Movie Review: Siksa Neraka - Filem Yang Selayaknya Dihumban Ke Dalam Neraka

Baru berkesempatan menonton filem Siksa Neraka, sebuah filem genre horror dari negara tetangga kita, Indonesia.

Seperti biasa, kalau filem seram dari Indonesia pasti kita menjangkakan sebuah filem yang mendebarkan, yang boleh buat kita tak senang duduk sepanjang menonton.

Tapi untuk filem Siksa Neraka arahan Anggy Umbara ini? Rasanya lebih layak dihumban filem ini ke dalam Neraka.

Filem ini ibarat tak ada jalan penceritaan yang menarik, sekadar nak mempercepatkan proses kematian 3 beradik tersebut untuk memperlihatkan pada penonton terhadap scene dalam Neraka.

Filem Yang Diharamkan Di Malaysia Dan Brunei!

Saya sangat bersetuju kepada pengharam filem ini di Malaysia dan juga Brunei, sebab teruk betul penceritaan filem ini dengan kesan khas yang kurang menjadi.

Filem yang menginsafkan? Rasanya tidak cukup menginsafkan sebab apa yang dipaparkan dalam filem itu tidak cukup dasyat dengan suasana sebenar Neraka Jahanam!

Sebenarnya, memaparkan suasana dalam Neraka ataupun Syurga itu tidak dibenarkan sebab kita sendiri tidak pernah melihat keadaan sebenar kedua-dua tempat tersebut.

Pernah saya terdengar penjelasan Amin Idris mengenai hal ini, katanya menceritakan dengan menokok tambah tentang perihal alam ghaib adalah perbuatan yang mendustakan Rasulullah SAW.

Lagi pun, filem ini boleh menimbulkan salah faham terhadap azab di Neraka, dan seolah-olah mereka-reka azab di dalam Neraka.

Ketahuilah, azab di dalam Neraka itu jauh lebih dasyat daripada apa yang digambarkan di dalam filem Siksa Neraka ini, dan sesungguhnya penjelasan di dalam Al-Quran serta Hadith Rasulullah SAW sudah cukup untuk menginsafkan kita semua.

Kalau anda nak tahu, filem ini diadaptasi daripada komik popular tahun 1980-an.

Komik misteri dan azab pernah popular sekitar era 80-an dan salah satunya adalah karya MN Rahimsyah.

Dan sekarang diangkat menjadi sebuah filem dengan harapan ia dapat menginsafkan para penonton.

Top Filem Di Netflix

Seperti biasa, bila filem ini dah masuk ke Netflix mesti ramai yang tertanya-tanya adakah filem ini terlalu dasyat sehingga diharamkan di Malaysia?

Termasuklah diri saya, betul-betul curious nak tahu best ke tak ceritanya.

Tapi ternyata, tidak ada apa yang menarik boleh saya katakan tentang filem horror ini, sehinggakan seramnya pun tidak ada.

Saya boleh berikan 2.5/10 sahaja untuk filem Siksa Neraka ini. 

3 Ulasan

  1. Walau dah ada cerita ni dalam Netflix SA x terasa nak tengok sebab dah baca ramai yang komen..xpe la kalau tak tengok pun kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu takpe je kalau tak tengok. Tak rugi. Lebih baik tengok filem lokal kita yg lebih bermutu.

      Padam
  2. dah tengok masa mula2 org dok feymes2 kan....tapi, sampai tertido2 pulak kita nengoknya...hahaha...

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama