Tanda-tanda Rezeki Diberkati



Salamuaalaikum

Rezeki ni boleh di umpamakan macam oxygen untuk kita terus hidup. Tanpa rezeki tak termampulah kita untuk meneruskan kehidupan kita. Tapi rezeki yang macam mana dapat menjamin kesejahteraan hidup kita. As a muslim, of course lah i will say rezeki yang datang nya dari Allah dengan keberkatan-Nya. Tapi orang bukan islam kaya je even tidak bertuhankan Tuhan orang islam. Macam mana tu? Secara religious-nya, rezeki tidak kira haram atau halal semua datangnya dari Allah, tapi yang membezakan semua rezeki ini adalah keberkatan yang terkandung di dalamnya.

Ok persoalannya sekarang macam mana nak tahu rezeki kita tu diberkati ataupun tidak. Kadang2 mungkin kita rasa rezeki kita tu diberkati sebab kita rasa semakin senang dan ada kalanya pulak kita rasa macam tak ada keberkatan sebab kita makin susah. Pertama sekali kita kena tahu ada kala Tuhan uji kita untuk menaikkan martabat atau darjat seperti para2 rasul dan nabi yang telah diuji, dan ada kala Tuhan uji kita sebagai munasabah diri. Dan kadang2 kesenangan yang kita ada sekarang ni juga tak lain tak bukan hanya sebagai ujian untuk melihat samada kita semakin dekat dengan Tuhan atau sebaliknya. Ok yang kedua, ada 7 tanda yang rezeki kita ini benar2 diberkati. Yang 7 itu adalah seperti berikut:


1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang2 tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ni salah satu petanda sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap je habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.

2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang2 boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Rasanya tidak perlu mengulas panjang pasal ni sebab it's generally known by the muslims.

3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Lagi2 kalau kita diberi peluang melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.

4) Lagi satu positive impact bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan presence kita. Benda ni boleh dilihat bila kita bersama rakan2 atau ahli keluarga yang lain. Tapi kalau hang punya perangai pun tak betul, tak jadi apa juga lah.

5) Seterusnya ialah apabila anak2 cemerlang dalam pelajarannya. Yang ni untuk ibubapa kat rumah lah. Sebab tu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang2 untuk anak2 tu semua effect mental anak2.

6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, tu maknanya rezeki kita ada keberkatan. bila orang dah rajin datang ziarah kita, kadang2 tu ada lah rezeki lain yang datang tanpa diduga.

7) Dan yang terakhir sekali adalah yang paling crucial which is bila doa kita senang termakbul. Sebab nabi pernah cakap doa yang tak dimakbulkan antara doa orang yang makan dari rezeki yang haram.


Maka itulah petanda2 rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata. Kalau kita terasa masa kita sentiasa cukup walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan, rezeki lah tu. Bila bangun pagi dapat menunaikan solat subuh, rezeki lah tu dapat berkomunikasi dengan Allah sebaik terjaga dari tidur. Bila terasa lapar tapi hanya mampu makan biskut je dan terus rasa kenyang, rezeki lah tu. Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya"

Baru2 ni saya ada berborak dengan seorang pakcik penjual aiskrim. Dia ada cakap yang rezeki ni asal ada usaha kita akan dapat dan yang paling penting rezeki tu mestilah dari sumber yang halal. Allah yang Maha memberi dan Dia juga lah yang Maha menarik semua rezeki. semoga nukilan ringkas ini dapat memberi manfaat. salamuaalaikum. 

3 Ulasan

  1. W'salam..
    Semoga kita tergolong dalam golongan yang diberkati dan dirahmatiNya selalu..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    semoga Allah selalu memberkati setiap kehidupan kita, dan kita selalu di beri ridho-Nya

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama