Thursday, February 28, 2013

Masih mentah

Saya masih mentah. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Baik ilmu dunia mahupun akhirat. Walaupun sudah 2 dekad saya bernafas dalam dunia ini, saya masih mentah untuk menilai sesuatu perkara. Tidak banyak perkara yang mampu diolah menjadi sesuatu yang berguna.

Saya masih mentah kerana tidak ada pendirian dalam memutuskan sesuatu perkara. Saya sering mengikut punggung orang ke mana sahaja. Kadang-kadang saya tidak tahu apa yang saya mahukan dan hanya mengikut sahaja. Walaupun saya pelajar universiti, pemikiran saya masih mentah.

Saya masih mentah kerana tidak pandai mengatur strategi. Saya hanya mengikut sahaja kehendak orang atasan tanpa memikirkan akibatnya. Mungkin sebab gagal mempraktikkan ilmu yang sedia ada membuatkan saya menjadi seorang yang mentah. 




Saya masih mentah kerana mudah tersungkur. Kerap kali terjatuh. Di tolak kerana lemah. Mereka yang bijak akan mencari peluang, dan saya yang lemah hanya mampu melihat. Mungkin sebab gagal menggunakan perasaan berani dan gagah dalam diri pada masa yang betul membuatkan saya mudah jatuh.

Saya masih mentah kerana suka mengadu dan terus mengadu. Seakan-akan tiada rasa syukur dalam diri. Saya jarang menghulurkan bantuan dan hanya tahu meminta. Tetapi masih suka mengeluh. Mungkin sebab gagal dalam mendidik rohani. 

Saya tidak mahu menjadi orang yang tiada pendirian lagi. Saya tidak mahu menjadi orang yang gagal. Saya tidak mahu menjadi orang yang kerap tersungkur. Saya tidak mahu menjadi orang yang suka complain. Saya tidak mahu menjadi orang yang mentah lagi.

Tuesday, February 26, 2013

Struggle for a change.




People change. That's the normal thing for us, human. Some people change from bad to good and vice versa. But it ain't easy to change our bad behaviour. I admit i also have one bad behaviour. A behaviour that eventually lead to sin. I tried so hard to throw it away from me. I still struggle for it.

May Allah forgive our sins for He is most merciful and oft-forgiving.

At one particular moment, i almost gave up and let my nafsu took away my brain and my heart. That is the moment i feel like i'm the devil myself. Then the dark side of me came out. I am a weak person for letting my nafsu control my body.

Indeed the door to repentance is always open to those who seek

I know i'm a muslim. But why i'm not acting like one? it's like you're a human but you're acting like a monkey. For a while, i realize the reason why i keep doing the same sin. Then i prayed to Allah with all my heart. At that moment i felt some connection between me and Him. I surrender myself to Him. 

The past is a link to the future. Don't forget the past but learn from it.

Today, i am not a new person but a better person. Change does not require you to be a totally different person but a better one. It might took a year or our whole life to change us, but in the end it is worth struggling for it. It is a continuing process. My advice, don't rush for a change.

We have to believe in ourself and to Allah we submit.

Sunday, February 24, 2013

HARLEM SHAKE

Apakah harlem shake ini? Selepas oppa gangnam style nampaknya ketamadunan manusia dikejutkan lagi dengan tarian 'alaf baru'. Aku pun tak berapa nak faham maksud di sebalik tarian harlem shake ni. Sebenarnya tak ada maksud apa-apa pun. Just for fun semua ni. Or mungkin ada kaitan dengan iluminati. jeng jeng jengggg.

Semua benda pun nak link dengan iluminati. Sampai huruf 'A' yang tak berdosa turut menjadi mangsa.

Basically tarian ni adalah jenis tarian free style. Hang bebas nak menari lagu mana pun. Dengan tanpa rasa sengan dan silu, maka manusia pun mencipta tarian ini. Ramai pulak yang membuat parody kepada tarian harlem shake. Sama lah macam zaman oppa gangnam dulu. Lepas ni boleh buat harlem shake version iium.

Nak cerita panjang tak guna, hangpa tengok lah sendiri tarian harlem shake ni.


Saturday, February 23, 2013

Islamic International University of Malaysia

Salam.

Welcome to the garden of knowledge and virtue. Itu lah trademark IIUM. Semua pelajar kat sini wajib tahu trademark ni. Apa yg membuatkan IIUM ni special dan kenapa aku pilih IIUM utk sambung study? secara jujurnya aku tak pernah tahu kewujudan universiti ni sehingga lah kakak aku sambung study kat sini. Cita-cita aku nak sambung study kat UM. Tapi tak berapa pandai pula nak masuk sana. Maka dengan keputusan yg tak berapa cemerlang, Allah tetapkan rezeki aku kat sini.

Sebelum dapat masuk ke main campus, kena pergi foundation centre dulu buat asasi. Alhamdulillah aku dah tamat asasi dan sedang pursue my first degree bak kata omputih.




1. Aku pilih IIUM adalah sebab aku suka environment islamic dia yg tahap international. You will never get this kind of environment in other Universities in Malaysia. Ada lebih kurang 125 kerakyatan dekat sini. Mereka dtg dari pelbagai latar belakang di bawah satu bumbung dengan niat ingin menuntut ilmu. Dekat sini kita boleh bergaul dengan pelbagai bangsa. Thailand, Kashmir, Afghanistan, Syria, Indonesia Palestine and many more. Aku rasa tak perlu ke luar negara utk rasa suasana belajar oversea. duduk kat sini pun dah rasa mcm kat oversea.

2. Makanannya. Ya Allah makanan kat sini pelbagai aneka. Makanan dari Somalia ada, arab ada, western ada dan macam-macam lah. Enak dia pun boleh tahan. Harga dia pun boleh buat orang kempis dompet. Tapi harga makanan masih lagi dalam kelompok mampu beli oleh para pelajar.

3. Aku paling suka masjid dia. Tersergam indah memukau pandangan kepada yg melihat. Rasa seronok bila dapat solat berjemaah bersama bangsa lain. Terasa seperti berada di kota arab pun ada juga. Paling best khutbah jumaat yg di sampai kan dalam 3 bahasa. Arab, English dan Melayu. memang terasa lah ke-international-nya tu. Nasib baik bahasa mandarin dengan tamil tak masuk sekali. Kalau tak jadi 1malaysia.

Dalam banyak-banyak aku paling suka adalah ilmu yg aku terima dekat sini. Bukan setakat ilmu nak mintak kerja tapi ilmu nak menghadapi akhirat. Memang ilmu tu kat mana-mana boleh dapat tapi aku rasa disini lah tempat paling sesuai. And for those who want to enhance your English, you should come here. This is the best place to improve your English skills. Dan kalau nak belajar cakap arab kat sini pun boleh.

Mungkin takat tu je kot yg aku rasa istimewa. Maklum lah freshy lagi kat sini. kalau rasa nak tambah apa-apa pasal IIUM sila lah tambah di ruangan komen :)

Together we make the world a better place.