Saturday, February 8, 2014

Kesederhanaan itu hijab




Salamualaikum

Hijab ni boleh dilihat sebagai satu kewajipan terhadap perempuan dan juga lelaki. Tapi kebanyakan kita nampak hijab ni khas untuk kalangan perempuan sahaja. Mungkin dah terbiasa dengan budaya pemakaian tudung yg dikaitkan dengan kaum hawa. So kita kena ubah mind set yg hijab ni untuk kaum adam juga.

Hijab ni sebenarnya bukan tertumpu pada pemakaian semata-mata. Dari segi percakapan, pergaulan pun boleh dikategorikan sebagai hijab. Kalau kita lihat trend skarang, ramai dah kaum hawa berhijrah mengenakan hijab di atas kepala. Perkara ni bagus sekaligus memberi kesedaran kepada wanita lain terhadap peranan menutup kepala dengan berhijab. Tapi sayangnya hijab tu hanya dikenakan pada kepala sahaja. Macam mana pula dengan anggota badan? Maybe ramai yg sedar and ramai yg tak sedar, yang kadang2 even dieorg mengenakan hijab di kepala tapi mereka masih mengenakan pakaian yg ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Perkara macam ni mungkin dianggap remeh temeh, tapi kesalahan tu akan datang dekat kita balik sebab tak faham context hijab itu sendiri. 

Bila saya scroll2 timeline ig, saya ternampak ramai model hijab. Mereka memperagakan fesyen hijab terkini, which is good. Boleh lah menggalakkan kaum hawa utk beli tudung. Tapi lepas tu saya perhatikan model tu, buat saya terfikir kejap. Soalan pertama yg muncul dalam fikiran saya ialah di mana kesederhanaan dalam pemakaian hijab? saya nampak muka si model penuh dengan make-up. I'm not against the make-up thing. Tapi nampak mcm terlalu banyak. Di tambah dengan pakaian yg menonjol-nonjol. That was the only question that I could think. Where is the modesty?

Saya tidak kata salah untuk memperagakan fesyen terbaru ni semua. Tidak salah juga nak berfesyen ni semua. Saya pun bukan lah hebat sangat bab2 fesyen ni. Saya pun suka juga tengok kaum hawa yg pakai lawa2 ayu2. Tapi kalau mampu, like seriously kalau mampu, cuba kurangkan benda yang tak sepatutnya di tunjuk kan pada public. Secara jujurnya lelaki suka perempuan yg pakaiannya sederhana tapi masih nampak trendy. Cuba letakkan modesty as priority instead of fashion. 

Pergi mana2 laman sosial, semua sibuk nak hentam kaum hawa pasal tak jaga aurat. Lelaki pun apa kurangnya. Keluar bersiar-siar dekat taman/shopping complex/pasar malam dengan mengenakan seluar pendek yg atas paras lutut tu. Yes, memang nampak sempoi lelaki berseluar pendek ni. Tapi bro, aurat tetap aurat bro. Kalau yang kanak2 tu tak apa lah nak pakai seluar pendek ke, tak ada seluar langsung ke, Tapi lu dah tua bro. Maybe pasal seluar pendek ni isu lama, tapi ramai je lagi yg anggap benda ni remeh. Yang berseluar ketat sendat pun sama juga. Nampak susuk kaki lu bro. Boleh dikatakan pemakaian terhadap lelaki ni jarang di jadikan isu. Maybe sebab kita terlalu fokus dekat kaum hawa Kot.

Mungkin benda ni nampak mcm benda biasa, tapi benda ni boleh dilihat sebagai sebahagian asas menjadi seorang muslim/muslimah yang baik. Lebih elok kalau kita bersederhana dalam semua perkara. Baik dari segi pemakaian mahupun pergaulan. Saya ni pun bukannya sempurna sangat hijabnya. Masih ada yang perlu diperkemaskan. Tapi itu lah manusia, mana pernah sempurna. Yang penting kita cuba ubah menjadi yg lebih baik. Biar perlahan-lahan sebab Allah nampak niat kita dan usaha kita. InshaAllah