Assalamualaikum,
Rasanya macam dah lama tak menulis. Disebabkan kesibukan peralihan kehidupan sampai tak ada masa nak duduk depan laptop dan merencanakan sesuatu. Jadi kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya melancong ke Bangkok, Thailand sebulan yang lepas sampai patah pinggang! Sebenarnya bukan patah pinggang betul-betul pun. Cuma perjalanan yang sangat jauh tu sampai rasa nak patah pinggang ni.
Bermula Perjalanan
Trip ni adalah trip ke Bangkok melalui jalan darat. Yes, jalan darat. Jadi siapa yang tahu bertapa jauhnya Bangkok dari boarder Malaysia akan faham kenapa saya cakap sampai patah pinggang. Trip ni adalah selama 4 hari 4 malam dengan menaiki Van. Bermula perjalanan ke Bangkok adalah pada waktu malam hari pertama di mana semua diminta berkumpul di sempadan Malaysia (Bukit Kayu Hitam). Kami bertolak lebih kurang jam 12 tengah malam (waktu Malaysia) ke daerah Hua Hin. Nak direct ke Bangkok memang tak lepas sebab perjalan ke daerah Hua Hin pun makan masa 11-12 jam. Pemandu sorang je. Jadi memang ada dalam itinerary untuk bermalam di Hua Hin.
Hua Hin
Sebelum ni memang tak pernah dengar pasal daerah Hua Hin. Jadi agak pelik lah kenapa travel guide bawa bermalam di daerah tu. Disebabkan dah bayar jadi ikut je lah.
Di Hua Hin kami cuma dibawa berjalan ke pantai, The Venezia Hua Hin dan juga night market. Pantai dia biasa-biasa je. Pantai dekat Malaysia lagi lawa. Lepas ke Pantai kami di bawa ke The Venezia pula. Tempat ni macam theme park berkonsepkan negara Eropah. Bangunan-bangunan dekat situ semua ala-ala bangunan di Eropah. Boleh berangan macam ada dekat negara Eropah, tapi sebenarnya dekat Thailand je! Di The Venezia ni ada Upside-Down house, Gondola macam di Venice, mini zoo dan juga tempat shopping. Puas amik gambar je sebenarnya sebab nak shopping dekat night market dia. Dan akhir sekali di bawa ke night market Hua Hin. Memang typical Thailand punya night market lah. Cuma dekat sini kena berjaga-jaga sikit cari makanan halal. Babi panggang/salai tu memang akan kerap nampak. Jadi nak selamat beli pada peniaga muslim sahaja. Trip yang ni makanan memang tak disediakan sebab tiada dalam pakej. Tapi nak minta travel guide tolong belikan/cadangkan makanan yang okay untuk dimakan tu boleh lah.
Tempat penginapan yang disediakan boleh tahan lah. Dekat dengan kawasan kedai makan muslim. Jadi tak pening kepala kalau tiba-tiba malam rasa lapar. Kondisi hotel pun bersih dan selesa. Sesuai lah untuk kami berehat semalaman menghilangkan penat seharian duduk dalam van.
Kalau ikutkan carian Google, banyak lagi tempat menarik dekat Hua Hin ni macam Santorini park dan Hua Hin Railway Station. Disebabkan kekangan masa, kami tak sempat nak melawat tempat-tempat lain.
Bangkok
Trip ni di namakan trip ke Bangkok, tapi hari kedua baru kami sampai ke Bangkok. Perjalan ke Bangkok dari Hua Hin memakan masa lebih kurang 3-4 jam. Sampai je di Bangkok, kami terus di bawa ke Chatuchak Market. Ini lah market yang wajib disinggahi bila datang Bangkok. Hampir semua benda ada dijual dekat market ni. Harga pun boleh tahan. Tak mahal, tak murah. Tapi kalau jumpa yang murah terus je beli. Macam saya beli shade berharga 45Baht, bersamaan RM5.83. Murah gila! dekat Malaysia pun tak dapat harga tu dengan kualiti barang macam tu. Kalau masuk Malaysia kurang-kurang peniaga kita letak harga RM10-13. Tapi kualiti barang murah ni faham-faham lah. Lagi satu yang saya beli adalah tshirt berharga 250Baht, bersamaan RM32.36. Kualiti baju dekat market tu boleh tahan bagus. Jadi dengan harga sedemikian memang berbaloi. Saya punya kiraan berbaloi ni ikut anggaran harga market dekat Malaysia. Contoh kalau dekat Malaysia tshirt premium sehelai boleh cecah RM40. Bila dekat Thailand dia jual bawah harga market dekat Malaysia, saya akan beli. Kalau harga lebih kurang, baik beli di Malaysia.
Habis pusing-pusing Chatuchak Market, travel guide bawa check-in hotel pula. Masa tu agak lewat petang juga. Jadi dapat rehat kejap je sebelum keluar berjalan malamnya. Lepas mahgrib kami semua berkumpul di lobi dan bergerak ke Asiatique The Riverfront, Bangkok. Tempat ni agak menarik. Ada pelbagai kedai makan dan kedai menjual cenderamata. Yang paling menarik dekat sini adalah Dinner Cruise dia. Makan malam sambil cruise di sungai Bangkok. Sudah tentu kami tak naik cruise tu sebab tiada dalam pakej. Tapi tidak mengapa, suasana di Asiatique dah cukup menarik untuk berjalan-jalan sambil nikmati suasana di situ.
Hari ke-2 Di Bangkok
Keesokan hari pula, kami dibawa ke Platinum Fashion Mall di tengah bandar Bangkok. Perjalanan ke sana tidak menaiki van, tapi naik express boat atas faktor nak jimat masa. Bandar Bangkok memang sesak sebenarnya. Jadi dengan adanya sungai yang menghubungkan bandar Bangkok, lagi cepat naik bot. Agak teruja bila naik express boat dan lihat sendiri bagaimana ia dijadikan sebagai salah satu pengangkutan awam. Itu satu kelebihan yang dimiliki Thailand. Jadi sampai ke destinasi tu, travel guide pun bawa kami masuk ke dalam pusat beli-belah dan melepaskan kami untuk shopping peghabis duit. Barang dalam tu boleh tahan murah. Kalau nak beli secara bundle rasanya memang berbaloi beli dekat situ. Tapi disebabkan saya datang bukan untuk shopping, jadi hanya suci mata sahaja. Agak membosankan.
Walaupun tiada niat pada awalnya, akhirnya terbeli sehelai tshirt yang berharga 120Baht, bersamaan RM15.48. Kualiti tshirt dia bagus, jadi dengan harga yang macam tu memang berbaloi. Seharian juga kami dilepaskan untuk berjalan-jalan dalam mall tu. Boleh tahan penat tengok barang-barang yang dijual.
Walaupun tiada niat pada awalnya, akhirnya terbeli sehelai tshirt yang berharga 120Baht, bersamaan RM15.48. Kualiti tshirt dia bagus, jadi dengan harga yang macam tu memang berbaloi. Seharian juga kami dilepaskan untuk berjalan-jalan dalam mall tu. Boleh tahan penat tengok barang-barang yang dijual.
Penat seharian berjalan, balik je hotel terus kemas-kemas barang sebab nak kena bertolak balik ke boarder malam tu. Kali ni tak singgah daerah lain dah. Terus dari Bangkok ke Danok. Kami bertolak lebih kurang jam 12 tengah malam. Masa nak bertolak tu memang tabahkan diri je sebab tahu perjalanan ni makan masa yang sangat lama. Sepanjang perjalanan tu memang kena berhenti-berhenti rehat. Kesian tengok driver sorang je bawa van tu. Jadi perjalanan dari Bangkok ke Danok makan masa lebih kurang 19-20 jam! Kami tiba di Danok lebih kurang jam 7 petang. Bayangkan seharian dalam van. Memang rasa nak patah dah pinggang ni masa tu.
Jadi itu lah perjalanan yang paling memenatkan dalam sejarah hidup. Ada ke yang nak rasa join trip macam ni?
Kesudahannya
Trip ni sebenarnya dikenakan caj sebanyak RM600 seorang untuk dewasa. Kalau kanak-kanak RM530. Bagi saya harganya okay. Tak lah terlalu mahal. Cuma terasa macam rushing dan banyak habiskan masa atas jalan. Bangkok tu banyak je tempat menarik. Macam The Grand Palace, Temple of The Emerald Buddha, Bangkok National Museum, dan banyak lagi. Rugi kalau dah sampai sana tapi tak melawat tempat-tempat menarik ni. Rasanya lepas ni kalau nak pergi Bangkok tu boleh pergi sendiri tanpa perlu upah travel guide. Sebenarnya 4 hari tu tak cukup bila dah ikut jalan darat ni. Sekurang-kurangnya kena seminggu baru rasa puas dan tak terlalu penat.
Tips melancong ke Thailand
Tips kepada yang nak melancong ke Thailand. Kalau boleh sebelum pergi tu belajar sikit bahasa Thai. Ini bagi memudahkan proses komunikasi dengan peniaga-peniaga, terutamanya peniaga jalanan. Ada sesetengah peniaga memang tak faham langsung bahasa Inggeris. Jadi belajar lah basic Thai seperti nombor, tanya berapa harga atau pun yes/no dalam bahasa Thai. Yang menariknya, peniaga di sana akan beri diskaun kalau kita minta diskaun dalam bahasa Thai. Ada cuba juga minta dalam bahasa Inggeris tapi tak dilayan. Tapi jangan terkejut kalau ada peniaga yang faham bahasa Melayu. Tu kira bonus senang nak bercakap dengan dia.
Lagi satu, kalau melancong beramai-ramai, beli satu simcard pun dah cukup dan phone yang pakai simcard Thailand tu boleh jadikan hotspot. Kongsi lah internet ramai-ramai sebab internet Thailand ni laju, murah dan tanpa had.
Jadi sampai di sini sahaja perkongsian saya mengharungi perjalanan yang panjang dan memenatkan. Harap dapat memberi sedikit gambaran kepada yang dah pasang niat untuk melancong ke Bangkok.
Until Next Post, Adios!
...
Oo gud info..bab tawar menawar harga tu lebih kurang macam tempat kita jugalah ye
BalasPadamYes lebih kurang tempat kita. Orang Thai boleh lagi layan kita sebab negara jiran.
PadamAntara negara yang tak pernah berjaya dilawati lagi adalah Thailand..dapat penginapan percuma kat Phuket, Krabi tapi bz memanjang..InsyaAllah tahun ni atau tahun depan atau tahun depan la kot..hehee
BalasPadamin Sha Allah kalau rezeki pergi thailand dtg lagi grab terus. Thailand sebelah negara kita je. heheh
PadamKalau saya, memang tak akan pergi trip macam nie.. mahu menangis sepanajng jalan.. hehehe.. Tak berapa gemar naik kereta terlalu lama..
BalasPadamOwh ya.. Salam perkenalan.. tq singgah blog saya.. Saya follow sini..
PadamJangan lah berjalan mcm ni. Buat naya je kalau sakit tulang belakang. heheh
PadamSaya akan ke Bangkok bulan 8 nanti..baca entri ni, sangat bagus..tips buat Sis..makaseh Hamka...
BalasPadamNo problem sis Lin. Enjoy ur trip in bangkok nanti!
Padam