Sempena sambutan kemerdekaan yg ke-57 ni, meh saya belanja satu puisi. Saja2 lah amik semangat kemerdekaan. Mungkin dah sampai masa untuk fahami erti sebenar sebuah negara merdeka, menghargai perjuangan generasi terdahulu. Kemerdekaan kita ada lah tanggungjawab kita bersama. Reflect on yesterday, live for today, hope for tomorrow. Di sini lahirnya sebuah cinta. Selamat hari merdeka yg ke-57 buat seluruh rakyat malaysia.
Merdeka anak muda
Merdeka
Satu kata yang punya berjuta makna
Terdapat definisi yang berbeza
Menjadi simbol buat kita
Dididik sejak kecil lagi
Wajib mengingati tarikh penting ini
Hari yang sepatutnya dihayati dan diamati
Tapi cuma sekadar hari menikmati cuti
Mengubah 'status' di dunia maya
Menjadi medan bukti kewibawaan
Tapi sekadar kata tanpa pengisian
Anak muda
Generasi peneraju bangsa merdeka
Bangkit dan majulah
Jangan masih lena dibuai mimpi indah