salamualaikum
Bila sebut pasal duit agak ramai yang mula mengeluh fikir
keadaan kewangan semasa. Sejak dari kecil kita sudah di didik bertapa
pentingnya duit dalam kehidupan seharian. Baik yang Kaya mahu pun miskin,
masing2 sedar akan kepentingan duit. Bukannya mahu memilih untuk mementingkan
duniawi semata-mata tapi sekadar ingin melihat sudut reliti masa kini.
Si kaya
Memang menjadi lumrah bergelar si kaya untuk membelanjakan
sebahagian besar duit untuk hidup mewah dan selesa.Kerana mereka mampu. Bukan
mahu menunjuk-nunjuk kemewahan. Bukan. Tapi sekadar ingin merasa kemanisan
dunia. Tidak salah. Mereka yang punya harta paling mudah ingin menambahkan
harta. Yang kaya makin kaya. Semua benda perlukan modal. Bila sudah ada modal
maka mudahlah mahu memulakan proses penambahan harta.
Si miskin
Pada mereka duit boleh dikira keperluan. Tapi bukan
keperluan yang hakiki. Mereka mencari duit sekadar untuk meneruskan hidup.
Tidak terlalu peduli dengan kemewahan masyarakat. Tidak terlalu terpanggil
untuk merasa kemanisan dunia. Cukup sekadar ada duit untuk menyara hidup. Tapi
tidak lah sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka masih
mampu untuk hidup selesa cuma tidak mewah.
But for me, honestly, money is the biggest illusion of this
dunya. Sebaik saja kita lahir ke dunia, duit akan terus keluar bersama kita ke
dunia. Dari bilik bersalin hingga lah ke liang lahad. Anak2 mahu ke sekolah,
kita keluarkan duit. Pasangan mahu berkahwin, duit perkara pertama yang
dibincangkan (secara indirectly). Pelajar tamat pengajian di universiti, duit
perkara pertama yang difikir perlu dicari.
Secara tidak langsung, kita menjadi taksub dengan duit.
Kerana terlalu memikirkan punca atau cara mendapatkan duit, kita lupa kepada
yang Maha memberi. Kita fikir disebabkan usaha kita, kita jadi kaya. Sedangkan
tanpa yang Maha pemberi, kita tak akan dapat apa-apa walaupun sudah berhempas
pulas membanting tulang mencari duit. Hakikatnya kita semua miskin tahap taka
da apa-apa tapi Tuhan tum aha pemurah. Dia bagi kesenangan dan keselesaan pada
kita untuk kita teruskan hidup. Dan sebaik-baik kekayaan adalah kaya dengan
iman, akhlak dan budi.
"some people are so poor that the only thing they have only money"