Assalammualaikum.
It has been a while since my last write-up. I don't have much to say but this need to be put out here.
Entah kenapa rasa macam malas gila nak menulis. Rasa macam dah tak semangat sangat macam awal tahun hari tu. Tak ada idea nak menulis. Tak tahu lah perubahan hormon lepas dah berumahtangga ke apa ni.
Yes memang awal tahun hari tu dah berazam nak kembali aktif ber-blogging. Dan berkongsi maklumat dan manfaat dengan pembaca-pembaca. Tak kesah walaupun tak ada yang baca, saya tetap akan merencanakan sesuatu. Tapi sekarang, saya jadi malas.
Sejujurnya lepas aktif kembali, banyak juga perubahan pada blog ni. Followers pun dah naik sikit. Yang berkungjung di blog ni pun dah rajin tinggalkan komen. Bila fikir balik macam sayang pulak nak dibiarkan macam tu je. Rasa macam boleh pergi jauh cuma tak ada motivasi je.
Masalah kekangan masa bukan isu. Masa tu ada je tapi lebih banyak habiskan masa buat hal-hal lain.
Tak tahu lah berapa lama akan rasa malas macam ni. Semoga tak membawa sampai ke hujung tahun.
Di kesempatan ini juga nak ucap terima kasih kepada yang sudi singgah, baca dan komen write-up di blog saya ni walaupun tak seberapa. Really appreciate it. In sha Allah writer block ni tak lama.
Until Next Post, Adios!
Memang ada masa kita sebagai penulis ni otak jadi blur, jem kejap, padahal macam-macam benda nak share...tapi kalau datang mood menaip, sehari sampai 3/4 post hehehehe
BalasPadampernah dapat mood menaip dulu. Ligat betul otak nak menulis. Tapi bila dah malas ni memang malas betul nak menaip. hahaha
Padamsemoga maju dalam penulisan...
BalasPadamin sha Allah terim kasih...
Padam