Saturday, September 29, 2012

Kahwin?

Assalamualaikum.

Khawin? saya? awal betul kalau nak cakap pasal khawin dalam lingkungan usia saya ni. Tapi itu lah hakikatnya, ramai remaja sekarang suka berborak pasal perihal khawin. Yelah, dalam usia remaja ni lah ramai yang sudah pun memiliki pilihan dalam hati masing-masing. Memang sudah menjadi kebiasaan remaja sekarang ber-couple. Kalau keluar jalan-jalan di shopping mall tu memang tak sah kalau tak nampak mereka ni ber-dating. Ada yang peluk-peluk pinggang, pimpin-pimpin tangan, cium sana sini. Kadang-kadang tu mengalahkan pasangan berkhawin.

Memang lumrah manusia untuk jatuh hati dan memiliki perasaan cinta pada jantina yg berlainan. It is our nature to fall in love. Tapi tak perlu lah kita bercinta sakan seolah-olah kita ni memang dah ada ikatan yang sah. Remaja kalau bercerita perihal khawin memang seronok. Diaorang ni memang suka kalau bab-bab khawin ni. Tapi yang diaorang cerita cuma pasal malam pertama dan malam-malam berikutnya.

Elok juga kalau dalam usia remaja sudah mula fikir pasal nak berumahtangga. Khawin dalam usia muda ni bagus. Perancangan keluarga tu lebih teratur. Tapi pada masa yang sama kita perlu fikir secara 4 dimensi. Kita kena tahu bagaimana alam selepas perkhawinan tu. Kita kena sedar bertapa besarnya tanggungjawab kita bila sudah ada anak-anak nanti. Kewangan kena stabil, kerja kena mantap. Dan banyak lagi perkara yang perlu diambil kira untuk menempuh alam perkhawinan ni.

Nampak macam sesuatu yang menyusahkan bukan? Bila fikir balik kita rasa macam ' ish banyak betul benda nak ditanggung lepas khawin. hidup bujang lagi bagus '. Rasanya tak perlu lah kita rasa sebegitu. That's why lah our parents keep telling us to study study and study. Mak Ayah kita bukan apa, diaorang tak nak tengok kita susah bila dah besar nanti. Diaorang tak nak kita rasa susah macam diaorang rasa dulu.

Kalau tengok trend remaja sekarang ni, diaorang suka khawin masa belajar. Yang tu pun bagi saya elok juga. Masing-masing boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya. Tapi tak semua orang mampu buat macam tu. Siapa yang mampu buat tu gua salute !

Rasanya memang tak banyak yang saya boleh cakap pasal khawin ni. Maklum lah usia masih muda dan tak ada pengalaman. Pernah hadir ke ceramah pasal khawin pun sekali je.

So, if you want to get married, make sure that your future 'partner' will be the one you will never regret of.