Saya masih mentah kerana tidak ada pendirian dalam memutuskan sesuatu perkara. Saya sering mengikut punggung orang ke mana sahaja. Kadang-kadang saya tidak tahu apa yang saya mahukan dan hanya mengikut sahaja. Walaupun saya pelajar universiti, pemikiran saya masih mentah.
Saya masih mentah kerana tidak pandai mengatur strategi. Saya hanya mengikut sahaja kehendak orang atasan tanpa memikirkan akibatnya. Mungkin sebab gagal mempraktikkan ilmu yang sedia ada membuatkan saya menjadi seorang yang mentah.
Saya masih mentah kerana mudah tersungkur. Kerap kali terjatuh. Di tolak kerana lemah. Mereka yang bijak akan mencari peluang, dan saya yang lemah hanya mampu melihat. Mungkin sebab gagal menggunakan perasaan berani dan gagah dalam diri pada masa yang betul membuatkan saya mudah jatuh.
Saya masih mentah kerana suka mengadu dan terus mengadu. Seakan-akan tiada rasa syukur dalam diri. Saya jarang menghulurkan bantuan dan hanya tahu meminta. Tetapi masih suka mengeluh. Mungkin sebab gagal dalam mendidik rohani.
Saya tidak mahu menjadi orang yang tiada pendirian lagi. Saya tidak mahu menjadi orang yang gagal. Saya tidak mahu menjadi orang yang kerap tersungkur. Saya tidak mahu menjadi orang yang suka complain. Saya tidak mahu menjadi orang yang mentah lagi.
Good writing. Humble and sincere
BalasPadamjgn risau klu masih mentah.. lalui aje pgalaman hidup yg bakal mendatang.. insyaAllah stiap pgalaman yg dilalui itu akan buat kita jd matang suatu hari nanti.. =)
BalasPadamdone follow u balik.. dari http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
sama-sama la kita
BalasPadamsaling ingat-mengingati..
jemput ke blog kak yana n be follower