Sunday, March 3, 2013

Movie review: Beautiful Creatures





Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang jatuh cinta dengan seorang gadis misteri. Gadis ini dianggap sebagai pemuja devil kerana mempunyai kuasa mistik. Kuasa itu memang diwarisi oleh keturunan si gadis itu. Mereka ni lebih kurang macam ahli sihir. Permulaan cerita ini sahaja sudah berjaya menarik perhatian aku.

Mungkin aku boleh berkongsi sedikit jalan cerita ini.

Si pemuda yang merasakan dirinya terperangkap ditempat yang sama merasa bosan dengan kehidupan seharian yang dilaluinya. Dia sering kali terfikir untuk pergi jauh dari kawasan halamannya. Ini kerana kawasan halamannya itu dikawal ketat oleh gereja. Terdapat 12 gereja disitu dan cuma sebuah library sahaja. Dan banyak buku yang diharamkan oleh pihak gereja kerana kuatir buku-buku tersebut akan merosakkan pemikiran penduduk disitu.

Bagaimana si pemuda bertemu si gadis?

Seperti pelajar yang lain, mereka berkenalan di sekolah semasa si gadis baru sahaja mendaftarkan diri ke sekolah tersebut. Selepas berlaku satu insiden, dari situ lah episod perkenalan dan percintaan mereka bermula. insiden apa yang berlaku? Tengok lah kalau nak tahu.

Kisah cinta dieorang agak complicated sebab mereka berdua datang dari dua dunia yang berbeza.

I highly recommend you guys to watch this movie. Better love story than twilight. Aku jamin hang mesti meleleh ayaq mata.

Genre: Drama, Fantasy, Romance.

5 comments:

  1. tq. suka dengar cite atau baca ulasan.
    nak baca bukunyer...sikit malas.

    ReplyDelete
  2. dayana yana: saya memang recommend akak tengok cerita ni. best sesangat :D

    ReplyDelete
  3. nak tengok juga sebab tengok posternya nampak best... (boleh gitu?) hehe

    ReplyDelete
  4. Kniedaz: nak tengok sebab poster menarik pun boleh. hahaha. tak rugi wang anda kalau pergi menonton.

    ReplyDelete
  5. mcm menarik. ingt nak tgk jugak hari tu... hehe. tapi xdpt..

    ReplyDelete