Social media and us



Assalamualaikum.

Before I start, I would like to make some dua' to all the Palestinian, my dearest Palestinian, even though we never meet and never really know each other, I pray to Allah, to our Lord that all the Palestinians will be save from the Zionist's raid and may Allah please protect them because I can literally feel their misery from here. This may not be the best dua', but it's sincere from my heart. Amin.

Setiap dari kita dilahirkan dengan pandangan yang berbeza. semua orang ada opinion masing-masing. Tak kira budak sekolah atau pun pegawai kerajaan, setiap pandangan ada nilainya. Kadang-kadang pandangan budak sekolah jauh lebih matang dari orang yang sudah bekerjaya. Tapi kasihan disebabkan faktor umur, orang muda jarang di ambil dengar. mungkin sudah terlalu biasa dengan adat 'siapa lebih makan garam dahulu'.

Sudah tentu si muda yang dengan semangat berkobar-kobar mahu pandangan dia didengar oleh semua orang. Maka bertimbun-timbunlah 'post' dalam laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan seumpama dengannya. Ini sebahagian dari freedom of speech. Yes semua orang berhak untuk cakap apa sahaja dalam web baik positive mahupun negative. Nak bagi nasihat? silakan. Nak memaki? silakan. Nak berda'wah? digalakkan. But try to bear this in mind. Every action, word and speech has it consequences. Feel free to give opinion and also feel free to get critics from others. If you got bashed for what you said or did, try not to 'melenting'. It's like give and take. You give something and you get something in return. Fair enough right?

Saya amatlah mengkagumi mereka yang petah dan bijak bercakap mengenai isu-isu semasa. Isu mengenai politik semasa, dunia semasa, mahu pun hiburan semasa. Saya sebagai pembaca turut mendapat sedikit tempias atau sentap daripada hujah-hujah yang bernas disamping mendapat info-info terkini yang kadang-kadang saya sendiri tidak tahu.

Melontarkan pandangan dalam media sosial merupakan satu perkara yang baik. Dengan peningkatan jumlah manusia di dunia dan peningkatan jumlah masalah di dunia, media sosial menjadi satu wadah atau medium untuk berkongsi apa sahaja. Kita perlu cakna dengan isu-isu semasa dan cara paling mudah untuk mendapatkan semua info adalah melalui facebook, twitter, blog dan seumpama dengannya.

Tetapi sebagai pengguna yang waras, tidak perlu lah post atau update unsur-unsur negative yang tiada manfaat kepada pengguna lain. Kita perlu peka dan gunakan kepekaan itu untuk terus berkongsi maklumat dan melontarkan pandangan secara bijak dalam laman sosial. Kebergantungan kita terhadap media arus perdana harus diseimbangkan dengan kebergantungan kita terhadap media sosial. Kita tidak sepatutnya menggunakan satu medium sahaja. Yang afdal kita gunakan kedua-duanya.

To conclude, let us help each other to 'update' something that will benefit the society. because we are the society of social media and it is part of our life now. it's not that hard right?

#SaveGaza #FreePalastine

2 Ulasan

  1. Satu perkongsian pendapat yang amat menarik.Media sosial jika digunakkan dengan bijak banyak membawa manfaat kepada semua namun ada segelintir yang suka menyalahgunakannya.

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama