Butterfingers Transcendence 20th Anniversary



Assalammualaikum,

Last saturday was the one and only Butterfingers Transcendence 20th Anniversary Concert at Stadium Melawati. The long-awaited show that all Butterfinger's fans have been waiting for. 2 November 2019 at Stadium Melawati, Shah Alam. I guess almost 10,000 people attended the event. Sumpah ramai gila!

So persoalannya, was it good? or great? atau biasa-biasa je? For me personally konsert tu best. Dari segi feeling, vibe, performance, semua best. Tapi ia sekadar best. Best ni kalau ikut my personal scale dia akan jadi 8/10. Macam tak berapa tinggi kan considering Butterfingers ni bukan calang-calang band dalam local music scene di  Malaysia. So di sini saya akan share apa yang best dan apa yang tak best berkenaan konsert Butterfingers Transcendence 20th Anniversary. Apa yang saya share ni adalah berdasarkan pengalaman berada dalam Chemistry zone. Kalau zon-zon lain tu saya tak pasti lah feeling dia macam mana.

Part Mana Yang Best?

Of course lah kita mula kan dengan yang best dan memuaskan hati dulu. Pertama sekali konsert ni memang berjaya dalam memberi feeling walk down to memory lane kepada die hard fans Butterfingers. The lighting, the sound, the crowd semua melengkapi suasana sepanjang konsert berlangsung.

Music arrangement semua sedap. Dan memang Loque menjanjikan kelainan, maka banyak juga improvisasi yang di lakukan Loque pada semua lagu Butterfingers. Cap Mohor memang kali ni Loque betul-betul bawa dari mula sampai habis konsert. Cap mohor irama Malaysia. Malam tu memang rasa fresh music yang Butterfingers mainkan with all the improvisation.

Suara Emmett tidak dapat dinafikan masih grunge dan mantap. Kekal bertenaga dari awal sehingga habis show. Kadak pun not bad tetap bermain dengan penuh dedikasi. Tetapi agak sayang bila di pengghujung konsert, Kadak terpaksa berhenti akibat mengalami masalah sesak nafas yang agak serious. Loko punya ketukan drum memang bertenaga dan padu! nampak stamina tak putus sampai habis show.

Technical team untuk show ni pun mantap semua. Antara penyumbang kepada kejayaan konsert Butterfingers Transcendence 20th Anniversary.

Mosh dan body surf dalam crowd pun boleh tahan. Walaupun nampak ramai macam takut-takut nak terjun dan menerjahkan diri ke dalam kancah mosh.



Part yang tak best?

Okay kita sampai ke part yang tak berapa best. Menurut pemerhatian, music improvisation tu semua best cuma ada certain part Loque macam over-improvise sikit.

Emmett sepanjang show nampak macam kurang interaksi dengan crowd. Kira crowd control tu nampak kurang. Sepatutnya lah bila dah sampai part Kadak tak boleh main tu, Emmett kena main peranan. At least angkat lah guitar untuk satu lagu. Tapi yelah, the worst nightmare of a band kan. Tak terjangka langsung akan terjadi.

Kadak selaku bassist tu kita tak boleh nak buat apa lah kan bila dah ada masalah kesihatan, tapi nampak Butterfingers macam overworked bermain show 3 jam dengan 4 orang sahaja. Should hire one sessionist at least. Tu sekadar pandangan je. Tapi sebagai persediaan untuk show besar macam ni fitness memang kena jaga.

Saya rasa show ni akan lagi hebat kalau diberi masa at least sebulan untuk semua band members training dalam tempat dan masa yang sama. Sebabnya Emmett berada di Kanada semasa persediaan konsert ni and maybe sempat beberapa hari je practice secara bersama. Dikhabarkan Emmett memang ada training sekali tapi melalui panggilan Video. But for me be in physical tu lebih baik dan real.




But overall memang puas hati sangat lah dapat tengok show Butterfingers ni. Lepas ni tak tahu lah ada lagi ke tak show dari Butterfingers. My comments may not be significant or whatsoever, tapi ni sekadar pandangan seorang penonton biasa yang tak ada knowledge pasal music and all its technical aspect. Apa-apa pun, we all had a great night for Butterfingers Transcendence 20th Anniversary.

Until Next Post, Ciao!


Sempat rakam lagu Epitome je sebab lagu lain nak enjoy the show.


Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama