Lirik Lagu Sumpah Naim Daniel & Wanita di Sebalik Lagu Itu



Assalammualaikum,

Rasanya semua dah dengar single terbaru dari Naim Daniel berjudul Sumpah. Melodi dan lirik yang sangat deep bila diamati. Saya secara peribadi suka lagu yang macam ni sebab lagu dia macam mencengkam jiwa. Tapi kalau nak tahu ada kisah disebalik lagu ni. Sebelum ke kisah yang diceritakan sendiri oleh Naim Daniel, kita lihat dulu bait-bait lagu ni.


Naim Daniel -  Sumpah

Jika harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara 'ku rela
Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu
. . .
Jika harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara 'ku rela
Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa 'ku tulus untukmu
'Ku harap kau mendengar apa yang
'Ku bisikan…


So itu lah rangkap-rangkap yang terkandung di dalam lagu Sumpah. Menurut Naim Daniel, lagu ni mengisahkan antara dia dan bekas kekasihnya. Berkenalan dari tahun 2013 sehingga masing-masing membuat keputusan berpisah pada 2017. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Naim Daniel semasa sesi temubual rancangan BegituBegini bersama DJ Nazz (boleh klik SINI untuk video penuh). 

Naim Daniel juga menyifatkan lagu Sumpah ini sangat-sangat personal. Apabila ditanya apa punca perpisahan, Naim Daniel memberitahu keluarga tidak berapa bersetuju dengan hubungan mereka. Bekas kekasihnya juga kini sudah selamat menjadi isteri orang. Walaupun begitu berat dugaan dia, Naim Daniel tetap percaya masing-masing berhak bahagia dengan cara sendiri. 

Menerusi perbualan Naim Daniel dan DJ Nazz, apa yang saya nampak hati dia tulus dalam industri muzik. Nampak keikhlasan dia dan bukan jenis artis yang suka buat perangai. Dari situ boleh nampak Naim Daniel ni boleh pergi jauh. Semoga sukses. Klik SINI untuk dengar lagu Sumpah.

Until Next Post, Adios!
Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama