solat istikharah

assalamualaikum.

Solat istikharah adalah salah satu cara untuk kita meminta petunjuk dari Allah (s.w.t). Perkataan istikharah sendiri membawa maksud 'untuk mencari apa yang terbaik dari tuhan'. Konsep solat ini sangat mudah. Kita cuma perlu solat dua raka'at dan berdoa meminta petunjuk dari Allah. Tetapi solat ini bukannya seperti magic ball yang kita selalu main dekat Toy R Us tu. Ramai orang keliru dan gunakan solat ini seperti magic ball. Solat ini bukan bertujuan untuk meminta jawapan tetapi petunjuk dalam membuat keputusan. Selalunya orang akan lakukan solat ini ketika dalam proses membuat keputusan. People need extra confident to make a decision.

Ada 3 peringkat decision making.

1. Menggunakan akal dan berfikir dalam membuat sesuatu keputusan. Cuba sedaya upaya untuk memilih pilihan yang terbaik. Pilihan terbaik adalah pilihan yang tidak melanggar Shari'ah islam. Try to narrow down your option. 

2. Meminta nasihat (istiharah) daripada mereka yang pakar. Contoh kalau nak beli kereta kita akan berjumpa dengan pengedar kereta kan? Minta nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman.

3. Adalah istikharah itu sendiri. Kita mungkin sudah membuat keputusan tetapi kita perlukan extra confident dengan pilihan kita. 

Cara hendak mengerjakan solat ini mudah sangat. Sama macam solat-solat yang lain, kita perlu berpakaian kemas dan dalam keadaan yang bersih, niat dan solat seperti biasa. Tidak perlu ada bacaan surah yang specific. Tidak kisah surah apa pun boleh dibaca. 

Dan sebagai clarity, Tidak perlu bangun tengah malam untuk mengerjakan solat ini.

Solat ini boleh dikerjakan bila-bila masa sahaja. Tetapi perlu di ingat, ada waktu larangan untuk solat ini. sama juga seperti waktu-waktu solat yang lain. Solat dilarang ketika :-

- Matahari sedang terbit.
- Matahari berada pada puncak.
- Matahari sedang terbenam.

Prosedur solat istikharah.

1. Solat sunat 2 raka'at 
2. Bacaan seperti solat-solat yang lain. No extra surah should be recited.
3. Dan bahagian yang paling penting adalah membaca doa solat istikharah.

Majoriti ahli ulama setuju doa solat istikharah dibaca selepas selesai solat. Bacaan doa ini harus dibaca dalam bahasa arab. Tidak boleh dibaca dalam bahasa selain dari arab. Tidak boleh hanya membaca terjemahannya sahaja. Kalau tidak ingat doa ini boleh print atau tulis dekat kertas dan baca. 

Tetapi macam mana kalau ada yang tidak boleh membaca langsung dalam bahasa arab? Dalam kes ini ada kelonggaran. Dibolehkan membaca terjemahannya. Tetapi dalam masa yang sama perlu lah membaiki diri mempelajari tulisan al-Quran.

Tidak perlu membuat doa tambahan sebab doa istikharah itu sendiri sudah memberi atau mengandungi makna yang sempurna bagi kita yang ingin meminta pentujuk-Nya.

Hasil daripada solat istikarah.

Selepas melakukan solat ini kita akan mendapat kejelasan dan keyakinan untuk meneruskan pilihan atau keputusan kita. Tetapi apa yang pasti hasil solat ini bukan lah seperti, secara tiba-tiba kita terjaga tengah malam dan mendapat 3D vision tentang apa yang perlu kita lakukan. Begitu juga dengan mimpi. Jangan bergantung terhadap mimpi seolah-olah dari mimpi kita dapat jawapan. But if you have a dream that inspire or motivate you, then alhamdulillah. Don't rely to much into it cause you are not suppose to. The outcome is nothing out from this world. Kalau keputusan kita betul, kita akan rasa yakin dan kalau keputusan kita tak betul atau salah, kita mungkin akan rasa kurang senang dengan keputusan tersebut. 

Macam mana kalau masih tak yakin dengan keputusan yang dibuat? Simple je. Do it again and again and again, sampai lah kita rasa yakin dengan keputusan kita. 

Lagi satu, tidak boleh meminta pertolongan orang lain untuk melakukan solat ini. Ianya solat secara individu. You want to seek a help from Allah, why you ask someone else to seek it for you? Jangan kerana kita tidak beribadah dengan cukup atau rasa jauh dengan Allah atau rasa diri ini kurang beriman, kita jadikan ia sebagai alasan untuk meminta pertolongan orang yang lebih beriman melakukan solat ini untuk kita. Do it yourself cause Allah knows what is in your heart.

Inshaallah, setakat ini sahaja yang saya boleh kongsi. Segala penerangan saya di ambil di sini. Saya cuma permudahkan lagi. Tapi saya sarankan kalian tonton video tersebut. Apa yang saya tulis disini hanya 1/3 sahaja dari video tersebut. Wallahualam.


Niat solat Iistikharah
Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala

Doa sesudah solat istikharah.









2 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama