Assalammualaikum,
Selepas sebulan, akhirnya baru lah dapat curi masa sedikit (sebenarnya baru ada mood nak menulis) untuk merencanakan kisah tentang persiapan dan cabaran sebelum sah menjadi ketua keluarga. Alhamdulillah, pada 20 April 2019 bersamaan 14 Syaaban 1440H, saya telah selamat bergelar seorang suami. Dengan berkat doa kedua ibubapa dan keluarga kami, dan dengan izin-Nya, segala perancangan yang dibuat berjalan lancar.
Kami sebenarnya hanya diberi tempoh lebih kurang 4 bulan untuk membuat segala persiapan majlis nikah dan sanding. Selepas saya berjumpa dengan orang tua belah isteri, selang beberapa minggu terus diberi tarikh nikah. Kalau nak ikutkan hati, memang tak sempat 4 bulan ni nak buat segala macam persiapan. Waktu tu kursus pra-perkahwinan pun belum pergi lagi. Terus cepat-cepat contact dan book slot kursus yang terdekat. Dalam tempoh sebulan kena settle kan HIV test, Thalassemia test (yang ni optional) dan permohonan nikah dari pejabat agama. Everything is in rush. Memang sepanjang persiapan tu tak putus doa minta Allah permudahkan segala urusan.
Keluarga kami secara rasminya berjumpa pada 20 Januari 2019 bersamaan 14 Jamadilawal 1440H, dan itu lah tarikh pertunangan kami. Bertunang 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Sepanjang tempoh persediaan tu yang paling banyak serabut adalah isteri sebab nak kena buat semua benda dalam tempoh yang singkat. Nak kena book dewan, cari bridal, beli kain, tempah baju, book catering, beli barang hantaran dan etc. Kalau ikutkan memang agak mustahil lah nak dapat dewan. Dapat book dewan tu pun mungkin sebab tarikh majlis tu bukan musim orang kahwin. Biasa orang amik tarikh yang ada cuti untuk buat majlis, jadi agak bernasib baik tak bertembung dengan tarikh musim orang kahwin.
Dah settle book dewan, urusan yang lain-lain pun menyusul.
Secara jujurnya, kewangan lah benda yang paling kami risaukan. Yelah kami bukannya datang dari keluarga yang berada yang mampu sediakan segala macam. Walaupun persiapan majlis menguji keadaan kewangan kami, saya tetap yakin semua akan berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami, doa keluarga kami untuk mempermudahkan urusan perkahwinan.
Lagi satu cabaran adalah, dalam tempoh persiapan tu, saya masih belum ada stable job. Masih bekerja short contract. Memang tiap-tiap hari fikir apa nak bagi anak orang makan kalau kerja masih tak stable. Nak decide duduk mana lepas kahwin pun tak boleh sebab tak tahu lepas ni akan dapat kerja area mana. 6 bulan apply kerja dekat semua tempat yang ada vacancy, masih tak dapat hasil. Adalah juga dapat interview dari agensi kerajaan tapi tak lepas. Persaingan untuk dapatkan kerja betul-betul mencabar. Kontrak kerja masa tu tamat 15 Februari 2019, dan pada tarikh tu saya masih belum dapat mana-mana kerja. Masa tu fikir nak balik rumah je rehat 2 minggu then baru cari kerja balik. Tapi perancangan Allah tu lebih baik. Pada tarikh yang sama, saya diterima kerja di tempat lain. Ini lah yang orang cakap rezeki nak berumah tangga.
Secara jujurnya memang bersyukur sangat segala cabaran dan dugaan dapat diharungi dengan baik. Mungkin sebab niat kita untuk mendirikan masjid tu satu niat yang baik, jadi semua urusan berjalan lancar.
Tiba je hari nikah, biasa pengantin akan rasa berdebar, gugup segala macam lah. Tapi hari tu saya rasa tenang. Mungkin sebab penat kot tidur berapa jam je malam tu. Selesai je lafaz akad, terus rasa macam terbangun dari mimpi. Dia macam 'eh aku dah jadi suami dah?' lebih kurang macam tu lah. memang hari majlis tu adalah hari kebas pipi sebab penat kena senyum bergambar. Dan memang hari tu lah paling penat dari majlis nikah belah pagi, dibawa ke tengahari majlis sanding sampai lah ke petang sesi photoshoot outdoor. Balik je rumah malam tu memang rasa penat yang teramat sangat.
Rasa lega dah selamat diijabkabulkan. Segala kepayahan dan cabaran tu semua rasa berbaloi diharungi bersama. Mungkin ada yang pernah atau sedang lalui perkara yang sama, cabaran sebelum nikah. Apa yang saya boleh nasihatkan, teruskan berdoa agar semua persiapan berjalan lancar, dan juga minta restu doa dari mak ayah dan ahli keluarga. Kita berdoa, mereka pun berdoa juga, dan dalam ramai-ramai yang berdoa, mungkin salah seorang yang berdoa tu Allah makbulkan dia dia.
Until Next Post, Maasalama.
Moga kekal hingga syurga
BalasPadamterima kasih atas ucapan
PadamAlhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. semoga ikatan perkahwinan yg dibina kekal bahagia hingga ke jannah.. amiinn..
BalasPadamIn sha Allah. terima kasih kak atas doa
BalasPadamCongrats Hamka!
BalasPadamthanks farah!
PadamAlhamdulillah.. Niat baik pasti dipermudahkan Allah..
BalasPadamBarakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khoir..
In sha Allah aminnn. Terima kasih atas doa :)
PadamTahniaa, semoga Allah selalu memberi berkat Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khoir..
BalasPadamTerima kasih juga atas doa :)
Padam