Welcome to the garden of knowledge and virtue. Itu lah trademark IIUM. Semua pelajar kat sini wajib tahu trademark ni. Apa yg membuatkan IIUM ni special dan kenapa aku pilih IIUM utk sambung study? secara jujurnya aku tak pernah tahu kewujudan universiti ni sehingga lah kakak aku sambung study kat sini. Cita-cita aku nak sambung study kat UM. Tapi tak berapa pandai pula nak masuk sana. Maka dengan keputusan yg tak berapa cemerlang, Allah tetapkan rezeki aku kat sini.
Sebelum dapat masuk ke main campus, kena pergi foundation centre dulu buat asasi. Alhamdulillah aku dah tamat asasi dan sedang pursue my first degree bak kata omputih.
2. Makanannya. Ya Allah makanan kat sini pelbagai aneka. Makanan dari Somalia ada, arab ada, western ada dan macam-macam lah. Enak dia pun boleh tahan. Harga dia pun boleh buat orang kempis dompet. Tapi harga makanan masih lagi dalam kelompok mampu beli oleh para pelajar.
3. Aku paling suka masjid dia. Tersergam indah memukau pandangan kepada yg melihat. Rasa seronok bila dapat solat berjemaah bersama bangsa lain. Terasa seperti berada di kota arab pun ada juga. Paling best khutbah jumaat yg di sampai kan dalam 3 bahasa. Arab, English dan Melayu. memang terasa lah ke-international-nya tu. Nasib baik bahasa mandarin dengan tamil tak masuk sekali. Kalau tak jadi 1malaysia.
Dalam banyak-banyak aku paling suka adalah ilmu yg aku terima dekat sini. Bukan setakat ilmu nak mintak kerja tapi ilmu nak menghadapi akhirat. Memang ilmu tu kat mana-mana boleh dapat tapi aku rasa disini lah tempat paling sesuai. And for those who want to enhance your English, you should come here. This is the best place to improve your English skills. Dan kalau nak belajar cakap arab kat sini pun boleh.
Mungkin takat tu je kot yg aku rasa istimewa. Maklum lah freshy lagi kat sini. kalau rasa nak tambah apa-apa pasal IIUM sila lah tambah di ruangan komen :)
Together we make the world a better place.