15 Filem Menarik Awal Tahun 2019!

Assalamualaikum,


Tahun 2018 boleh dikatakan tahun yang agak terisi dengan filem-filem menarik dari Hollywood. Antara filem yang mendapat sambutan adalah seperti filem Avengers: Infinity War, Solo: A Star Wars Story, Jurassic World: Fallen KingdomBlack Panther, dan juga A quiet Place. Banyak lagi filem menarik yang lain, cuma yang disenaraikan merupakan personal favorite saya. Bagi tahun 2019 pula tentu ada antara kita sudah meletakkan beberapa filem di dalam senarai wajib tonton untuk tahun ini. Jadi mari kita lihat filem-filem menarik berdasarkan senarai di The Rotten Tomatoes yang bakal disajikan kepada kita sepanjang tahun ini.


1. The Upside (Ditayangkan: 11 Jan 2019)

Diinspirasikan dari kisah benar, The Upside merupakan filem bergenre komedi tentang persahabatan luar biasa seorang bekas banduan (Kevin Hart) bersama seorang jutawan yang lumpuh (Bryan Cranston). Filem ini telah keluar dan sedang ditayangkan di cinema seluruh Malaysia. Jadi kalau kebosanan tu boleh lah pergi menonton filem menarik ini. Rating di The Rotten Tomatoes agak rendah (sebanyak 39%) tapi kisah inspired by a true story ni selalunya menarik. Nak tahu menarik atau tidak boleh pergi tengok sekarang.


2. Glass (Ditayangkan: 18 Jan 2019)

Kalau ingat lagi cerita Split (2017) lakonan James McAvoy, dan juga filem Unbreakable (2000) lakonan Bruce Willis & Samuel L. Jackson, filem Glass ni merupakan perkaitan antara dua filem tersebut. A crossover movie. Tak pernah terfikir akan ada filem crossover yang macam ni dan filem ini boleh dikatakan mengambil masa 19 tahun untuk dihasilkan. Filem ni bermula selepas dari konklusi filem Split. Mungkin boleh tengok dulu filem Unbreakable & Split untuk lebih faham bila tengok nanti. Yang ini The Rotten Tomatoes bagi 36% je. Agak rendah tapi agak menarik untuk ditonton.


3. The Lego Movie 2: The Second Part (Ditayangkan: 8 Feb 2018)

Kepada peminat filem Lego, tahun ini anda disajikan sekali lagi dengan filem Lego kedua. Ia merupakan sekuel kepada The Lego Movie (2014). Dalam filem ini, pahlawan Brickburg disatukan semula bagi menangani ancaman baru di bandar mereka. Mungkin filem ini mengandungi aksi-aksi menarik dari Lego-lego yang comel itu. Filem ini sesuai untuk tontonan sekeluarga. Kalau bosan hujung minggu nanti tak tahu nak buat apa, boleh lah bawa anak-anak tengok filem ni.


4. Alita: Battle Angel (Ditayangkan: 14 Feb 2019)

Kalau suka filem ala-ala sci-fiction macam Avatar tu boleh lah tonton filem ini juga. Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang terperangkap di dalam badan cyborg dan lupa akan dirinya yang sebenar. Diberi nama Alita, memori lamanya dilindungi oleh seorang doktor kerana kuathir kebolehan yang dimilikinya akan menjadi ancaman buat mereka. Rupanya dia seorang pahlawan. Okay lah, nak cerita lebih-lebih pun malas. Pergi buka YouTube, tengok trailer, dan kalau rasa menarik boleh terus ke cinema berdekatan.


5. Happy Death Day 2U (Ditayangkan: 14 Feb 2019)

Okay filem yang seterusnya ini agak cliché konsep ceritanya. Siapa je yang tak pernah tengok cerita berkonsepkan pengulangan hari di mana watak utama hidup dalam hari yang sama berulang-ulang kali? Bersempena dengan tajuk filem yang mengandungi perkataan 'death', maka setiap hari yang sama watak utama ini akan lalui kematiannya dan bangun semula pada hari yang sama. Mungkin cerita ini mengandungi adengan yang agak mengerikan. Sesetengah orang suka cerita yang ada aksi bunuh-membunuh. Jadi, kalau anda tergolong dalam kelompok itu, filem ini amat sesuai untuk ditontoni.


6. How To Train Your Dragon: The Hidden World (Ditayangkan: 22 Feb 2019)

Berita baik buat peminat Toothless! Animasi berkisarkan dunia naga kini kembali dengan sekuel ketiganya. Watak utama (Hiccup) pun dah dewasa, dan kalau lihat dari poster, Toothless menemui pasangan hidup. Secara ringkas sekuel kali ini adalah mengenai pengembaraan mencari dunia naga yang lain. Dari situ lah terjumpanya LightFurry, pasangan NightFurry (Toothless). Yang paling best, filem ini dapat rating 100% dari Rotten Tomatoes. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 


7. Chaos Walking (Ditayangkan: 1 Mac 2019)

Satu lagi cerita sci-fiction untuk ditontoni. Filem ini bukan crossover dengan filem Spider-Man walaupun Tom Holland berlakon jadi watak utama. Cerita ini berlatar belakangkan dunia baru untuk kehidupan manusia kerana ada ancaman virus yang membuat orang menjadi gila. Macam cerita Birdbox juga lah ada virus tukar orang jadi gila. Agak pelik bagi penerbit filem ini sebab official trailer tak dikeluarkan lagi walaupun tarikh tayangan kurang dari 2 bulan. Jadi, apa misteri cerita ini tidak diketahui. Tonton aje lah di cinema nanti.


8. Captain Marvel (Ditayangkan: 8 Mac 2019)

YES! filem pertama dari Marvel yang dinanti-nantikan oleh peminat Marvel tahun ini. Rasanya tak perlu explain banyak pasal filem ni sebab confirm ramai yang akan pergi tengok. Kalau ikutkan cerita Captain Marvel agak penting sebelum filem terakhir Avengers keluar. Akan ada perkaitan yang penting. Terhasilnya kuasa Captain Marvel ni bila terkena letupan tenaga asing. Pernah berkhidmat sebagai Airforce tapi dia tak ingat kehidupan lama dia. Okay tak perlu cerita lebih-lebih tentang siapa Captain Marvel ni. Kalau nak cerita lebih kena buat satu special posting. Jadi saya akan kategorikan filem ini sebagai filem wajib tonton tahun 2019 (sebab saya peminat filem Marvel).


9. Us (Ditayangkan: 22 Mac 2019)

Kita beralih pula ke filem suspen tahun ini. Ia mengisahkan tentang trauma yang tidak dapat dijelaskan dan tidak dapat dilupakan dari masa lalu. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Adelaide (watak utama) merasakan paranoianya semakin tinggi dan yakin sesuatu yang buruk bakal menimpa keluarganya. Lebih menakutkan apabila tiba-tiba dia sekeluarga terserempak dengan entiti yang menyerupai mereka. Tak pasti lah ini cerita hantu atau bukan. Tapi kalau tengok genre lebih kepada misteri & suspen. Sesuai untuk golongan yang suka benda-benda suspen, dan tak sesuai untuk golongan yang terkejut sikit jerit sampai luar panggung boleh dengar.


10. Greyhound (Ditayangkan: 22 Mac 2019)

Siapa suka cerita PASKAL boleh tengok filem ni. Tapi filem ni lagi dasyat sebab berlatarkan perang dunia ke-2. Tak sama temanya dengan filem PASKAL. Filem ini dilakonkan oleh Tom Hanks yang agak tidak asing dalam filem perang-perang. Tapi kalau jenis tak minat cerita perang dinasihatkan untuk tak pergi tengok sebab takut terlelap je nanti.


11. Dumbo (Ditayangkan: 29 Mac 2019)

Siapa sangka cerita kartun zaman kanak-kanak akan dibuat remake dan bukan dalam bentuk animasi penuh. Dumbo mengisahkan tentang seekor anak gajah yang berkebolehan untuk terbang dengan mengibaskan telinganya. Tragedi berlaku apabila Dumbo dipisahkan dengan ibunya. Kemudian, Dumbo terus dibantu oleh dua kanak-kanak untuk mendapatkan kembali ibunya. Selalu filem remake ni ada dua kemungkinan, samada terhasil yang lebih baik, atau menjadi lebih teruk dari yang asal. Selagi belum tengok, jadi tak dapat nak nilai. Apa-apa pun, filem ini pasti mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita.


12. Shazam! (Ditayangkan: 5 April 2019)

Cerita superhero dari DC. Memang nampak sangat nak bersaing dengan Marvel. Konsep filem Shazam! bila dilihat melalui trailer, nampak DC cuba untuk meringankan mood filem-filem mereka. Dari mood berat seperti filem Superman: Man of SteelSuicide Squad, & Batman vs Superman, hingga lah ke mood santai seperti Aquaman dan Shazam!. Satu langkah yang baik buat DC sebab tak semua orang sukakan cerita yang suram. Kepada yang tak tahu, Shazam merupakan adiwira remaja yang mendapat kuasa dari seorang ahli sihir. Remaja tersebut hanya perlu menyebut perkataan Shazam! maka terus berubah menjadi seorang lelaki yang gagah. Tak tahu lah menarik atau tidak filem ini. Harap-harap filem ini akan jadi fun-to-watch-movie sama macam Aquaman (Sebab saya peminat filem-filem adiwira).


13. Hellboy (Ditayangkan: 12 April 2019)

Filem Hellboy dulu dah ada. Dua filem dah keluar. Jadi kali ni dia reboot semula. Tak pasti kalau dah reboot akan jadi lagi best atau biasa-biasa je. Saya tak berapa minat filem ni, jadi nak tahu menarik ataupun tidak boleh tengok sendiri trailer Hellboy di YouTube. Tapi bila tengok trailer, macam seronok je filem ni. Yelah dalam trailer ada selit-selitkan humor sikit. Mungkin filem ni boleh jadi  fun-to-watch-movie. 


14. The Curse of Llorona (Ditayangkan: 19 April 2019)

Cerita hantu ni woi. Disebabkan saya bukan penggemar cerita seram, jadi saya tidak akan pergi tengok di cinema. Tapi kepada penggemar cerita seram, ini lah cerita yang sesuai dengan jiwa anda. Yang suka jerit-jerit sebab terkejut tu pun sesuai pergi tengok sebab kebiasaan jeritan tu akan menghilangkan suasana takut di dalam panggung. 


15. Avengers: Endgame (Ditayangkan: 26 April 2019)

Dan akhir sekali, filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ini, Avengers: Endgame. Ia kesinambungan dari Avengers: Infinity War di mana dapat kita saksikan Thanos berjaya melenyapkan separuh penduduk semesta alam. Terdapat hero-hero yang turut lenyap seperti Black Panther, Spider-Man & Dr. Strange. Seperti dalam trailer yang telah dikeluarkan, kita dapat lihat Tony Stark (Iron-Man) terkandas seorang diri di angkasa, dengan bekalan oksigen yang hampir kehabisan. Dapat dilihat juga kembalinya Hawkeye dan Ant-man menyertai semula pertempuran. Masih terdapat banyak lagi tanda tanya. Mungkin dalam filem Captain Marvel akan mengandungi petunjuk baru filem Avengers yang terakhir ini. Keluarnya filem ini bakal menandakan berakhirnya fasa ketiga bagi Marvel Cinematic Universe. 

Jadi, setakat ini sahaja senarai filem-filem menarik yang boleh ditonton sepanjang awal tahun 2019. Yang ini untuk filem dari Hollywood. Filem Malaysia kena buat posting lain. Makanya, jom sediakan dompet yang buncit bagi merasai kepuasan menonton filem-filem menarik ini di panggung wayang yang berdekatan anda.


Until Next Post, Adios!

2 Ulasan

  1. Tak sabar nak tengok Captain Marvel dengan Avengers tu jee hahahaha

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama