Mudahnya Solat Sunat Dhuha!



Assalamualaikum,


Amalan mengerjakan solat sunat Dhuha boleh dikatakan amalan yang amat digalakkan di dalam Islam. Mungkin ramai di antara kita sudah pun tahu cara-cara mengerjakan solat sunat Dhuha ini. Banyak juga perkongsian melalui Facebook, Twitter dan juga Blog yang telah menerangkan tentang solat sunat Dhuha. Mungkin perkongsian perkara yang baik ini perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita sentiasa ingat untuk melakukannya. Buat mereka yang tidak tahu, saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang caranya. 


Pertama sekali sebelum ingin mengerjakan solat sunat Dhuha, kita perlu tahu terlebih dahulu waktu mula dan berakhirnya solat sunat Dhuha. Waktu mulanya solat sunat Dhuha secara amnya adalah pada saat matahari telah naik (kira-kira 20 minit selepas terbitnya matahari) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (lebih kurang 10 minit sebelum menjelang waktu Zuhur). Kalau diambil perkiraan kasar, kita ada tempoh lebih kurang 5 jam untuk mengerjakan solat sunat Dhuha (perkiraan waktu di Malaysia). Perkara pertama sudah selesai, jadi lepas ini boleh tetapkan waktu dan luangkan sedikit masa untuk mengerjakan solat sunat Dhuha.


Seterusnya saya akan berkongsi cara dan tertib mengerjakan solat sunat Dhuha melalui gambar di bawah.





Dengan begitu mudah, beserta niat dan cara yang betul, kita sudah pun dapat mengerjakan solat sunat Dhuha. Mungkin ada yang takut tak hafal surah khusus untuk solat sunat Dhuha, tapi tidak perlu risau sebab boleh baca sebarang surah. Hatta, membaca surah al-ikhlas pun sudah memadai.


Kebiasaan bagi saya, doa Dhuha itu dibacakan sekali ruminya untuk lebih memahami doa yang dibacakan. Bila kita faham apa yang kita doakan, kita akan lebih menghayati dan lebih yakin dengan doa yang dibacakan. Sedikit perkongsian pengalaman saya semasa zaman belajar, banyak urusan yang dipermudahkan selepas saya mula melakukan solat sunat Dhuha. Tapi perasaan yakin itu perlu ada setiap kali selesai solat dan berdoa. Jangan merungut kalau tak nampak sebarang perubahan. Terus istiqomah dan yakin. Nescaya, dengan izin Allah, kehidupan seharian kita akan dipermudahkan dengan rezeki yang dikurniakan-Nya.


Untuk pengetahuan, sumber asal panduan ini adalah dari terbitan Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu. Saya cuma ambil bahagian berkenaan solat sunat dhuha sahaja. Keseluruhan Panduan Mengerjakan Solat Sunat boleh download PDF lengkap di sini. Jadi sampai di sini sahaja perkongsian sempena hari jumaat yang mulia ini.


Until Next Post, Maasalama.

4 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama