Saturday, January 10, 2015

Duit, Ringgit dan Wang



salamualaikum

Bila sebut pasal duit agak ramai yang mula mengeluh fikir keadaan kewangan semasa. Sejak dari kecil kita sudah di didik bertapa pentingnya duit dalam kehidupan seharian. Baik yang Kaya mahu pun miskin, masing2 sedar akan kepentingan duit. Bukannya mahu memilih untuk mementingkan duniawi semata-mata tapi sekadar ingin melihat sudut reliti masa kini.

Si kaya
Memang menjadi lumrah bergelar si kaya untuk membelanjakan sebahagian besar duit untuk hidup mewah dan selesa.Kerana mereka mampu. Bukan mahu menunjuk-nunjuk kemewahan. Bukan. Tapi sekadar ingin merasa kemanisan dunia. Tidak salah. Mereka yang punya harta paling mudah ingin menambahkan harta. Yang kaya makin kaya. Semua benda perlukan modal. Bila sudah ada modal maka mudahlah mahu memulakan proses penambahan harta.

Si miskin
Pada mereka duit boleh dikira keperluan. Tapi bukan keperluan yang hakiki. Mereka mencari duit sekadar untuk meneruskan hidup. Tidak terlalu peduli dengan kemewahan masyarakat. Tidak terlalu terpanggil untuk merasa kemanisan dunia. Cukup sekadar ada duit untuk menyara hidup. Tapi tidak lah sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka masih mampu untuk hidup selesa cuma tidak mewah.

But for me, honestly, money is the biggest illusion of this dunya. Sebaik saja kita lahir ke dunia, duit akan terus keluar bersama kita ke dunia. Dari bilik bersalin hingga lah ke liang lahad. Anak2 mahu ke sekolah, kita keluarkan duit. Pasangan mahu berkahwin, duit perkara pertama yang dibincangkan (secara indirectly). Pelajar tamat pengajian di universiti, duit perkara pertama yang difikir perlu dicari.

Secara tidak langsung, kita menjadi taksub dengan duit. Kerana terlalu memikirkan punca atau cara mendapatkan duit, kita lupa kepada yang Maha memberi. Kita fikir disebabkan usaha kita, kita jadi kaya. Sedangkan tanpa yang Maha pemberi, kita tak akan dapat apa-apa walaupun sudah berhempas pulas membanting tulang mencari duit. Hakikatnya kita semua miskin tahap taka da apa-apa tapi Tuhan tum aha pemurah. Dia bagi kesenangan dan keselesaan pada kita untuk kita teruskan hidup. Dan sebaik-baik kekayaan adalah kaya dengan iman, akhlak dan budi.

"some people are so poor that the only thing they have only money"