photo credit: my.openrice.com |
Assalamualaikum,
Rasanya kita semua tahu kalau bab makanan di Malaysia cakap je nak makan apa semua ada. Dari masakan negara Asia sampai lah ke Amerika, mesti boleh dapat di Malaysia. Mungkin masyarakat Malaysia dengan sikap cintakan makanan tak dapat dipisahkan sampai negara kita dikenali sebagai Syurga Makanan. Jadi kali ini saya nak berkongsi tempat makan ala-ala Paris.
Cafe ini terletak di Bukit Jalil dan dinamakan Cafe Ame Soeur. Sampai sekarang tak tahu nak sebut macam mana nama restoran ni. Padahal dah tanya pelayan cafe macam mana nak sebut nama kedai tapi dah lupa. Jadi seperti anda lihat dalam gambar, cafe ini bukan sahaja menyediakan masakan ala-ala di Perancis tetapi reka bentuk dan hiasan kedai juga seolah-olah berada di Perancis!
photo credit: TripAdvisor |
Kali pertama dengar mengenai restoran ni selepas ternampak video restoran viral di facebook. Tengok video je dah rasa menarik. Apa lagi terus plan lah nak datang sini dan lihat sendiri. Cafe ni kalau tak tahu jalan, waze je nama cafe ni. Cafe Ame Soeur terletak di antara kedai-kedai lain, jadi agak tersembunyi juga. Masa sampai tu dua kali juga pusing cari Cafe Ame Soeur. Bab parking tak perlu risau sebab parking depan kedai banyak.
Belum lagi masuk ke dalam dah teruja tengok design luar cafe. Memang ala-ala berada di Perancis. Masuk je ke dalam terus terpaku tengok keadaan dalamnya. Rasa rugi pula tak buat candle light dinner dekat situ. It's okay next time ada lagi.
Walaupun hiasan dalam cafe ni menarik, secara jujurnya makanan dia tak mencapai expectation sebuah kedai makan yang cantik. Bukan lah tidak sedap makanannya. Sedap, cuma saya harapkan rasa makanan tu sesedap mata yang memandang ni. Tapi tidak dinafikan food presentation memang cantik. Standard restoran 3 bintang. Harga makanan pun tidak terlalu mahal. Affordable dan murah sikit dari Tony Roma's.
Cafe Ame Soeur juga menawarkan perkhidmatan event di cafe tersebut. Jadi siapa-siapa yang bercadang nak celebrate birthday atau nak buat surprise untuk insan tersayang boleh gunakan Cafe Ame Soeur. Tapi kena buat tempahan awal lah. Boleh pergi ke facebook Cafe Ame Soeur untuk maklumat lanjut.
Sebenarnya yang ni adalah cafe. Kalau nak betul-betul restoran boleh pergi ke The Ame Soeur yang berada tidak jauh dari cafe ni. Dua-dua pun tempat makan berkonsepkan Perancis dengan design kedai yang menarik.
Ada yang teringin nak makan sini? boleh klik SINI untuk ke lokasi. Rating saya bagi 3.5/5 untuk makanan dan 4/5 untuk design dan hiasan cafe. Overall, 7.5/10.
Until Next Post, Adios!
cantik sangat tempat ni, I seakan ada di Paris, interior sangat elok dan elegan
BalasPadamYes sangat cantik. nak buat event celebrate bday pun sesuai.
BalasPadam