Photo Credit: Josh Haner |
Assalammualaikum,
Menurut kajian yang terkini
didapati sebahagian bandar-bandar besar di Malaysia bakal ditelenggami air
menjelang tahun 2050. Ini adalah akibat dari 'climate change' yang menjadi isu
perdebatan yang hangat sejak kebelakangan ni.
Satu kajian yang dikeluarkan
oleh Nature Communications dengan menggunakan digital elevation model (DEM)
telah membuat ramalan dan menunjukkan bahawa negara-negara di Asia bakal
ditelenggami air ekoran dari kesan peningkatan air paras laut.
Nota: DEM adalah model
pengukuran yang lebih tepat berbanding model Shuttle Radar Topography Mission
(SRTM) yang digunakan dahulu.
Kalau pergi ke laporan NatureCommunication, kita sebagai rakyat marhaen agak sukar lah nak faham ayat-ayat
teknikal dan jargons dalam laporan tu. Tapi ringkasannya, laporan itu
menunjukkan bahawa negeri-negeri yang terjejas di Malaysia ni adalah Perlis,
Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan, dan
Sarawak.
Pada tahun 2050, ini adalah ramalan yang bakal terjadi:
- Alor Setar menjadi sebuah pulau
- Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan
- Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam
- Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap
- Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil
- KLIA bertempat di sebelah pantai
- Muar tenggelam
- Pekan juga tenggelam
- Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
- Di Sarawak, Kuching juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
Menurut kajian, populasi Asia sebanyak 70% banyak terdedah
kepada kenaikan paras air laut. Keseluruhan bahagian selatan Vietnam, termasuk
bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050. Bandar-bandar utama seperti
Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap. Keadaan akan bertambah teruk jika faktor
lapisan ais tidak diambil kira.
Maka teringat lah mak mertua saya pernah bagitahu Kuala Terengganu ni bakal tenggelam sebab kerajaan suka tambak tanah.
Maka teringat lah mak mertua saya pernah bagitahu Kuala Terengganu ni bakal tenggelam sebab kerajaan suka tambak tanah.
Bila ianya berlaku pada 2050, krisi yang agak besar akan
melanda negara kita. Bandar-bandar yang dibina tenggelam, orang terpaksa
berpinda, dan krisi makanan bakal melanda. Isu sebegini lebih penting dari isu
perkauman yang terlalu kerap dimainkan. Tidak kira lah bersayapkan kiri, kanan
atau tengah, ini adalah realiti kita pada masa hadapan.
Until Next Post, Ciao!
Sumber: @CentGPS (twitter)
Moga Allah melindungi....
BalasPadamSekarang baru nak masuk tahun 2020, tinggal beberapa bulan je lagi.
BalasPadamsemoga kita semua dilindungi
BalasPadamSemoga Allah sentiasa lindungi... seram memikirkan
BalasPadam