereta kable ini juga merupakan
yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali
kabel sepanjang 950 meter. Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi
mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika korang datang dari lapangan terbang
Langkawi. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang
berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.
Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua
tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Jadi kalau Gunung Mat Cincang yang kedua tertinggi, gunung pertama tertinggi di Langkawi apa? Haaa sedikit trivia, gunung tertinggi di Langkawi adalah Gunung Raya dengan ketinggian 881 dari aras laut.
Okay kita sambung semula pasal Gunung Mat Cincang ni. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit. Pemandangan semasa dalam
perjalanan ke puncak sangat eyecatching. Korang akan dapat tengok keindahan
rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut. Korang
juga berpeluang untuk tengok keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan
pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas. Kereta Kable ini mempunyai 3
stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650
Meter, disini korang boleh turun untuk mengambil kereta kable yang seterusnya
yang akan membawa korang kepuncak. Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan
kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung
kepada keadaan cuaca.
Dah dekat area kereta kabel tu boleh lah singgah ke Telaga 7. Boleh mandi dalam air matair dekat atas bukit. Memang kena mendaki tangga sikit lah tapi bila dah sampai atas tu memang rasa berbaloi.
Okay ada lagi tempat menarik. Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang
terbesar di negara ini dan disini korang berpeluang untuk tengok haiwan akuatik
yang menakjubkan. Underwater World ini terletak di hujung pantai cenang
bersebelahan dengan Pantai Tengah. Korang boleh tengok 200 spesis haiwan
marin dan ikan air tawar. Korang juga boleh tengok Penguin, Ikan Jerung, Singa
laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia. Di
sini juga terdapat terowong akuarium yang jika korang lalu, korang boleh tengok
jerung dan penyu berenang di atas korang. So tunggu apa lagi? cuba lah apps Traveloka ni
dan pergi lah tempat-tempat yang saya bagitau kat atas. Korang mesti dapat
pengalaman bercuti yang best walaupun dengan bajet yang rendah.
Until Next Post, Ciao!