Assalammualaikum.
PTPTN ni dah macam jadi satu topik yang wajib kita dengar tiap-tiap tahun. Dari yang baik sampai lah yang buruk. Tapi mostly memang isu negatif je yang akan naik. Jadi saya bukan nak cakap baik buruk berkenaan PTPTN, cuma nak ucap sama-sama kepada PTPTN sebab hantar email berterima kasih di atas pembayaran semula pinjaman. Tiap-tiap bulan PTPTN hantar email gini. Okay bagus lah tu.
Kepada yang berangan PTPTN akan dihapuskan dibawah kerajaan Pakatan Harapan, hentikan lah berangan. Politikus yang kerap melaungkan slogan 'Hapus PTPTN' pun dan senyap dah sekarang sebab tahu benda ni tak akan terjadi. So apa yang kita boleh buat sekarang, bayar je lah jumlah yang sudah di pinjam tu. Tu lah siapa suruh tak belajar rajin-rajin sampai dapat First Class Degree. Kalau tak dah bertukar status dari pinjaman kepada biasiswa.
Kepada yang masih belajar dan menjadi peminjaman PTPTN, kalau masih nampak harapan untuk naikkan pointer tu buat lah sehabis baik. Nanti yang senang korang juga bila dapat tukar status pinjaman menjadi biasiswa. Rasanya bawah kerajaan baru ni polisi tukar status peminjam kepada biasiswa masih ada lagi kot. Kalau tak sure boleh semak dengan PTPTN.
Method yang saya guna pakai adalah dengan menggunakan direct debit di mana setiap bulan PTPTN akan tolak sejumlah wang direct dari akaun bank semasa. Cara ni lebih mudah sebab tak perlu risau terlupa nak bayar PTPTN tiap bulan. Tapi lepas ni nak tukar method tolak terus dari EPF akaun 2. Kurang sikit beban bulanan.
Apa-apa pun, hutang PTPTN dah berbilion tunggakan dari peminjam. Yang dah pinjam tu bayar lah walaupun sikit. Generasi akan datang pun nak gunakan duit PTPTN tu. Yelah tak semua datang dari keluarga kaya yang mampu sediakan perbelanjaan setiap bulan. Nak cakap PTPTPU pun bukan dapat apa. Siapa yang percaya tu tak boleh nak cakap apa lah. Yang penting, pandai pinjam pandai bayar.
Until Next Post, Adios!
x
Apapun kalau dah namanya hutang kena bayar.. sy pun peminjam PTPTN juga.. rasa mcm beban sbb hutang PTPTN.. kena bayar cepat2
BalasPadamSemoga cepat hutang PTPTN kita settle cepat.
Padamtulah.. dah pinjam berpuluh ribu tak nak bayar.. mana ada benda yang free dalam dunia ni..
BalasPadambetul. dah hutang kena lah bayar
Padamsama..email yg dterima setiap bulan..haha..unik tajuk entry nya..
BalasPadamsama lah kita. hahah
PadamSy jugak peminjam ptptn..Insyaallah slow² kita bayar
BalasPadamin Sha Allah
Padam