Monday, July 8, 2013

Ramadhan datang lagi



Salamualaikum.

Agak lama tak menulis. Bukan sebab busy cuma malas nak menaip. Sekejap rasanya tahun 2013 ni. Tup tup dah bulan 7. Dah nak puasa dah pun. Alang2 dah nak masuk bulan Ramadhan al-mubarak ni, nak imbas sikit lah puasa zaman kecil2 dulu.

Masih ingat lagi masa umur 8 tahun puasa sebab nak duit. Mak cakap satu hari puasa dapat seringgit. So bila dah lepas satu hari tu tahan lapar, lepas buka dapat duit. Kalau puasa setengah hari pun dapat duit juga. Tapi setengah lah. Dapat 50sen puasa setengah hari. Biasa lah kita masa kecil2 mana nak tahu puasa ni untuk apa. yg kita tahu tahan lapar dan dahaga je. Kalau mandi lama sikit dalam bilik air nnt kena tuduh 'sambil menyelam minum air'. Tapi tak lah, aku tak pernah buat masa mandi minum air. Tapi buka peti ais minum air sirap pernah lah buat masa bulan puasa. Yelah kita kanak2 mana nak tahan dahaga. Rasanya paling dasyat aku pernah buat minum air masa bulan puasa jelah. makan tak pernah. Sebab masa kecil2 dulu aku fikir kalau minum dosa pun kecil je. Kalau makan berdosa besar. Biasa lah zaman tak faham agama tu apa lagi.

Sekarang dah besar. Malu lah kalau masih ada niat nak ponteng puasa. Kalau ponteng dengan sebab yg tak dapat dielak kan tak apa lah. Ini baru lupa sahur dah nak ponteng. Kena beringat lah kita ni puasa bukan suka suka saja saja tahan lapar dahaga. Inikan sebahagian daripada tuntutan agama kita. Bulan puasa ni lah bulan nak kumpul pahala sebanyak mungkin. Rajin2 kan diri baca al-Quran, pergi masjid selalu. The month of ramadhan is the month to purify our inner self.

Nampaknya ramai yg dah tak sabar nak berpuasa tahun ni. Bukan tak sabar nak puasa tapi tak sabar nak shopping baju raya. ini mmg common. Nnt masa berbuka tu ingat-ingat lah yg perut kita ni ada limit. Jangan lah nak borong sangat makanan dekat baazar tu. Syaitan kena ikat tapi nafsu masih berkeliaran. Kita lebih elok bersederhana je. InshaAllah ramadhan kali ini akan lebih diberkati dan memberi rahmat kepada kita semua. Selamat berpuasa :)

Puasa jangan tak puasa.

Salamualaikum.

2 comments:

  1. I have a big crush on u. When i fell into trouble, Ur face always pop up on my dreamt

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete