Movie Review: Glass




Assalamualaikum,


Hujung minggu lepas saya berkesempatan menonton filem Glass arahan M. Night Shyamalan. Agak lambat juga lah untuk menulis review filem ni memandangkan ia sudah mula ditayangkan sejak 18 Januari yang lalu. Tapi boleh lah nak ulas sikit filem ni sebab pengarah filemnya merupakan seorang pengarah yang bukan calang-calang dalam dunia perfileman.


Sedikit latar belakang tentang filem ni. Cerita Glass merupakan filem yang menggabungkan watak dari filem Unbreakable (2000) dan juga Split (2017). Jadi boleh dikatakan si Shyamalan amik masa sampai 19 tahun untuk hasilkan filem Glass.


Kalau siapa yang pernah tengok filem Split mesti tahu watak Kevin Wendell Crumb lakonan James McAvoy yang mempunyai terlalu banyak personaliti dan salah satu personaliti tu dinamakan The Beast. Personaliti The Beast digambarkan mempunyai kekuatan melebihi manusia biasa.


Dua lagi watak adalah melalui filem Unbreakable, David Dunn lakonan Bruce Willis yang dikisahkan mempunyai ketahanan badan yang kuat (sesuai dengan nama filem; Unbreakable) dan juga boleh membaca niat/fikiran seseorang melalui sentuhan. Watak Elijah Price A.K.A Mr. Glass lakonan Samuel L. Jackson juga menerusi filem yang sama (Unbreakable).


Ketiga-tiga watak ini digambarkan seolah-olah memiliki superpower. Seorang jadi hero, seorang jadi villain, dan seorang jadi mastermind. Boleh dikatakan filem ini nak mengisahkan tentang superhero di dunia nyata yang memiliki kuasa bukan disebabkan mutasi, tetapi disebabkan psychological damages atau disorder.


Okay itu sedikit sebanyak tentang latar belakang filem ini. Secara jujurnya filem ni tidak lah begitu hebat walaupun mengambil masa sampai 19 tahun untuk menghasilkannya. Saya enjoy tengok filem ni sebab pernah tengok filem Split dan juga sebab suka filem yang ada kaitan dengan psychological disorder. 


Jalan cerita yang lambat, masih lagi jalan cerita yang lambat, scene percakapan yang berjela, dan klimaks yang biasa-biasa. Jadi saya cuma boleh bagi 2.5/5 untuk filem Glass. Patut lah Rotten Tomatoes bagi rating rendah.


Tapi tak dapat dinafikan lakonan James McAvoy memang best. In a split of second dia bolah tukar-tukar watak. Rasa teruja tengok seorang pelakon boleh menukar karakter dalam masa yang singkat. Tapi sayang dia berikan persembahan terbaik di dalam filem yang salah.



Tahun ini merupakan ulangtahun ke-20 filem The Sixth Sense, di mana ia merupakan filem yang melonjakkan nama M. Night Shyamalan dan meletakkan beliau sebagai salah satu pengarah yang handal. Tapi sayang, tempoh 19 tahun pun tidak mampu untuk beliau beri impak pada hasil filem Glass.


Rasanya dah tak banyak waktu tayangan dekat wayang sebab sambutan kurang. Tapi kepada yang terasa nak tonton juga filem ni, disarankan untuk tengok dulu filem Unbreakable dan juga Split, sebab filem Glass ni tak peduli dengan penonton yang tak pernah tengok dua filem terdahulu tu.


Until Next Post, Adios!


Comments

  1. I rasa movie ni bagus sagat, dengan character personality yang kuat dan jalan cerita pun menarik audience

    ReplyDelete

Post a Comment