Bercinta jangan sampai lupa agama

assalamulaikum. long time no update. biasa lah tu. kalau tak ade bahan macam mana nak update. masa dan bahan harus bergerak seiring utk memastikan kualiti blog terjamin. puih! kualiti apanya kalau blog terbiar behabuk tanpa diusik selama beberapa bulan. seperti biasa, agak janggal bila dah lama tak update blog. blablablablablablablabla. the end

okay kembali kepada tajuk. kalau cakap pasal bercinta ni memang banyak cerita yg 'enak2' untuk di dengar. tapi kali ni saya nak cakap pasal yg kurang enak. ini bukan gosip dan jauh sekali utk memburukkan nama seseorang itu.

ianya mengenai seorang hamba Allah ini. molek sikit lah kalau pakai hamba Allah. dia ni pada mulanya agak 'normal' lah perangai sebelum bercinta dengan pompuan ni. pompuan ni berasal dari Thai dan berlainan agama. kira dia ni bercinta dengan pompuan berlainan agama lah. saya mula mengenalinya di laman tabung-anda.com (youtube.com). pada mulanya saya agak kagum lah dengan dia kan sebab latar belakang dia ni memang sederhana tapi seperti mempunyai aura tersendiri di laman tubetube ni.

selepas beberapa lama saya pun meng-add dia ni di laman muka-buku. pada awalnya tengok status2 dia ni ok lah. dia banyak update pasal kehidupan dan mampu membuka mata pembaca. tapi selepas beberapa lama dia mengenali minah Thai ni, perilakunya agak berbeza. apatah lagi selepas dah declare kan dgn minah tu. sampai sanggup membelakang kan agama.

kadang-kadang tu saya rasa simpati dengan dia. yela orang kalau dah dilamun cinta, macam2 dia sanggup buat kan. sampai gadai semua harta semata-mata nak pi melawat 'kekasihnya' itu di Thai. la ni dia dah planing nak kahwin dgn pompuan tu. Alhamdulillah lah  dah ade perancangan nak kahwin.

nak di pendekkan cerita, saya bukannya nak menjaja cerita macam ni. perkara macam ini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. tak kira lah bercinta sama agama atau berlainan agama. tapi jangan lah sampai membelakangkan agama. kita umat islam kan dah sedia maklum ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t. jadi tak perlu lah nak gadai harta dan wang ringgit hanya untuk kekasih yg tidak pasti masa depannya bersama kita. TEPUK DADA TANYA SELERA. post ini bukan bertujuan menghina mana2 pihak, malah ia sebagai peringatan untuk saya juga. assalamulaikum

1 Ulasan

  1. sanagt beruntung kalau die dapat mengislamkan perempuan tahi itu,
    tapi rugilah die jika die murtad kerana cinta.nauzubillah.

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama